kesian kat forumer2 muda kat cg ni la agama belajar takat basic je kalau depa baca memang keliru terus.. silap2 ragu2 dengan agama sendiri..
-MOD Noted-
aku tak kesian dekat yang keliru tu..
sebab dia gunakan otak
dan tak dogma dgn ajaran nenek moyang..
tapi aku kesian yang tak keliru..
sebab dia selalu jer perasan di jalan yang benar..
sampai Rasulullah, keluarga dan sahabat dicaci pun dia tak rasa apa...
dan kalau sampai ke mati tak pernah buka atau fahami betul2 ayat al-Quran pun tak rasa apa...
Katakanlah: “Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka…
oleh itu gugurlah amal-amal mereka
maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak…”
al-Kahfi:103-106
selanjutnya, orang yang keliru tu tak akan rasa ragu2 dengan agamanya...
dia akan dekat dengan al-Quran
dan akan meragui dan mempertimbangkan kembali korupsi daripada hadis..
okler tu.. kenapa?
tak nak orang dekat dgn Al-Quran?
takut tak dapat cari makna melalui ceramah dan mengajar agama?
takut tak dapat kuasa?
tak dapat jadi terkenal?
takut tak dapat duduk dalam lembaga syariah bank?
dan masuk neraka ker kalau dekat dengan al-Quran?
nko belajar mana kalau berpegang pada al-Quran sesat? mullah nko cakap?
nko tak pernah baca al-Quran ker?
takpalah.. aku ambil ayat mula jer, supaya tak payah buka page teruk2...
Kitab Al-Quran ini
tidak ada sebarang syak padanya
ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa
[al-Baqarah:2]
nko beriman dgn ayat di atas tu?
ada nko beriman dgn al-Quran?
ker iman nko ke atas al-Quran adalah bersyarat (setelah kelulusan anak tuhan)?
Ingatlah! kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik)
Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah
untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata):
“Kami tidak menyembah
atau memujanya
melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”
sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk
kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan)
lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
[az-Zumar:3]