BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zika menular melalui seks

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_01.1.jpg


SEORANG pekerja kesihatan menyembur asap di sebuah kawasan di Bandar Raya Panama, Panama kelmarin.- REUTERS

MIAMI, Florida – Virus Zika didapati tersebar melalui hubungan seks, kata pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) kelmarin sekali gus meningkatkan risiko kuman itu merebak lebih meluas.

Ketika wabak Zika di rantau Amerika Latin dibimbangi menular lebih jauh lagi, pihak berkuasa Texas mengesahkan virus itu berjangkit melalui hubungan seks dan bukan hanya nyamuk Aedes.

Perkembangan itu membimbangkan AS, Kanada dan Eropah. Sebelum ini, jangkitan Zika di tiga rantau itu melibatkan penduduk yang pernah berkunjung ke kawasan-kawasan wabak.

“Pesakit ini dijangkiti selepas melakukan hubungan kelamin dengan individu yang pulang (ke AS) dari sebuah negara di mana virus Zika telah dikesan pada tahun ini,” kata kenyataan pihak berkuasa.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), Dr. Tom Fridden melibatkan jangkitan di Texas.

“Seseorang yang melawat Venezuela dan dijangkiti di sana telah menunjukkan simptom Zika, begitu juga teman tidurnya yang tidak pernah meninggalkan AS,” kata Fridden di laman Twitter.

Virus Zika pertama kali ditemui di hutan Zika, Uganda pada 1947 dan menyebabkan simptom menyerupai selesema serta ruam.

Namun, kebimbangan tentang bahaya virus Zika meningkat selepas kuman itu dikaitkan dengan wabak mikrosefali, kecacatan otak bayi baru lahir dan penyakit saraf, sindrom Guillain-Barre yang boleh menyebabkan lumpuh.

Amerika Latin terutamanya Brazil melaporkan ledakan kes mikrosefali sejak wabak Zika diisytiharkan di rantau itu pada 2015.

Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti, namun penemuan terbaru jangkitan melalui hubungan kelamin itu menjadikan kuman berkenaan lebih sukar untuk ditangani.

“Kami tahu bahawa nyamuk yang membawa virus Zika hidup di merata-rata di Afrika, selatan Eropah dan di Asia terutamanya Asia Tenggara,” kata pakar Per*tubuhan Kesihatan Sedunia, Anthony Costello.

Dalam perkembangan terkini, pihak berkuasa Thailand mengumumkan seorang lelaki tempatan telah dijangkiti virus Zika, manakala jangkitan Zika turut dilaporkan di Cape Verde dan Indonesia.

– AFP
 
Medium jangkitan sudah melalui hubungan seks pula.

Lepas ni melalui apa pula?

Mana yang suka seks rambang dan langgan pelacur masih tidak bimbang sedangkan sebelum ni ada AIDS pun dia bedal juga. #:-S
 
hai-hati...hindarilah seks rambang.
 
risau laks aku..indonesia dah ade satu kes
 
pernah dengar di radio...berita kalau x silap...manusia bukan agen pembawa
 
pernah dengar di radio...berita kalau x silap...manusia bukan agen pembawa
Itu sebelum ni.. Dah ade kes atas tu maksudnye earlier assumption salah ahh..
Mintak Allah jauhkan kita dan keluarga kita khasnya dan Negara kita amnya dari dilanda wabak ni.
Salah satu peringatan Allah kepada hambaNya yang lalai.
 
virus yang dipaten oleh Rockefeller Foundation.
 
virus zika ni virus apa?.. apa symptom2 and kesan dia?
 
Back
Top
Log in Register