BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ziana sokong prinsip Anuar

azrulazman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,843
Joined
Feb 11, 2010
Messages
30,843
Reaction score
215
Points
128
Meskipun timbul pelbagai reaksi berhubung kenyataan penyanyi bersuara gemersik, Anuar Zain terhadap stesen radio tempatan yang dikatakan enggan beri kerjasama mempromosikan album terbarunya, namun kakaknya, Ziana Zain memandang hal itu dari sudut positif.

Menurut penyanyi dan pelakon popular itu, dia menyokong kenyataan yang dibuat adiknya kerana jika tidak bercakap bagi pihak diri sendiri, masalah itu tidak akan selesai sampai bila-bila.

“Kadang-kadang, tiada yang mahu menolong kita jika berdiam diri saja. Kita terpaksa bangkitkan isu ini sendiri demi mendapat perhatian semua pihak supaya ada jalan penyelesaiannya,” katanya.

Menyeru agar lebih ramai artis membuka mata tentang isu ini, Ziana berkata, ia juga demi kepentingan semua penggiat seni tanah air.

“Saya bersetuju dengan Anuar apabila dia menyatakan kebanyakan lagu yang diputarkan hanya memainkan satu atau dua jenis genre muzik sahaja walhal ramai penyanyi tempatan yang menghasilkan pelbagai jenis lagu.

“Saya faham mereka berniaga tetapi cara itu menutup kerja keras penyanyi itu sendiri yang bersungguh-sungguh membentuk lagu terbaik,” katanya.

Menyentuh mengenai respons beberapa stesen radio yang menyelar kembali kenyataan adiknya itu, Ziana berkata, situasi itu membuatkan seseorang artis itu tidak mempunyai hak untuk bersuara sedangkan album yang dibuat menggunakan modal sendiri.

“Kata nak tolong artis tempatan tetapi lain pula jadinya. Saya berharap mereka sedar dengan hal ini memandangkan tidak mahu penyanyi yang bagus lenyap begitu sahaja.

“Saya bercakap melalui pengalaman sebelum ini dan agak kecewa sebab kita bersusah payah keluarkan modal membuat lagu tetapi mereka enggan memainkannya atas sebab yang tidak kukuh,” katanya yang berkecimpung lebih sedekad dalam industri seni suara.


Kongsi kecantikan dengan B.Lift

Sementara itu, bercerita mengenai promosi produk kecantikan keluarannya, B.Lift, ibu anak empat itu bersikap optimis dengan sambutan yang bakal diberikan orang ramai.

“Saya terbuka hati memulakan perniagaan produk kecantikan ini kerana percaya hasil ramuan yang digunakan antara bahan semula jadi terbaik untuk menghasilkan kecantikan dalaman.

“Sebelum ini, ramai peminat dan rakan mahu mengetahui cara penjagaan dan pemakanan sehingga saya dapat mengekalkan kejelitaan meskipun usia kian meningkat, jadi saya sahut hasrat mereka dengan memperkenalkan produk kolagen ini,” katanya yang memilih Kuala Selangor sebagai lokasi pertama.

Katanya, pemilihan lokasi promosi produk B.Lift tidak mengira tempat kerana mahu mereka yang pernah cuba produk ini bercerita pengalaman mereka walaupun di ceruk kampung.

“Saya gembira kerana ada pasukan yang komited menjalankan promosi sehingga dapat sambutan yang memuaskan meskipun masih baru dan pengenalan hanya dibuat melalui Facebook dan website www.zianazain.com.

“Meskipun persaingan begitu hebat kerana pelbagai produk kolagen di pasaran, namun saya percaya dengan produk yang diperkenalkan ini,” jelasnya.

Katanya, dia gembira kerana dapat berkongsi rahsia kecantikannya dengan peminat. Baginya, tidak rugi berkongsi ilmu jika ia boleh bahagiakan orang lain.

image.jpg
 
sama lah aku ingat kan Anuar ibrahim
 
Mesti Anuar Zain ni cakap laser atau eksen dgn Radio.

Sebab tu diaorang susah sgt nak putarkan lagu dia...

Suruh halim aje lah yg putar... Saya putar halim...
 
ingat sokong perjuanagan politik anwar ibrahim tadi.hahah,tulis la bebetul tajuk
 
Back
Top
Log in Register