BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Gangguan Seksual Dalam Talian, Mangsa Disaran Simpan Bukti Digital

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Kes Gangguan Seksual Dalam Talian, Mangsa Disaran Simpan Bukti DigitalÂ​

d0cca77387e5092b7410e7d7a15782bf6a12703cb2bcd

Kokila Vaani Vadiveloo

Gangguan seksual dalam talian semakin menjadi kebimbangan serius, maka mangsa disaran menyimpan segera bukti digital kerana bahan penting boleh dipadam atau diubah dengan mudah, kata bekas Pengerusi Majlis Peguam Selangor Kokila Vaani Vadiveloo.

Peguam itu berkata kepesatan  penggunaan media sosial, aplikasi pemesejan dan platform digital lain telah mewujudkan saluran baharu bagi gangguan seksual, merangkumi mesej berbaur lucah, intai siber, imej eksplisit tanpa diminta serta ugutan seksual.

“Semakin cepat bukti disimpan, semakin kuat kedudukan dari segi undang-undang kerana bahan digital boleh dipadam atau diubah dengan mudah,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara Bernama TV ‘Paarvai’, bertajuk Sexual Harassment: Courage to Break the Silence, yang akan disiarkan pada 7.30 malam ini.

Kokila berkata mangsa juga perlu mengutamakan keselamatan diri sebelum menyimpan bukti seperti tangkap layar, perbualan WhatsApp, e-mel, rakaman suara, rakaman CCTV, gambar dan butiran saksi, serta  bukti elektronik boleh diterima di mahkamah jika dapat membuktikan ketulenannya.

Beliau berkata Akta Antigangguan Seksual 2022 mentakrifkan gangguan seksual sebagai sebarang perlakuan tidak diingini berbentuk seksual, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, malah undang-undang juga semakin mengiktiraf bahawa gangguan boleh berlaku dalam ruang digital.

“Gangguan dalam talian sememangnya diiktiraf di bawah undang-undang Malaysia. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh diguna pakai bagi komunikasi lucah, menghina, mengancam atau gangguan yang dibuat melalui media sosial, WhatsApp, e-mel atau platform dalam talian,” katanya.

Kokila berkata mangsa tidak perlu bimbang untuk tampil membuat laporan walaupun tanpa bukti langsung, kerana mahkamah boleh mempertimbangkan keterangan saksi, keadaan sekeliling, pola tingkah laku serta konsistensi kenyataan dalam menilai sesuatu kes.

Gangguan dalam talian boleh memberikan kesan psikologi yang sama berat dengan gangguan fizikal, kerana kandungan berbahaya boleh tersebar dengan pantas dan kekal dalam talian, sekali gus mendedahkan mangsa kepada trauma emosi, reputasi terjejas serta ancaman terhadap keselamatan diri.

Mangsa boleh membuat laporan polis sekiranya melibatkan perlakuan jenayah, manakala aduan berkaitan tempat kerja juga boleh dibuat kepada majikan, Jabatan Tenaga Kerja atau Tribunal Antigangguan Seksual.

 
Back
Top
Log in Register