BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaedah memahami al-Quran melalui Taubat & Penyucian

Status
Not open for further replies.

pubin

Banned
Messages
6,448
Joined
Jul 8, 2011
Messages
6,448
Reaction score
51
Points
70
rujuk sini

Jalan kepada tasawwuf.. bermula dengan "Ta" ... iaitu "taubat"

taubat daripada apa?

paling relevan dgn perbincangan ... taubat daripada menjadi "pendusta agama" (rujuk sini)

so, step ni TAKLEH NAK SKIP..

kerana jalan kepada Allah bermula dengan taubat dahulu.... taubat sebenar-benar taubat

kalau takda taubat, takda step yang kedua... "Sa" ... "safa" ... "menyucikan" amalan dan hati

so... kalau dah tetap jadi "pendusta agama" ... (rujuk sini)
memperlekehkan ayat-ayat Allah... (rujuk sini)
menjadi golongan yang membenarkan saksi pendustaan (rujuk sini)
bantah ayat-ayat Allah ...
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]
macam mana nak "menyucikan diri" ?
sedangkan "menyucikan diri" itu mesti bermula dengan "taubat"
tidak ada "penyucian" tanpa "taubat"
dan takkan faham al-Quran jika tiada "penyucian"
(ramai tafsir "penyucian" ialah kena ada wudhu utk pegang Quran, lawak)
baca jer jadi semakin sesat pula...
so.. baca al-Quran tu tak sesat
orang yang baca tu yang sesat... hehe (rujuk sini)


Adapun orang-orang yang ada penyakit dalam hati mereka
maka surah Al-Quran itu
menambahkan kekotoran kepada kekotoran yang ada pada mereka

dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir

[at-Taubah:125]

Dan Kami jadikan tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka
juga sebagai penyumbat pada telinga mereka
yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran
dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran
mereka berpaling undur melarikan diri

[Al-Israa’:46]

Dan bandingan orang-orang kafir
samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami
selain dari mendengar suara panggilan sahaja
mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta
oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.

[Al-Baqarah:171]

Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan
terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah
bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?

Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran
dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus
maka mereka akan mengetahui kelak.

[Ghaffir:69-70]

"Awaluddin makrifatulloh"?
mimpilah... lagi jauh ke langit untuk capai...
al-Quran pun tak faham, nak Awaluddin makrifatulloh mende nyerrrr.. hehe
silap haribulan berguru dengan jin dan makin jauh sesat ... ni yang selalu terjadi .. :eek:

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi
dengan tiada alasan yang benar dari ayat-ayatKu
dan mereka jika mereka melihat sebarang keterangan
mereka tidak beriman kepadanya
dan jika mereka melihat jalan yang hidayah petunjuk
mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan
mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

[Al-A’raf:146]

Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu
amatlah kuat kukuh.

[al-Qalam:44-45]
(rujuk sini)

Dan sesiapa yang disesatkan Allah
maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

[Ghaffir:33]


nampak? faktor kenapa orang tak faham mesej al-Quran sebenar?

baca Quran dan jadi semakin jauh sesat dan berpuak2 ?

punca kejatuhan umat Islam ? :D

Ta..sa..wwu..uf..

Ta(ubat)..sa(fa)..wwu..uf..

‘wwu’ dan ‘uf’ tinggalkan dulu...

POINT PENTING

tidak ada "penyucian" tanpa "taubat"
dan takkan faham al-Quran jika tiada "penyucian"
(ramai tafsir "penyucian" ialah kena ada wudhu utk pegang Quran, lawak)
baca jer jadi semakin sesat pula...
so.. baca al-Quran tu tak sesat, orang yang baca tu yang sesat... hehe (rujuk sini)




STEP DARI AYAT AL-QURAN
rujuk sini

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin
seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri

yang MEMBACAKAN kepada mereka ayat-ayat Allah

dan MEMBERSIHKAN mereka (taubat, dibersihkan daripada segala syirik)

serta MENGAJARKAN mereka Kitab Allah

dan HIKMAH (rujuk sini)

Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata

(Al-Jumu’ah:2)

FORMULA...

1. membacakan ayat-ayat Allah - ayat Allah, bukan ayat pendita... dan baca mesti faham, tak faham maka tak baca (peringkat ilmu)

2. membersihkan - iaitu bertaubat daripada menjadi pendusta agama dan orang musyrik, dan memperbaiki amal (Ta)

3. mengajarkan - iaitu beramal dan mensucikan diri, mengajar diri sendiri mematuhi ayat Allah (sebab kita bukan nabi, diri dulu)... (Sa)

Ta..Sa..Wwu..Uf

4. Hikmah (Wwu..Uf) (rujuk sini)

Ta - Taubat - daripada menjadi pendusta agama, orang musyrik, dan saksi membenarkan pendustaan ayat2 Allah
Sa - Safa - mensucikan diri, dibersihkan daripada sebarang syirik... menegakkan ayat Allah dalam diri

Hanya selepas ini baru jadi manusia, ada deria..
celik, mendengar, dan merasa.. ada akal yang sihat.. bukan lagi haiwan..
hanya selepas itu baru boleh mengambil pelajaran dan peringatan dari ayat2 Allah... iaitu step "HIKMAH"

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk Ugama
yang mudah diterima oleh akal yang sihat

[Al-A’la:8]

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya
Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu
maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya

[al-Baqarah:269]

Allah kata "tiadalah yang dapat mengambil pengajaran", iaitu tiada yg dpt mengambil manfaat dari al-Quran utk menuju jalan lurus dan benar...
kecuali "orang-orang yang menggunakan akal fikirannya" .. "akal yang sihat"
 
Last edited:
beberapa butiran penting

point-point penting....

rujuk sini
untuk faham al-Quran, kita kena jadi manusia, dan dapatkan deria..
supaya nko boleh melihat, mendengar, dan merasa...
kita tidak akan dapat faham al-Quran sebagai haiwan...
al-Quran itu bukan untuk haiwan, tetapi untuk manusia....

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. [al-Baqarah:30]

Islam adalah agama "keadilan", dan dan "Khalifah" itu menegakkan keadilan
so.. nko kena faham apa itu "keadilan"
untuk faham "keadilan", nko kena faham apa itu "keseimbangan"...
di mana ada keseimbangan", di situ ada "keadilan"
buktinya.. lihat seluruh alam. ada matahari terlewat 5 saat?
semuanya berjalan mengikut ukurun dan keseimbangan... inilah "Sunnah"
dan di sini peranannya "hidayah Allah"...
nko tak akan dapat daripada mana2 guru atau kitab...
yang tidak boleh dibeli melalui "iman kertas"

macam mana nak faham "keseimbangan"?
nko kena ada deria, dan berhenti menjadi "haiwan"... dan jadi "manusia"....

Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu)
samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang
yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja
mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta
oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.

[Al-Baqarah:171]


sedikit mengenai falsafah peribadi... :))

formulanya... Alif Lam Meem... surah al-Baqarah

Berdiri (Alif) dan rukuk (Meem).. (pergerakan dalam solat)

Alif.. Berdiri? hablum minallah ... api.. sifatnya menegak..
apa yang nkorang kena tegakkan?
ayat-ayat Allah... bukan ayat2 pendita atau selain Allah
selagi nkorang tak tegakkan ayat2 Allah...
jangan mimpi mendapat hidayah...
so.. langkah pertama ialah faham dahulu apa ayat2 Allah...
kemudiannya... amalkan... tegakkan dalam kehidupan nkorang...

Lam... Rukuk? angin.. api bila meletup menghasilkan apa? angin... sifat menyejukkan .... hablum minannas..
apa yang nkorang kena sejukkan? menyejukkan semua orang...
dengan fahaman al-Quran sebenar, nko bercampur dgn semua mazhab, agama dan manusia...
memahami (angin yang menyejukkan) mereka.. memudahkan mereka, dan hidup tidak berpecah belah..
kerana setiap agama ada percentage kebenarannya, dan kesesatannya..
jadi nko belajar apakah itu "kebenarannya" daripada setiap puak... itu Islam sebenar

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan ... [Al-Hujurat:13]

so.. kalau nko dapat kuasai dua ni
nko dah tahu apa itu maksud daripada pergerakan solat untuk berdiri dan rukuk...
hakikat nyer solat, bukan solat tae kwon do sepanjang hayat...
dan nko bertukar menjadi "Meem" ... "manusia", ada akal dan deria.. bukan lagi haiwan..
nko dapat melihat, mendengar, dan merasa...

sebaliknya dan jika tiada "Alif" dan "Lam"
nko jadi buta, pekak dan bisu...

Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). [al-Baqarah:18]

Duduk dan sujud? Lam dan Ha?
Itu biar Allah terangkan...
selepas nko jadi manusia
bukan bidang kuasa manusia untuk jelaskan...
bidang kuasa Allah...

bidang kuasa manusia ialah sekadar menegakkan hablum minallah dan hablum minanas..

ni falsampah jer.. tak perlu pun jadi pegangan .. hehe :))



Makna Tasawwuf menurut Syaikh Abdul Qadir al-Jailani

Dalam bahasa Arab perkataan tasawwuf, kerohanian Islam, terdiri daripada empat huruf – ‘ta’, ‘sin’, ‘wau’ dan ‘pa’ (t,s,w,f).

Huruf pertama, t, bermaksud taubat . Ini adalah langkah pertama perlu diambil pada jalan ini. Ia adalah seolah-olah dua langkah, satu zahir dan satu batin.

Taubat zahir dalam perkataan, perbuatan dan perasaan, menjaga kehidupan agar bebas daripada dosa dan kesalahan dan cenderung untuk berbuat kebaikan dan ketaatan; meninggalkan keingkaran dan penentangan, mencari kesejahteraan dan kedamaian . Taubat batin dilakukan oleh hati.Penyucian hati daripada hawa nafsu duniawi yang huru hara dan hati bulat berazam mahu mencapai alam ketuhanan. Taubat – mengawasi kesalahan dan meninggalkannya, menyedari kebenaran dan berjuang ke arahnya – membawa seseorang kepada huruf kedua.

Huruf kedua ‘s’ yang bermakna simbol yaitu safa yang menunjukan keadaan aman dan sejahtera. Dalam peringkat ini juga ada dua langkah perlu diambil. Pertama ialah ke arah kesucian di dalam hati dan kedua pula ke arah pusat hati. Hati yang tenang datang daripada hati yang bebas daripada kesusahan, keresahan yang disebabkan oleh masalah semua kebendaan ini, masalah makan, minum, tidur, perkataan yang sia-sia. Dunia ini seumpama tenaga tarikan bumi, menarik hati ke bawah, dan untuk membebaskan hati daripada masalah tersebut menyebabkan berlaku tekankan kepada hati. Di sana ada pula ikatan-ikatan – hawa nafsu dan kehendak, pemilikan, kasihkan keluarga dan anak-anak – yang mengikat hati seni kepada bumi dan menghalangnya terbang tinggi.

Cara membebaskan hati, bagi menyucikannya, adalah dengan mengingati Allah. Pada permulaan ingatkan ini berlaku secara luaran, dengan mengulangi nama-nama Tuhan, menyebutnya kuat-kuat sehingga kamu dan orang lain boleh mendengarnya. Apabila ingatkan kepada-Nya sudah berterusan ingatkan tersebut masuk ke dalam hati dan berlaku di dalam senyap. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin itu ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, takutlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah menambahkan lagi keimanan mereka, dan kepada Tuhan merekalah mereka kembali” .(Surah Anfaal, ayat 2).

Takutkan Allah dalam ayat tersebut bermaksud takut dan harap, hormat dan kasihkan Allah. Dengan ingatan dan ucapan nama-nama Allah hati menjadi jaga dari ketiduran dan kelalaian, menjadi suci bersih dan bersinar. Kemudian bentuk dan rupa dari alam ghaib menyata di dalam hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ahli ilmu zahir mendatangi dan menerkam sesuatu dengan akal fikirannya sementara ahli ilmu batin sibuk membersihkan dan menggilap hati mereka”.

Kesejahteraan pada pusat rahsia bagi hati diperolehi dengan membersihkan hati daripada segala sesuatu dan menyediakannya untuk menerima Zat Allah semata-mata yang memenuhi ruang hati apabila hati sudah diperindahkan dengan kecintaan Allah. Alat pembersihannya ialah berterusan mengingati dan menyebut di dalam hati, dengan lidah rahsia akan kalimah tauhid “La ilaha illa Llah”. Bila hati dan pusat hati berada dalam suasana tenang dan damai maka peringkat kedua yang disimbolkan sebagai huruf ‘s’ selesai.

Huruf ketiga ‘w’ bermaksud wilayah, suasana kesucian dan keaslian pencinta-pencinta Allah dan sahabat-sahabat-Nya .

Keadaan ini bergantung kepada kesucian batin. Allah menggambarkan sahabat-sahabat-Nya dengan firman-Nya: “Ketahuilah, sesungguhnya pembantu pembantuAllah tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita. Bagi merekalah kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat…”. (Surah Yunus, ayat 62 – 64).

Seseorang yang di dalam kesucian menyedari sepenuhnya tentang Allah, mencintai-Nya fan berhubungan dengan-Nya. Hasilnya dia diperelokkan dengan peribadi, akhlak dan perangai yang terbaik. Ini merupakan hadiah suci yang dikurniakan kepada mereka. Nabi s.a.w bersabda, “Perhatikanlah akhlak yang mulia dan berbuatlah sesuai dengannya” . Dalam peringkat ini orang yang di dalam kesedaran tersebut meninggalkan sifat-sifat keduniaannya yang sementara dan kelihatanlah dia diliputi oleh sifat-sifat Ilahi yang suci. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Bila Aku kasihkan hamba-Ku, Aku menjadi pendengarannya, penglihatannya, percakapannya, pemegangnya dan perjalanannya”. Keluarkan segala-galanya dari hati kamu dan biarkan Allah sahaja yang berada di sana . “Dan katakanlah telah datang kebenaran dan telah lenyap kepalsuan kerana sesungguhnya kepalsuan itu akan lenyap”. (Surah Bani Israil, ayat 81). Bila kebenaran telah datang dan kepalsuan telah lenyap maka selesailah peringkat wilayah.

Huruf keempat ‘f’ bermakna fana, lenyap diri sendiri ke dalam ketiadaan. Diri yang palsu akan hancur dan hilang apabila sifat-sifat yang suci memasuki seseorang, dan apabila sifat-sifat serta keperibadian yang banyak menghalang tempatnya akan diganti oleh satu sahaja sifat keesaan.

Dalam kenyataan hakikat sentiasa hadir. Ia tidak hilang dan tidak juga berkurangan. Apa yang berlaku adalah orang yang beriman menyedari dan menjadi satu dengan yang menciptakannya. Dalam suasana berada dengan- Nya orang yang beriman memperolehi kurniaan-Nya; manusia yang sementara menemui kewujudan yang sebenar dengan menyedari rahsia abadi. “Semua akan binasa kecuali Wajah-Nya”. (Surah Qasas, ayat 88).

Cara untuk menyedari hakikat ini ialah melalui anugerah-Nya, dengan kehendak-Nya. Bila kamu berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya dan bersesuaian dengan kehendak-Nya kamu akan menjadi hampir dengan hakikat-Nya, Zat-Nya. Kemudian semua akan lenyap kecuali Yang Esa yang meredai dan yang Dia diredai, bersatu. Perbuatan baik adalah ibu yang melahirkan bayi kebenaran; kehidupan dalam kesedaran bagi manusia yang sebenar-benarnya.

“Perkataan yang baik dan perbuatan yang baik naik kepada Allah” . (Surah Fatir, ayat 10).

Jika seseorang berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukan untuk Allah sahaja maka dia mengadakan sekutu bagi Allah, dia meletakkan yang lain pada tempat Allah – dosa yang tidak diampunkan yang akan memusnahkannya, lambat atau cepat. Tetapi bila diri dan kepentingan diri fana seseorang itu mencapai peringkat bersatu dengan Allah. Allah menggambarkan makam tersebut: “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai. Ditempat duduk kebenaran, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 54 & 55).

Tempat itu ialah tempat bagi hakikat yang penting, hakikat kepada hakikathakikat, tempat penyatuan dan keesaan. Ia adalah tempat yang disediakan untuk nabi-nabi, untuk mereka yang dikasihi oleh Allah, untuk para sahabat-Nya. Allah beserta orang-orang yang benar. Bila kewujudan bersatu dengan wujud yang abadi ia tidak boleh dipandang sebagai kewujudan yang terpisah. Bila semua ikatan keduniaan ditanggalkan dan seseorang itu dalam suasana kesatuan dengan Allah, dengan kebenaran (hakikat) Ilahi, dia menerima kesucian yang abadi, tidak akan tercemar lagi, dan masuk ke dalam golongan: “Mereka itu ahli syurga yang kekal di dalamnya”. (Surah A’raaf, ayat 42). Mereka adalah: “Orang-orang yang beriman dan beramal salih” . (Surah A’raaf, ayat 42). Bagaimanapun: “ Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar kuasanya” . (Surah A’raaf, ayat 42). Tetapi seseorang memerlukan kesabaran yang kuat: “Dan Allah beserta orang yang sabar” . (Surah Anfaal, ayat 66).


Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya (Quraish Dialect).. [Ibrahim:4]

Quraish Dialect & al-Quran

44:58 Certainly, (O Prophet) We have made this Qur’an easy in your tongue, in order that they may take it to heart.

69:40 This is the revealed Word in the dialect of a noble Messenger.

81:19 This is the revealed Word in the dialect of a noble Messenger. [44:58, 69:40]


How was mankind robbed of God’s Final revelation? He Himself extols this revelation, “And this grace of your Lord is better than all the treasures that they may amass.” [10:57-58,16:53, 16:71, 43:32] By robbing I mean giving alien, erroneous and misleading meanings and concepts to the original matchless, powerful and glorious Qur’anic terms. Here is how it happened:

The First Dilemma

While the language of the Qur’an remained untouched, its words and terms were made to lose the splendor they so beautifully conveyed in the original, revealed Arabic. So much so, that the Qur’anic terms were dressed up with the erroneous philosophies prevalent in the once Zoroastrian culture of Persia, and they became widely accepted even among the Arabs!

This staggering tragedy explains why, how and where, even the Arabic speaking people lose their touch with the Qur’an! The Book describes this staggering tragedy very clearly,

25:30 And the Messenger will say, “O My Lord! These are my people, the ones who had disabled this Qur’an making it of no account.” [They had immobilized it like villagers who bind a cow by tying her front foot to her horn. Mahjoor = A cow thus immobilized]

This ill treatment of the Divine message and the subsequent filling of the void with conjecture is THE cause of the Muslim downfall on a Global scale.

Any nation that holds on to this Divine Writ in letter and spirit can build a Paradise on earth. The early Islamic history is a great testimonial to this claim, but we will explore this point a little further.

How, then, do the others continue to make progress? Naturally, a very important question arises here. In the last several centuries, the West and many other non-Muslim countries have been making spellbinding advances in education, science and technology and in their governmental systems without the Qur’an! The short answer is that they have been using well their faculties of reason and intellectual inquiry.

Another very significant factor has been quietly playing its role in this regard. The Qur’an has been, perceptibly and imperceptibly, making a Universal impact on human civilization during the last fourteen centuries. The celebrated French surgeon, thinker and historian, Robert Briffault (1876-1978) has very convincingly elaborated this fact in his remarkable work, “The Making of Humanity.”

But Muslims, after disabling the Divine revelation, have also allowed their intellect to paralyze. They have fallen easy prey to the utterly senseless dogmas fabricated centuries after the exalted Prophet and his noble companions.

However, the rule stands for all that the Last revelation of God economizes human effort (Sir Allama Iqbal). It can give them eminence they have never imagined before, scientific and moral achievements side by side, in a short span of time without having to go through the prolonged ordeal of learning through trial and error. And thus, they can adopt a progressive system of life that embraces all that is good, promoting the well-being of humanity, while avoiding all that is evil and harmful. Furthermore, this Revealed System of Life is fully sustainable and durable.

How Does The Current Arabic Rob The Qur’an?

44:58 Certainly, (O Prophet) We have made this Qur’an easy in your tongue, in order that they may take it to heart.

69:40 This is the revealed Word in the dialect of a noble Messenger.

81:19 This is the revealed Word in the dialect of a noble Messenger. [44:58, 69:40]


It is of paramount importance to know that the mentioned dialect is not extinct. It is very much alive and well in the Pre-Islamic and ‘Para-Islamic’ poetry and well preserved in some good dictionaries such as Tajil ‘Uroos, Lisanil ‘Arab, Qamoos, Lane’s Lexicon, Al-Mufridaat Fi Ghareebil Qur’an and Lughaatil Qur’an. The first of these practically embraces the next two and the last one is from Arabic to Urdu. Edward Lane’s Lexicon is primarily based on Tajil ‘Uroos. The role of the desert nomads, especially in the Empty Quarter, has already been mentioned.

I will keep this discourse brief since nothing is more convincing than citing relevant examples. Plenty of such examples are given throughout the rendition for the reader to see for himself how the Ajami (Non-Arab, and more specifically, non-Qur’anic) concepts rob the Qur’anic terms of their clarity, power and grandeur.

Herein are given only a few of those examples:

• Taqwa is usually translated as: Righteousness, goodness, avoiding evil, God-consciousness, warding

off evil, piety, fearing God, doing good etc. Now a non-Muslim, or even a bright Muslim youngster may ask, “Well, the Qur’an in the very beginning claims that it is a guidance for the righteous, the God-conscious, he who wards off evil, the pious, he who fears God, one who does good works. But, why should such people need any guidance?”

The answer lies in the Quraish dialect that describes Taqwa as walking in security, like someone who strolls through a garden but watches his garment against getting entangled in bushes and thorns. All of a sudden the verse now makes beautiful sense, that the Qur’an is a Guide to those who wish to journey through life in honor and security.

Manyyasha is almost invariably translated as ‘whatever God wills.’ Since this term appears in the Qur’an very frequently, its wrong translation lays down the foundation of ‘Fatalism’ in Islam. Such erroneous translations can only convey abject messages and results like this: ‘God honors whomever He wills and humiliates whomever He wills.’ Or, ‘God sends astray whomever He wills and guides whomever He wills.’ An intelligent reader has every right to ask, “Why then did God reveal His message in the first place?”

The original Qur’anic meaning of Manyyasha is, ‘according to His laws’. God has appointed laws for success vs failure, and for guidance vs straying. [And these laws are given in the Qur’an. See 4:88]
Such terms as Sayyeh, Ithm, Zanb, Fisq, ‘Udwaan and the like are all blanketed together as the vague term ‘SIN’. I have let the Qur’an explain the true meanings of each term repeatedly in the text, at times in parentheses.

Zulm has almost always been given a very vague meaning, ‘wrongdoing’. But the Qur’anic concept of Zulm is extremely clear and appealing: To displace something from its rightful place – to harm one’s own self – violation of human rights – oppression – relegating the truth – to hurt anyone. These meanings become crystal clear in their context in every single related verse.

Hasanah, Khair, Saalehat, ‘Amal-e-Saaleh, Birr etc are all blanketed together as the vague ’good deeds’. The correct Qur’anic meanings I have incorporated in the text at the relevant places.

In addition, the true Qur’anic understanding of terms such as Adam, Angels, Satan, Jinn, Salaat, Zakaat, Saum, Hajj, The Unseen, The Occult Phenomena, Belief, Kufr, Resurrection, The Law of Requital, Duniya, The Hereafter, Haraam, Halaal, Jihad, Islam, Iman, and many more will repeatedly be found in the text just as the Qur’an explains them.

The Second Dilemma

It occurred when the commentators of the Qur’an, centuries after its revelation, tried to connect every verse with a certain historical event, calling the process Shaan-e-Nuzool (Circumstances of a revelation.) Here the words and terms of the Qur’an were given tailor-made meanings to fit the supposed story, with total disregard to their original vibrant meanings, concepts and messages.

This deplorable practice only serves to bind the verses of the Timeless Qur’an to some supposed incidents and chain the Word of God in another set of shackles!

A very significant Islamic jurist, Imam Ahmad bin Hanbal (d. 241 AH) in those early times saw the chaos and raised a very strong voice against this awful practice, “Three kinds of books are absolutely unfounded, Maghaazi, Malaahem and Tafseer” -(The exalted Prophet’s battles, his dreams, and expositions of the Qur’an done by ancient scholars). [Ref: Tazkarah-til-Maudhua’at by Ash-Shaikh Muhammad Tahir Al-Makki and Maudhu’aat-e-Kabeer by Mulla Ali Qari]

Worst of all, and inevitably so, this conjecture of Shaan-e-Nuzool was attributed to the exalted Prophet and his noble companions. This led people into believing that this was how they (the Prophet and his companions) used to understand the Qur’an! So, the foundation of an Islamic decline was laid down and mankind was robbed of the Supreme Gift of guidance bestowed upon them by the Creator!

Now The Third Dilemma

The later generations of translators and commentators have uncritically followed the men of old and this tendency has been consistently taking its noxious toll. They have been thinking of the Ajami Arabic as the known Language of the Qur’an. By Ajami Arabic I mean applying the Zoro-Persian or any alien concepts to the Arabic words and terms of the Qur’an.

Please recall that this deplorable practice of “Shaan-e-Nuzool” was given legitimacy during the Abbasid Dynasty to the extent that the alien, empty and erroneous concepts given to the Qur’anic terms became widely known and well accepted. The Mighty Word of God, the great Equalizer of humanity, threatened the personal interests of the elite, whereas a ‘disabled’ Qur’an very well suited the ulterior motives of the Royalty, the Elite and the Islamic priesthood. A formidable coalition of this ‘eternally’ sinister TRIO thus made inroads into Islam and supported each other toward a common goal, that is, exploitation and enrichment at the expense of the masses who, in turn, violated one another’s, and particularly women’s rights.

The later commentators whether Arabs or non-Arabs, have since looked at the Qur’an with the tinted glasses of the earlier Mufassireen (commentators or exponents.) This dilemma has only helped perpetuate the pathetic state of mental slavery of the “Islamic” world to this day.
 
Last edited:
Perintah memahami isi al-Quran

surah pilihan...

Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

[17, 22, 32, 40:Al-Qamar] <--- ayat sama berulang 4x

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk Ugama
yang mudah diterima oleh akal yang sihat

[Al-A’la:8]

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan dalam bahasa asing
tentulah mereka akan berkata:
“Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)?
Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?”​

Katakanlah (wahai Muhammad):

Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman

dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman
(AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar)
dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka (bukan cahaya yang menerangi)

Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti)
orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh
(masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.

[Fussilat:44]


[Muhammad:24]
maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran?
Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup?


[Al-Jathiyah:20]
Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia
dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini


[Fussilat:3]
Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya secara terperinci
iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab
bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya


[Az-Zukhruf:3]
Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab
supaya kamu memahaminya


[Sad:29]
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu
Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya
untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya
dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar


[Al-Anbiyaa’:10]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran)
yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu
maka mengapa kamu tidak memahaminya?


[Al-Anfal:22]
Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata pada sisi Allah
ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun


[Al-Furqan:44]
Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami?
Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi


[Fussilat:5]
Dan mereka berkata: “Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya
dan pada telinga kami penyumbat
serta di antara kami denganmu ada sekatan
oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu)
sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)!


[Al-Israa’:46]
Dan Kami jadikan tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka
juga sebagai penyumbat pada telinga mereka
yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran
dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran
mereka berpaling undur melarikan diri


[Al-An’am:25]
Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran)
pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka
yang menghalang mereka daripada memahaminya
dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat
dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan
mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu
sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu:
“Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu”.


[Al-Khaf:57]
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya
lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya
sesungguhnya Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka
menghalang mereka daripada memahaminya
dan pada telinga mereka penyumbat
Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian
mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya


[Al-Baqarah:171]
Dan bandingan orang-orang kafir
samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami
selain dari mendengar suara panggilan sahaja
mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta
oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.


[al-Qalam:44-45]
Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu
amatlah kuat kukuh.


[Al-A’raf:182]
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.


[Al-A’raf:146]
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi
dengan tiada alasan yang benar dari ayat-ayatKu
dan mereka jika mereka melihat sebarang keterangan
mereka tidak beriman kepadanya
dan jika mereka melihat jalan yang hidayah petunjuk
mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan
mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka sentiasa lalai daripadanya.


[Ghaffir:69-70]
Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan
terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah
bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?

Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran
dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus
maka mereka akan mengetahui kelak.


[Al-A’raf:40]
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya

tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit
dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum

dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.


[Yunus:39-44]
Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran
yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya
dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya
Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka)

Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu

Dan di antara mereka ada yang beriman kepada Al-Quran
dan ada di antaranya yang tidak beriman langsung kepadanya
Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang yang melakukan kerosakan

Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu
maka katakanlah: “Bagiku amalku, dan bagi kamu pula amal kamu
Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan
dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan”

Dan di antara mereka itu
ada yang datang mendengar ajaranmu
maka engkau tidak berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar
juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu memahami perkara yang didengarnya

Dan di antara mereka pula ada yang memandang kepada perkara-perkara yang engkau tunjukkan
maka engkau tidak berfaedah menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta
juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu melihat

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun
akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri
 
Last edited:
Amatlah sedikit yang beriman dengan al-Quran

amatlah sedikit bersyukur = amatlah sedikit orang beriman

Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair
amatlah sedikit kamu beriman
Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan
(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam

[Al-Haqqa:41-43]

tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu
itulah ugama yang betul lurus
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

[Ar-Rum:30]

Sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan
setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!

[Sad:24]

Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (al-Quran)
dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan

[Al-A’raf:3]

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu di bumi
dan Kami jadikan untuk kamu padanya penghidupan
amatlah sedikit kamu bersyukur.

[Al-A’raf:10]

Katakanlah: “Allah yang menciptakan kamu
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur

[Al-Mulk:23]

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya
Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur

[As-Sajdah:9]

Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur.

[Al-Mu’minun:78]

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)
dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar
tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.

[Ar-R’ad:1]

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran
supaya mereka berfikir
dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.

[Al-Furqan:50]

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini
dengan berbagai-bagai contoh perbandingan
dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

[Al-Israa’:89]

Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).
[Yusuf:103]

Oleh itu, janganlah engkau menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran
kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu
tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.

[Hud:17]

Katakanlah; “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat
ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka
(dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu):
“Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya
maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik
sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.​

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman):
“Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan
(memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing)
nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya
(sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat)
tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu:
Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan SEMUA jin dan manusia
maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini
Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi
dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan​

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami
hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu
mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh)
dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka
dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.


[as-Sajdah: 11-15]

Apakah pula jawapan Rasulullah SAW pada hari akhirat?

Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya sambil berkata:
“Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
“Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku
Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia”.
Dan berkatalah Rasul:
“Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini
satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.
[Al-Furqan:27-30]
 
Last edited:
Al-Quran dijelaskan secara terperinci

Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya
sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh
dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu
disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain
Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu
dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya.

[Al-Nahl:92]

--------------

Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini
supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.
laitu Al-Quran yang berbahasa Arab
yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong
supaya mereka bertaqwa

[Az-Zumar:27-28]

Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang CUKUP LENGKAP
dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya
mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[Al-Jathiyah:11]

Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh
kemudian dijelaskan pula kandungannya SECARA TERPERINCI

[Surah Hud:1]

Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah
tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya
dan untuk menjelaskan SECARA TERPERINCI hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu)
tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah
Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

[Yunus:37]

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran)
yang Kami telah menjelaskannya SECARA TERPERINCI berdasarkan pengetahuan
untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang beriman.

[Al-A’raf:52]

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami SECARA TERPERINCI
dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

[Al-A’raf:174]

Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran SECARA TERPERINCI (supaya jelas jalan yang benar)
dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.

[Al-An’am:55]

Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami SECARA TERPERINCI
(dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka)
dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: “Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) “
dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui.

[Al-An’am:105]

(Katakanlah): “Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah
padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran
yang jelas nyata kandungannya SECARA TERPERINCI (tentang yang benar dan salah)?”
Dan orang-orang yang Kami berikan kitab
mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya
Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

[Al-An’am:114]

Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus
Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) SECARA TERPERINCI
bagi kaum yang mahu beringat – insaf.

[Al-An’am:126]

Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya
padahal Allah telah menerangkan SECARA TERPERINCI kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu
kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya?
Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.

[Al-An’am:119]

Wahai anak-anak Adam!
Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat
dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau
sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Katakanlah: “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya
dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”
Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia
(nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat
Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami SECARA TERPERINCI bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.

[Al-A’raf:31-32]
 
Last edited:
Ayat-ayat yang padat, teguh dan terperinci

Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh
kemudian dijelaskan pula kandungannya SECARA TERPERINCI

[Surah Hud:1]

Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana)
dari sebelah atas kamu
atau dari bawah kaki kamu
atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak
dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”

Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya

[Al-An’am:65]

ayat-ayat Allah adalah berbentuk "padat, teguh dan terperinci"... (rujuk sini)
nama pun ayat-ayat Allah, Tuhan Sekalian Alam... bukan nyer ayat-ayat manusia.. atau ayat sihir dan penyair
sebab itulah kita sentiasa memerlukan hidayah Allah untuk faham
sijil atas kertas, atau muka berseri2, janggut panjang, celak, serban 3 km, dan akhlak macam paderi kristian yg penuh karisma tak laku nyer...
seciput pun tak laku.. hehehe :eek:

buktinya lagi.. ni cabaran Allah untuk create ayat-ayat yang "padat, teguh dan terperinci"..

Ataukah mereka mengatakan : ''Dia iaitu Muhammad membuatnya''
Sebenarnya mereka tidak beriman
Maka hendaklah mereka mendatangkan kalimah (satu ayat) seumpama al-Quran itu jika mereka orang-orang yang benar.

[at-Tur:33-34]

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad)
maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu
dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah

jika betul kamu orang-orang yang benar
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya
dan SUDAH TENTU kamu tidak dapat membuatnya
maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya
manusia dan batu-batu, (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir

[al-Baqarah:23-24]


ini pula contoh ayat Allah yang "padat, teguh dan terperinci"...

kalimah Lailahaillallah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)

"tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah"

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu bahawa sesungguhnya
tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
...
[Muhammad:19]

dan kemudiannya Allah definisikan "tuhan" sebagai "nafsu" atau "kehendak"
("sembah" juga didefinisikan sebagai "suka", "puja", "patuh", "ikut" etc. dalam Quran)

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu
terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya ...

[Al-Jathiyah:23]

daripada ayat di atas, "nafsu" adalah dikategorikan sebagai "tuhan"
dan sebab "nafsu" atau "kehendak", maka lahirlah segala agama yang kita kenali hari ini... mengikut "kehendak" pendita2 (ulama) nyer
sebab "nafsu" atau "kehendak", maka terbentuk kehidupan dan kezaliman yang kita kenali hari ini...

so.. jika definisi "tuhan" pada (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) adalah "nafsu" atau "kehendak"
jadi nak SPIN kalimah Allah tu ke mana lagi?
Kalimah jelas2 mengatakan "tiada tuhan (nafsu, kehendak bercanggah perintah Allah) yang berhak disembah (patuh, ikut)"
sembah dan patuh pada Allah jer (iaitu ikut al-Quran)
Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus
(kepada) ugama yang tetap teguh
iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas
dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”.
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[Al-An’am:161-162]
maka itu kalimah tu dah menjadikan segala perbuatan yang tidak menurut kehendak Allah sebagai tidak bertuhankan Allah
so... boleh SPIN kalimah Allah?
boleh SPIN supaya kita boleh escape mana-mana perintah Allah? supaya boleh bantah Allah? boleh?
takda harapan... SPIN ler kut mana pun, FAILED.. hehe :))

sebab tu Allah kata... nkorang bantah jer, makna nyer takda kalimah Lailahaillallah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) dalam diri nkorang... belum syahadah.. kafir
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir [Ghaffir:4]

so.. memang jelas kalimah tauhid tu pendek jer, tetapi "padat, teguh dan terperinci".... punyalah hebat
satu mukjizat yg nyata kepada semua umat Islam yang beriman dan berakal sihat, perghhhhh..
dan kalimah yang pendek tu tidak akan sama sekali bercanggah dengan mana2 ayat di dalam al-Quran..
samada ayat pendek, panjang, surah, atau keseluruhan al-Quran




samalah dengan "Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik"

sentuh isu "makan" cukup....
apa itu "makan"?
apa sahaja yang masuk dalam mulut dan ditelan, adalah "makan"
"oleh itu, apa sahaja yang masuk dalam mulut dan ditelan mestilah halal, dan bukan setakat halal... mestilah baik (adil) untuk dimakan"
tak kisah ler, telan sebab suka2 ker, sebab perubatan ker... atau sebab2 selainnya...
jadi logik ker hadis Rasulullah SAW perintah minum air kencing unta? rujuk sini :))

bagi orang yang tak faham bentuk ayat2 Allah yang "padat, teguh dan terperinci"...
sebab mereka itu "pekak, buta dan bisu".... apa yang dia orang buat?
cari kitab lain.. cari cakap pihak ketiga... ubah maksud ayat Allah utk menepati citarasa dan kebod0han sendiri..
dan di sinilah dah kena manipulasi pihak luar... sehingga mengakibatkan umat berpecah belah atas isu pelbagai tafsiran..
dan kaedah paling popular digunakan, mengatakan ayat Allah itu cacat dan lemah... sanggup tu...

Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?definisi orang jahil
rolling-on-the-floor-laughing-smiley-emoticon.gif
rolling-on-the-floor-laughing-smiley-emoticon.gif
rolling-on-the-floor-laughing-smiley-emoticon.gif



Kurang Ajar Dengan Allah Tak ?

rujuk sini dan definisi orang jahil



Apa sudah jadi kepada akal kamu ?
Bagaimana kamu menetapkan hukum ?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari ?
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih ?

[Al-Qalam:36-38]


Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran
yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya
dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya

Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka)
Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu


Dan di antara mereka ada yang beriman kepada Al-Quran
dan ada di antaranya yang tidak beriman langsung kepadanya
Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang yang melakukan kerosakan

Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu
maka katakanlah: “Bagiku amalku, dan bagi kamu pula amal kamu
Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan
dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan”

Dan di antara mereka itu
ada yang datang mendengar ajaranmu
maka engkau tidak berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar
juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu memahami perkara yang didengarnya

Dan di antara mereka pula ada yang memandang kepada perkara-perkara yang engkau tunjukkan
maka engkau tidak berfaedah menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta
juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu melihat

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun
akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri


[Yunus:39-44]
 
Last edited:
Oleh itu, janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir
dan berjuanglah dengan HUJAH-HUJAH Al-Quran menghadapi mereka
dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

[al-Furqan:52]

Dan demi sesungguhnya!
Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran
supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur)
dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.

[al-Furqan:50]
 
Kenapa meninggalkan ayat Mutasyaabihaat?

kerana Allah bertujuan menyesatkan dan memisahkan orang beriman dan tidak beriman melalui ayat Mutasyaabihat...

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

[al-Maidah:101]


Dia lah yang menurunkan kepadamu Kitab Suci Al-Quran

Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat”
(yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya)
ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran

Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat”
(yang samar-samar, tidak terang maksudnya)
Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing)

adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan
maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran
untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya
(memutarkan maksudnya menurut yang disukainya)

Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah

Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:
” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami”
Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

[Al-i-’Imran:7]

fabrication.jpg



Dan Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat
dan Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan
yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu

supaya orang-orang yang diberi Kitab boleh percaya dengan yakin
dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya
dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu
dan supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata:

“Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?”​
Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya

dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya


dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja.
Dan neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

[Al-Muddaththir:31]


Adakah al-Quran mengandungi perselisihan?

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?
Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah
nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

(An-Nisaa:82)

Apakah maksud "perselisihan yang banyak di dalamnya"? samada
1. Tiada perselisihan?
2. Ada perselisihan, tetapi tidak banyak?

Perselisihan itu ada di hati.. bukan pada al-Quran

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya)
bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran
dengan sebab yang mereka kerjakan.

[Al-Mutaffifeen:14]
 
Last edited:
kebanyakan org salah memahami apa itu al-quran.. dan mereka tak paham kenapa al-quran itu merupakan mukjizat..

byk org baca al-quran ni mcm hikayat.. mcm ceritera zaman nabi.. walhal kesemua isi kandungan quran adalah untuk kita.. atau utk aku.. allah turunkan quran utk aku ni.. bukan utk org lain atau kaum lain.
 
Bergurulah kpd orang beriman, bukan kpd pewaris ahli kitab, pendusta agama & musyrik

rujuk sini

bergurulah kepada "orang yang beriman", iaitu orang yang macam ni...

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah
right_icon.gif
mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka
right_icon.gif
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman
right_icon.gif
dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

(Al-Anfal: 2)

ada guru nko perangai macam ni?

bila "dibacakan nama Allah, gementarlah hati" ...
oleh itu, jangan kata nak ubah ayat Allah.. atau gelakkan ayat Allah
dengar nama pun dah takut... :D

dan ada guru nko perangai macam ni?

"apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya
menjadikan mereka bertambah iman
"

bukan orang yang bila diberikan keterangan ayat-ayat Allah tu teguh dan terperinci
terus dia dia buat gelak...
terus dia pergi cari kitab lain.. (rujuk sini)
siapa tanya pula, kalau takda hadis nak solat camna? hehe

dan ada guru nko perangai macam ni?

"kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah".. iaitu ia berserah bulat-bulat kepada perintah Allah....
Kami dengar, kami patuh.. bukan Kami dengar, kami menderhaka... atau kami dustakan (modified)
ada perangai macam ni?
ada dia ambil duit atau cari makan melalui "kerjaya agama" dia?
kalau ambik duit.. tak berserah ler tu...
takda tawakkal, tak yakin kat Allah... dan campurkan kepentingan cari makan dengan agama... hehe :eek:




ada guru nko perangai macam di atas?

kalau takda.. dia tu bukan orang beriman... PEWARIS AHLI KITAB nie...


sapa suruh nko berguru dgn orang macam ni? orang yang suka bantah larangan Allah? :eek:

rujuk #867

Mereka menjadikan pendita-pendita (ulama) dan ahli-ahli ugama (ustaz) mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah
dan juga Al-Masih ibni Maryam
padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa
tiada Tuhan melainkan Dia
Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka
sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya
sekalipun orang-orang kafir tidak suka
Dia lah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar
untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain
walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita (ulama) dan ahli-ahli ugama (ustaz)
memakan harta orang ramai dengan cara yang salah
dan mereka menghalangi dari jalan Allah

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah
maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya

[At-Taubah:31-34]


siapa suruh nko berguru dengan "pendusta agama"? (rujuk sini)
mensyariatkan apa yang tidak Allah syariatkan, dan mendahulukan nenek moyang mereka?
surah apa suruh nko berguru dgn setan2 ni ? hehe :))

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu
pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu

Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam

Akan tetapi orang-orang kafir itu
sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah (iaitu perbuatan mensyariatkan)
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)

mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya
Adakah sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?

Wahai orang-orang yang beriman!
Jagalah sahaja diri kamu

Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu
apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya
kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan.

[al-Maidah:101-105]


siapa suruh nko berguru dengan orang yang terburu-buru menudustakan agamanya?
Rasulullah SAW dan para sahabat pun tak buat kitab, dia pula pandai buat kitab (buku) dan tulis buku sana sini...
Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran
yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya
dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya
Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka)

Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu

[Yunus:39]


siapa suruh nko berguru dengan orang musyrik?
iaitu orang yang bermazhab2 dan berpuak? :eek:

maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yang jauh dari kesesatan
ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu
itulah ugama yang betul lurus
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah
serta bertaqwalah kamu kepadaNya
dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna

dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya

[Ar-Rum:30-32]


kalau nko ni berguru dgn PEWARIS AHLI KITAB, dan takda berguru dengan orang yang mempunyai ciri-ciri "orang beriman" di atas...
baik nko pergi cari lagi guru yang dalam kategori orang beriman
sebab sekarang ni nko berguru ngan anak setan...
geng-geng pendusta agama dan suka kurang ajar dengan Allah... :)) (rujuk sini)
so.. cari yang beriman, paling cikai pun takpa.....
takyah tahap mursyid2 ker, serban 10 km, janggut line putih semua ni.....
janji guru yang dalam kategori orang beriman, level F pun ok.... :eek:


Apa sudah jadi kepada akal kamu ?
Bagaimana kamu menetapkan hukum ?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari ?
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih ?

[Al-Qalam:36-38]



p/s: orang miskin jer yang selalu pukul canang dia orang kaya, orang kaya selalunya senyap jer... tak perlukan bukti apa2 lagi.. :))
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register