BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zizi Kirana Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Melibatkan Rumah Tangga Dengan Yusuf Bahrin

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
astrogempak_zizi_yusuf_isu.png


Zizi Kirana Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Melibatkan Rumah Tangga Dengan Yusuf Bahrin Status rumah tangga pasangan selebriti iaitu penyanyi Zizi Kirana dan aktor Yusuf Bahrin mula menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial sejak beberapa hari. Mohon doa

Ia berikutan mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing selain perkongsian Zizi di Threads turut mengundang rasa kebimbangan peminat.

Bagaimanapun Zizi ketika dihubungi Gempak memberitahu rumah tangga dia dengan Yusuf dalam keadaan baik-baik saja.

Selain itu, penyanyi lagu Eh ini turut memohon agar semua orang mendoakan yang baik sahaja.

“Alhamdulillah okay saja. Doakan baik-baik ya,” jawab Zizi secara ringkas kepada Gempak.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 40 tahun ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap dirinya.

“Terima kasih sebab masih prihatin dengan saya. Sayang semua,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Zizi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Si Bakhil Dengan Bungannya itu pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan.

==============================
Adoi la, Zizi ni suka2 buat drama pulak, pastu ig masing2 tak follow. Entah la, moga2 baik2 je lah kan. Malas2 nak fikir masalah dorang, nak gi tengok IG Zizi ada post gambar kahwin happy2 dengan Yusuf.

 
Back
Top
Log in Register