BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaedah memahami al-Quran melalui Taubat & Penyucian

Status
Not open for further replies.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka
maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami?*
Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.

[Al-’Ankabut:2-4]


"Kami telah menguji"

agak-agaknya nkorang boleh ker teka bagaimana Allah "menguji untuk membezakan" pendusta agama dan orang yang sebenarnya beriman?
boleh pula tahu siapa beriman, dan siapa tidak...
siapa masuk syurga, dan siapa masuk neraka....
siapa orang alim atau wali Allah, dan siapa yang sesat
dan di zaman kitab dan sempurna, agama pun dah sempurna, serta nabi pun dah yang terakhir..
so takda keperluan nak antar hero utk selamatkan manusia..
Allah yang "menguji" nie.. bukan ujian exam sekolah atau universiti...*

dan "maka nyata apa yang diketahui Allah", iaitu bukti ni bukan untuk Allah
Allah tak perlu pun bukti ni, sebab Dia Maha Mengetahui...
tetapi bukti ni adalah kepada manusia sendiri di Padang Masyar..
iaitu "level pembuktian" kepada makhluk yang tak cerdik...
daripada level golongan yang kasar (jelas tak beriman), kepada golongan yang tersembunyi (munafik dan ahli kitab)

satu "level pembuktian" yang sangat-sangat jelas... hingga tak boleh nak nafikan lagi
dan "level pembuktian" yang mana apabila dibentangkan
semua akan "MENGAKU Allah sikit pun tak menzalimi makhluknya" dan memang patut masuk neraka.... iaitu sifat "Allah Maha Adil"

so, agak-agaknya nkorang boleh agak ker sistem Allah untuk membezakan orang benar2 beriman dan pendusta agama?

fikir sendiri.. hehe :D


Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran
yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya
dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya

Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka)
Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu


Dan di antara mereka ada yang beriman kepada Al-Quran
dan ada di antaranya yang tidak beriman langsung kepadanya
Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang yang melakukan kerosakan

Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu
maka katakanlah: “Bagiku amalku, dan bagi kamu pula amal kamu
Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan
dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan”

Dan di antara mereka itu
ada yang datang mendengar ajaranmu
maka engkau tidak berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar
juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu memahami perkara yang didengarnya

Dan di antara mereka pula ada yang memandang kepada perkara-perkara yang engkau tunjukkan
maka engkau tidak berfaedah menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta
juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu melihat

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun
akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri


[Yunus:39-44]

rujuk sini
siapa pendusta agama
saksi membenarkan pendustaan agama
 
Last edited:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan)
seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?


Mereka telah ditimpa kepapaan
dan serangan penyakit
serta digoncangkan
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:
Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”​
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat

[al-Baqaran:214]

see? kena ujian sampai Rasul dan orang beriman pun hampir nak "runtuh iman" ...

kita pula ? umat yang lagi "special" daripada mereka ker ?
boleh pula share syurga sama2 ... sambil lepak korek gigi dan picit jerawat jer masa hidup
"ujian picit jerawat" atau "ujian ketiak berkerutu", kalau pas... boleh masuk syurga... hehe :eek:


Katakanlah: “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka
oleh itu gugurlah amal-amal mereka
maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak

al-Kahfi:103-106

"gugurlah amal-amal mereka" .. segala kebaikan, nampak alim, warak, serban 3km, boleh terapung di udara ..
tak membuktikan kebenaran, dan tak berguna sikit pun kalau bantah ayat Allah...
mereka menjadi "orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini"

rujuk sini
siapa pendusta agama
saksi membenarkan pendustaan agama


Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana)
dari sebelah atas kamu
atau dari bawah kaki kamu
atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak
dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”

Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya

[Al-An’am:65]
 
Last edited:
perintah dan larangan Allah adalah ujian

Sesungguhnya perintah ini adalah satu UJIAN YANG NYATA
[As-Saffat:106]

Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]
 
Last edited:
golongan majoriti juga satu ujian

Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya
sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh
dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu
disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain
Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu

dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya.

[Al-Nahl:92]
 
tidak bermazhab dan berpuak-puak juga satu ujian

maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yang jauh dari kesesatan
ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu
itulah ugama yang betul lurus
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah
serta bertaqwalah kamu kepadaNya
dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna

dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik
IAITU orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya

[Ar-Rum:30-32]

Kemudian umat Rasul-rasul itu
berpecah-belah dalam urusan ugama mereka
kepada beberapa pecahan
tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu
hingga ke suatu masa

(Al-Mu’minun:53-54)

balik kepada topik... nkorang beriman dengan ayat ni? :))

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak
supaya kamu berkenal-kenalan ...

[Al-Hujurat:13]

atau nkorang reject? bantah ketetapan Allah ni, nkorang lagi pandai daripada Allah...


point penting...

"Kami telah menjadikan" ... see?
Allah yang menjadikan manusia berpuak-puak.. ketetapan Allah
nkorang takleh terima fakta ni?
nkorang rasa benci dengan ketetapan dan pilihan Allah?
nkorang ada ketetapan yang jauh lebih baik dan hebat berbanding ketetapan Allah? :))

dan dia jadikan nkorang "berpuak-puak" untuk kita saling berkenal-kenalan, belajar memahami sesama kita...
bukan untuk bermusuh antara satu sama lain... bukan untuk diperangi
nkorang tak suka juga? benci dengan ketetapan ni?
nkorang ada ketetapan yang jauh lebih baik dan hebat berbanding ketetapan Allah? :))

siap Allah bagi contoh lagi macam mana nak hidup harmoni dalam masyarakat berpuak-puak...
"Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan" ... see ?
nkorang hidup sebagai "suami isteri", masing2 berlainan kepercayaan, kehendak, dan keperluan diri...
tapi boleh jer hidup harmoni dan saling menghormati...
siap boleh dapat anak lagi... mengembangkan keturunan

apsal tak nak apply pelajaran ni ke dalam kehidupan bermasyarakat?
apsal tak nak bagi "beranak" dan mengembangkan kehidupan bermasyarakat yang mana semua boleh rasa berbangga?
(seumpama rasa bangga dengan kejayaan anak)
apsal nak diperangi tak tentu pasal?
hanya semata2 mereka "menyanyi" ? nkorang menyanyi takpa pula? :D

aku takda mazhab, kalau nkorang diperangi.. aku bela juga..
sebab ni bukan ke atas Islam saja, tetapi semua manusia... tak kira mazhab atau agama
kena saling hormat menghormati.. sebab tu Allah cakap "Wahai umat manusia!"
so... kalau orang kristian, cina, hindu atau kafir dizalimi dan diperangi.. atau tokong dia orang dizalimi... aku bela juga...tak tengok bulu.. :))
 
Last edited:
mensyariatkan apa yang tidak pernah Allah syariatkan, dan menetapkan apa yang tidak pernah Allah tetapkan juga adalah satu ujian

dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
maka mereka itulah orang-orang kafir

al-Maa’idah:44

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu
pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu

Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam

Akan tetapi orang-orang kafir itu
sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah (iaitu perbuatan mensyariatkan)
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”

mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”
Adakah sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?

Wahai orang-orang yang beriman!
Jagalah sahaja diri kamu
Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu
apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya
kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan.

[al-Maidah:101-105]

Kemudian Kami iringi sesudah – mereka
Rasul-rasul Kami silih berganti
dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil
dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri)
Dan (perbuatan mereka beribadat secara) “Rahbaniyyah”
merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya
Kami tidak mewajibkannya atas mereka
(mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah
dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya

Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya
dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik – derhaka.

[Al-Hadid:27]
 
Last edited:
tidak membenarkan atau tidak menyokong orang atau golongan (mazhab) yang mendustakan agama juga satu ujian

Katakanlah: “Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan ini”
Kemudian jika mereka menjadi saksi (periwayatan dan menegakkan pendustaan)
maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka
dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami
dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat
sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.

[Al-An’am:150]

ayat larangan, "janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka"
kalau bantah, batal syahadah.....

Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]
 
Last edited:
mengambil pengajaran daripada ayat Muhkamat dan meninggalkan sebahagian al-Quran juga satu ujian, iaitu ayat Mutasyaabihat...

Dia lah yang menurunkan kepadamu Kitab Suci Al-Quran

Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat”
(yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya)
ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran

Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat”
(yang samar-samar, tidak terang maksudnya)
Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing)

adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan
maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran
untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya
(memutarkan maksudnya menurut yang disukainya)

Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah

Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:
” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami”
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

[Al-i-’Imran:7]

fabrication.jpg
 
memilih untuk berguru dengan orang beriman juga satu ujian....

dari post sini

-----------------
bergurulah kepada "orang yang beriman", iaitu orang yang macam ni...

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah
right_icon.gif
mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka
right_icon.gif
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman
right_icon.gif
dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

(Al-Anfal: 2)

ada guru nko perangai macam ni?

bila "dibacakan nama Allah, gementarlah hati" ...
oleh itu, jangan kata nak ubah ayat Allah.. atau gelakkan ayat Allah
dengar nama pun dah takut... :D

dan ada guru nko perangai macam ni?

"apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya
menjadikan mereka bertambah iman
"

bukan orang yang bila diberikan keterangan ayat-ayat Allah tu teguh dan terperinci
terus dia dia buat gelak...
terus dia pergi cari kitab lain.. (rujuk sini)
siapa tanya pula, kalau takda hadis nak solat camna? hehe

dan ada guru nko perangai macam ni?

"kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah".. iaitu ia berserah bulat-bulat kepada perintah Allah....
Kami dengar, kami patuh.. bukan Kami dengar, kami menderhaka... atau kami dustakan (modified)
ada perangai macam ni?
ada dia ambil duit atau cari makan melalui "kerjaya agama" dia?
kalau ambik duit.. tak berserah ler tu...
takda tawakkal, tak yakin kat Allah... dan campurkan kepentingan cari makan dengan agama... hehe :eek:




ada guru nko perangai macam di atas?

kalau takda.. dia tu bukan orang beriman... PEWARIS AHLI KITAB nie...


sapa suruh nko berguru dgn orang macam ni? orang yang suka bantah larangan Allah? :eek:

rujuk #867

Mereka menjadikan pendita-pendita (ulama) dan ahli-ahli ugama (ustaz) mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah
dan juga Al-Masih ibni Maryam
padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa
tiada Tuhan melainkan Dia
Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka
sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya
sekalipun orang-orang kafir tidak suka
Dia lah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar
untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain
walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita (ulama) dan ahli-ahli ugama (ustaz)
memakan harta orang ramai dengan cara yang salah
dan mereka menghalangi dari jalan Allah

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah
maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya

[At-Taubah:31-34]


siapa suruh nko berguru dengan "pendusta agama"? (rujuk sini)
mensyariatkan apa yang tidak Allah syariatkan, dan mendahulukan nenek moyang mereka?
surah apa suruh nko berguru dgn setan2 ni ? hehe :))

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu
pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu

Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam

Akan tetapi orang-orang kafir itu
sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah (iaitu perbuatan mensyariatkan)
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)

mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya
Adakah sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?

Wahai orang-orang yang beriman!
Jagalah sahaja diri kamu

Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu
apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya
kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan.

[al-Maidah:101-105]


siapa suruh nko berguru dengan orang yang terburu-buru menudustakan agamanya?
Rasulullah SAW dan para sahabat pun tak buat kitab, dia pula pandai buat kitab (buku) dan tulis buku sana sini...
Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran
yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya
dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya
Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka)

Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu

[Yunus:39]


siapa suruh nko berguru dengan orang musyrik?
iaitu orang yang bermazhab2 dan berpuak? :eek:

maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yang jauh dari kesesatan
ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu
itulah ugama yang betul lurus
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah
serta bertaqwalah kamu kepadaNya
dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna

dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya

[Ar-Rum:30-32]


kalau nko ni berguru dgn PEWARIS AHLI KITAB, dan takda berguru dengan orang yang mempunyai ciri-ciri "orang beriman" di atas...
baik nko pergi cari lagi guru yang dalam kategori orang beriman
sebab sekarang ni nko berguru ngan anak setan...
geng-geng pendusta agama dan suka kurang ajar dengan Allah... :)) (rujuk sini)
so.. cari yang beriman, paling cikai pun takpa.....
takyah tahap mursyid2 ker, serban 10 km, janggut line putih semua ni.....
janji guru yang dalam kategori orang beriman, level F pun ok.... :eek:


Apa sudah jadi kepada akal kamu ?
Bagaimana kamu menetapkan hukum ?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari ?
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih ?

[Al-Qalam:36-38]
 
adakah umat Islam hari ini hebat menerima ujian?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?
[Al-’Ankabut:2]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan)
seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

[al-Baqaran:214]

see? siapa cakap untuk beriman dengan ayat-ayat Allah tidak diuji dengan begitu hebat? rujuk sini

Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).
[Yusuf:103]

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)
dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar
tetapi kebanyakan manusia tidak beriman

[Ar-R’ad:1]

menolak segala yang diterima daripada nenek moyang dan melawan arus masyarakat?

berserah bulat2 serta berpegang teguh kepada ayat2 Allah semata-mata sebagai tempat bergantung? rujuk sini :-?

atau kita sendiri yang memilih untuk tidak menghadapi ujian ini... tutup mata ... :D

ostrich.jpg

memilih awal-awal untuk menjadi golongan kiri (surah al-waqiah)
memodifikasikan ujian Allah, kemudian buat sangkaan sendiri berada pada jalan yang lurus dan benar ... tipu dan perdayakan diri sendiri... :o

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman
padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri
sedang mereka tidak menyedarinya

[al-Baqarah:9]

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya
tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit
dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum

dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

[Al-A’raf:40]

"mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum"

mustahil unta memasuki lubang jarum..
maka itu mustahil juga golongan yang "mendustakan" dan "membantah" ayat-ayat Allah akan memasuki syurga

MUSTAHIL ...
SO, TAK PAYAH BERANGAN-ANGAN MASUK SYURGA
JANGANKAN KATA BOLEH BAU SYURGA...
LANGIT SYURGA PUN TAK AKAN TERBUKA LANGSUNG..​
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register