BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yang boikot hanya empat orang, lainnya sokong – M. Nasir

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Yang boikot hanya empat orang, lainnya sokong – M. Nasir​

photo-output-19-scaled.jpeg

M. Nasir menegaskan pemilihan Aliff Aziz sebagai teraju utama teater, Mansur & Liu adalah bertepatan dengan visinya sebagai pengarah pementasan terbabit.

Yang boikot hanya empat orang, lainnya sokong – M. Nasir

KUALA LUMPUR – Maestro muzik, Datuk M. Nasir memilih untuk tidak mengendahkan skeptikal segelintir pihak yang mahu memboikot teater arahannya, Mansur & Liu susulan pemilihan Aliff Aziz membawa peranan utama.

M. Nasir atau nama lengkapnya Mohamad Nasir Mohamed Sam, 69, turut menegaskan, pemilihan sesebuah watak dibuat berdasarkan kualiti bakat yang dimiliki seseorang.

“Yang nak boikot itu adalah dalam empat orang, yang lain itu sokong. Kita kena pandang pada bakat dan bukan kita suka-suka saja pilih.

“Setelah ambik kira dengan macam-macam dan saya dapati saya pun sebenarnya baru kenal. Bagi saya, dia memang cocok dengan peranan itu,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media konsert Magnum Opus M. Nasir dekad ke-5, di Istana Budaya, hari ini.

Konsert Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5 akan diadakan pada 5 Disember 2026 pukul 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Persembahan istimewa tersebut meraikan perjalanan seni legenda itu selama lima dekad dengan menampilkan kira-kira 30 karya ikonik bersentuhan simfoni.

Mengulas lanjut tentang pemilihan Aliff sebagai teraju utama, tambah pelantun lagu Apokalips itu, beliau lebih tertarik untuk bekerjasama dengan mana-mana penggiat seni yang komited dan bekerja keras.

“Saya suka pada orang yang bekerja bersungguh-sungguh. Selalunya hidup ini kita berdepan dengan pilihan.

“Jadi, selalunya pilihan selalu memberi kita tekanan tapi saya harap saya boleh menghadapi perkara itu semua dengan fikiran rasional,” katanya lagi.

Sebelum ini, M.Nasir selaku pengarah mengumumkan bakal mengadakan pementasan teater Muzikal Mansur & Liu.

Pada masa sama, pengumuman tersebut sekali gus mengumumkan Aliff Aziz sebagai watak Sultan Mansur Shah bergandingan dengan Melinda Dadew sebagai Liu.

Namun, pelbagai pandangan yang dilemparkan selepas pengumuman Aliff sebagai watak utama susulan kontroversi yang pernah membabitkannya. – KOSMO! ONLINE
==============================
Haha, cer tgok latest Aliff dkt IG, dia mcm happy2 je pegang gelaran baru walaupun ada kisah lalu yg seram. Harap dia betul2 fokus kali ni, jgn bersantun nakal2 ye! 😏

 
Aik.
Legend ni xkan ckp macamni.
Jaga2 jgn selalu sombong n ego.
Belum kenal power of netizens hehe
 
ramai lagi bakat muda dlm malaysia ni, knp mesti sokong artis spore yg ada attitude mcm dia, mmg manusia tak lari dr kesilapan, tp adakah dia blajar dr kesilapan? rasa mcm x de je... sbb perangai dia berulang2 sama
 
Back
Top
Log in Register