menarik.
aku selalu terfikir, pasal stone age, pasal dinosaur, semua tu memang ada ke? walhal dalam Islam, kita tahu, manusia pertama ialah Adam a.s, yang dibimbing terus oleh Allah swt dengan wahyu dan ilham, terutama selepas dikeluarkan dari syurga. Hidup di bumi mengembangkan umat manusia, dengan panduan dan ilmu kurniaan Allah s.w.t.
Zaman batu : Manusia digambarkan hanya bercawat, tiada kepercayaan agama, pengetahuan sangat minimum, hidup tanpa garis panduan tertentu. (pada aku, sangat berbeza dengan cara hidup Adam a.s, yang mana zuriat Adam s.s sendiri, telah menternak haiwan, ini bukti sistem pengetahuan cara hidup. *Rujuk kisah Qabil dan Habil, kedua-duanya memberikan korban ternakan kepada Allah s.w.t, untuk penentuan pasangan untuk mereka nikahi*)
Maka, kalau zaman batu ni selepas zaman Adam a.s, bila tempoh berlaku tu? Antara zaman Adam a.s dan Idris a.s, juga dengan rasul-rasul lain, ada sesiapa boleh bagi maklumat, tempoh perbezaannya?
Sama juga dengan Ice Age tu. Tu teori Barat untuk menidakkan fakta dalam Al-Quran atau memang zaman tu wujud?
Bila fikir tentang perkara-perkara macam ni, aku terasa kecil, malu, sebab aku sendiri tak berdaya nak kaji Al-Quran, melihat semua pengetahuan tentang kejadian alam dan manusia yang terkandung dalam tu. Astaghfirullah..
:"> :">