combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching (tengah) ketika sidang media pelancaran program khidmat bantuan nasihat guaman secara percuma di ibu pejabat DAP.
Turut hadir, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin (kiri).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Individu yang menghadapi gangguan seksual dalam talian boleh membawa kes mereka ke Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) untuk mendapatkan keadilan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata di bawah undang-undang berkenaan, mangsa yang berhadapan komen jelik atau eksploitasi dalam talian mempunyai hak untuk memfailkan saman di tribunal untuk semakan.
Katanya tribunal yang ditubuhkan pada Mac 2024 itu sangat mudah diakses kerana mangsa boleh mewakili diri mereka tanpa perlu peguam dan semua kes yang dibawa ke tribunal mesti diselesaikan dalam tempoh 60 hari.
"Jika gangguan ini berlaku dalam talian, mengikut undang-undang, kita sebenarnya boleh pergi ke TAGS dan hakim akan memutuskan sama ada ini merupakan gangguan seksual. Mereka akan tentukan sama ada permohonan maaf diperlukan atau kadang-kadang kita boleh mendapat wang ganti rugi," katanya.
Teo yang juga Ketua Wanita DAP berkata demikian dalam ucapannya semasa pelancaran Program Nasihat Undang-Undang Percuma Wanita DAP Selangor bersempena Hari Wanita Antarabangsa di sini hari ini.
Teo berkata cabaran besar dihadapi dalam mengendalikan kes gangguan dalam talian, terutama untuk mengenal pasti pelaku yang tidak diketahui identitinya.
Beliau berkata berbeza dengan gangguan fizikal, pelaku gangguan dalam talian sering bersembunyi di sebalik gambar profil palsu atau akaun anonim, menyebabkan sukar bagi mangsa untuk mendapatkan pembelaan.
"Apabila seseorang berkata sesuatu yang sangat seksis kepada kita dalam talian, bagaimana seorang mangsa boleh memulakan tindakan undang-undang apabila pelaku tiada wajah, tiada nama dan tiada akauntabiliti?" katanya.
Teo turut menekankan ancaman yang semakin meningkat daripada keganasan digital yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI) seperti pornografi deepfake yang memberi kesan buruk kepada wanita dengan menegaskan bahawa platform teknologi tidak boleh menafikan tanggungjawab mereka dan mesti dipertanggungjawabkan atas alat yang memudahkan perbuatan sedemikian.
Mangsa Gangguan Seksual Dalam Talian Boleh Cari Keadilan Melalui Tribunal - Teo
Teo Nie Ching, tribunal, gangguan seksual, TAGS, D