BTC USD 82,597.0 Gold USD 4,187.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update siri 7: Ayyuhal Murid - Habib Ali Al -Jufri ( InsyaAllah kita terkesan)

First Post...update siri 7...1/2!
 
Rumusan siri 7 part 1:

Setiap saat akan terdetik kata-kata dalam hati kita, atau kita dipanggil bisikan hati…ketahuilah, kata-kata hati ini, samada dari Allah, dari Malaikat, dari Syaitan, atau dari Nafsu kita sendiri….kita boleh menimbang kata-kata hati tersebut dengan neraca-neraca tertentu…Belajarlah, insyaAllah dapat ‘menghidupkan hati’….

Neraca Kata Hati (baik atau buruk):

1. Selari dengan Syariat? Jika belum jelas, lihat bawah
2. Lihat Perjalanan orang soleh? (adakah orang soleh dahulu dan sekarang melakukannya) Jika belum jelas, lihat bawah
3. Lihat Kesungguhan diri? Selalunya kata hati buruk jika diri bersungguh, kerana diri cenderung mengikut nafsu.

Asal Kata Hati Buruk :

1. Syaitan
Neraca: Hapus dengan zikir ia kan hilang
2. Nafsu
Neraca: Tidak mahu buat kejahatan lain, kemahuannya focus dan tetap, (contoh:ingin menipu, dan menipu sahaja, walau ada kemudahan buat kejahatan lain seperti mencuri, tetapi tidak ingin, cuma nak menipu sahaja....kata hati ini, tidak terhapus dengan zikirullah)
Hapuskannya dengan melemahkan (puasa, kurangkan tidur, tidak terima desakan nafsu) dan bebankan dengan kerja fizikal (kerja, ibadah solat, puasa, baca quran, gotong-royong, dll)
3.Istiraj
Neraca: Terdetik selepas sahaja buat maksiat, Atau ketika belum taubat
Dimurkai Allah, hapuskannya dengan memohon keampunan dari Allah
Allah akan terima jika kita bertaubat dan rasa takut di hati.

Asal Kata Hati Baik:
1. Ilham dari Allah
Neraca: Amalan hati, contohnya----
Rendah diri, jaga hati dari riak dan syirik syirik, ikhlas
Datang dengan kekuatan untuk menyuruh kearah kebaikan
Datang kata hati menyuruh kebaikan, setelah melakukan sesuatu kebaikan, secara berulang-ulang tandanya Allah beri kemuliaan kemudahan untuk kita ber buat kebaikan, tanda amalan diterima


2. Bisikan malaikat
Neraca: Amalan jasad, selalunya sepintas lalu
Contoh----Suruhan Bangun solat malam (ketika terjaga malam), suruhan bersedekah..dll
jika kita tidak sahut kata hati berkenaan ia kan hilang


Apa kebaikan, Mengetahui Asal Kata Hati Yang Baik???

Kata ulama’: “sesungguhnya pengetahuan kamu terhadap punca kata hati baik ini, mengagungkan penyaksian kurniaan Allah di dalam hati kamu”
Supaya kita bermotivasi melakukan perkara yang Allah redhai, dan kita lebih dekat dengan Allah….


Allahu Akbar!!
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register