BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zikir beramai-ramai di candi purba

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
geli-zikir.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan kumpulan itu sedang berzikir di perkarangan Candi Prambanan baru-baru ini. - TikTok

JAKARTA – Sekumpulan individu mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam berzikir secara beramai-ramai di pekarangan kuil Hindu terbesar di Indonesia, lapor portal berita Republika.

Kejadian berlaku di Candi Prambanan, Yogyakarta,  baru-baru ini.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @neveral0nely menunjukkan kumpulan itu duduk menghadap dinding kuil sambil melantunkan zikir secara serentak.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Setiausaha Wilayah Jawa Tengah dikenali sebagai Sumarno ketika diminta mengulas kejadian itu berkata, adalah penting untuk menghormati dan berkelakuan sewajarnya di tempat awam, khususnya kawasan pelancongan dan tapak warisan budaya.

Sementara itu, pengurus Candi Prambanan tampil memohon maaf sambil menjelaskan bahawa pengawasan terhadap tingkah laku pengunjung akan dipertingkatkan agar selaras dengan norma serta nilai luhur kuil itu. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register