BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jazmy Juma kini suami Farah Athirah

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Jazmy Juma kini suami Farah Athirah​

JAZMY-JUMA-SUAMI-.jpeg

JAZMY sah bergelar suami kepada Farah Athirah dengan sekali lafaz.

"Jazmy Juma kini suami Farah Athirah" PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Jazmy Juma menamatkan zaman bujangnya selepas sah bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Farah Athirah Rozman, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan Haffizan Ibrahim dengan berwalikan abang pengantin perempuan, iaitu Muhd Azmeer Rozman.

Pada majlis tersebut, pemilik nama penuh Jazmy Khan Juma Khan, 28, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM555 kepada pengantin perempuan.

Menurut pengurusnya, Aszuad Zakaria pasangan itu sudah berkenalan sejak tahun lalu melalui media sosial.

“Jazmy melangsungkan pernikahan secara tertutup bagi menghormati permintaan keluarga isterinya,” katanya.

Sebelum ini, pelakon filem Pulau itu mengakui sudah memiliki teman istimewa tetapi belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kepada umum.

Dia juga mendedahkan impiannya untuk mengajak kekasih hatinya itu untuk bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri bersama. – KOSMO! ONLINE
==============================
Jazmy ni suka2 je buat surprise kahwin, takde hint langsung kat IG. Pastu sebelum ni beria cakap single. Memang makcik2 online geram sikit la ni. Kahwin senyap gitu. Alaa, malas2 nak komen lebih. 😂

 
Back
Top
Log in Register