BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zikir alam lain

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
31hmjin13.transformed.jpg


Sabak Bernam: Beralih tempat, terdengar suara berzikir, bunyi tapak kaki berjalan dan seperti diperhatikan antara pengalaman dilalui jemaah masjid lama di Kampung Panchang Bedena, dekat sini.

Masjid yang diberi gelaran penduduk setempat dengan nama ‘Masjid Jin’ itu dan mempunyai pelbagai kisah misteri sejak dibuka pada 1905 terletak lapan kilometer dari Pekan Sungai Besar.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Lama Panchang Bedena Shamsul Kamar Samad, 43, berkata, masjid yang usianya lebih 100 tahun itu sememangnya menampilkan keunikan tersendiri terutama dari segi seni bina.
“Pembuatan daripada kayu dan reka bentuk seperti rumah yang mempunyai serambi ini menyerlahkan lagi keistimewaannya.

“Disebabkan masjid ini unik dan memaparkan ciri tradisional, ia diletakkan oleh Kerajaan Selangor di bawah pemantauan Muzium Negeri sebagai Harta Warisan Negara,” katanya.



sumber:http://www.hmetro.com.my/node/111464
 
senibina masjid terutama pada bumbung
mencerminkan senibina islam nusantara
 
memang betul bersejaeah kalau camni.

pandai betul metro pilih tajuk
 
Back
Top
Log in Register