BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zubir Khan kini suami Dr Heama

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Zubir Khan kini suami Dr Heama

Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur : Penyanyi dan komposer lagu Tamil, Zubir Khan, kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Dr Heama Maleini, dengan sekali lafaz di Bangi Golf hb Resort, Bangi, hari ini.




Zubir kelihatan segak mengenakan persalinan kurta putih lengkap berselendang merah, manakala Heama Maleini tampil anggun menyarungkan sari rona merah sedondon.

Suasana majlis turut meruntun jiwa apabila penyanyi lagu Yennai Maatrum Kadhale itu gagal menahan sebak ketika mengalirkan air mata memohon restu daripada ibu tercinta serta ibu mentuanya.

Menurut Zubir, mereka mula mengenali antara satu sama lain pada tahun 2024 menerusi platform media sosial sebelum memutuskan untuk membawa hubungan ke peringkat lebih serius.


Artikel Harian Metro

414776-414776.jpg
 
Back
Top
Log in Register