BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zaman Batu: Realiti atau Mitos?

pekingman tu bongkok eh.sebab dah tua masa dia meninggal.lepas tu orang sekarang jumpa cakap beruk la monyet la yang berevolusi..
 
itulah..
jadi mungkin ada benarnya teori saudara tadi, tentang adanya 'adam' lain sebelum Adam a.s.

Tentang wujudnya manusia yang bijak, yang mampu meneroka angkasa lepas sebelum 'generasi' kita, mengingatkan aku pada misteri Atlantis.

Atlantis. Sy pernah terbaca bahawa ada seseorang mengkaji kitab "Mahabhrata" dan mendapati bahawa kitab itu ada mengisahkan kejadian negara Atlantis pernah menyerang bandar Mohenjo-Daro dan mereka datang menyerang menaiki kenderaan terbang yg dipercayai piring terbang.
:)
Jadi rasanya wujudkah era yg dikatakan sebagai zaman batu tersebut?
 
Atlantis. Sy pernah terbaca bahawa ada seseorang mengkaji kitab "Mahabhrata" dan mendapati bahawa kitab itu ada mengisahkan kejadian negara Atlantis pernah menyerang bandar Mohenjo-Daro dan mereka datang menyerang menaiki kenderaan terbang yg dipercayai piring terbang.
:)
Jadi rasanya wujudkah era yg dikatakan sebagai zaman batu tersebut?

keajaiban dunia...hanya tuhan lebih mengetahui...
dan tuhan kalu nk lakukan pembersihan sesuatu kaum kerana byk melakukan kemusnahan....
dan keturunan adam pembersihan pd kiamat nnt.... itu yg nyata...lps tue ada lg kah dunia?x terjangkau akal kite...
 
kalau dah nabi adam a.s turun 7000 tahun lalu maka zaman batu tak wujud la. mana ada manusia turun lebih awal dari nabi adam a.s. Itu semua Dakyah yahudi tu...nak kita jadi jahil tu..dalam al quran dah kata nabi adam di turun syurga..
 
adam putih melepak bersih warna kulitnya dan berbulu.


dalam Alquran ada pasal kaum-kaum yang musnah malah lagi hebat teknologinya dari zaman sekarang ni sehingga boleh berperang dan menjelajah di angkasa.semua tu dihapuskan oleh Allah sebab diorang ni jadi sombong dan bongkak macam contohnya Amerika sekarang ni.Manusia sebelum nabi Muhammad diorang hebat-hebat sebab hijab takde/kurang.




mana perginya ilmu-ilmu sihir yang hebat-hebat,ilmu yang sakti-sakti...garuda besar,naga,orang berbadan kuda tah apa-apa lagi sekarang ni kita tak nampak lagi.




Umat nabi muhammad adalah yang paling lemah dan terbaik kerana makam hambanya.

pada masa di padang mahsyar nanti ramai yang akan tertanya-tanya umat dari nabi siapakah mereka itu sebab bersinar-sinar nur dari wajah.



bro...
boleh jelaskan apa yg bro tulis dlm perenggan yg saya bold tu...
saya kurang bijak nk memahaminya...

sampai ada mitos & teknologi yg lebih hebat dr sekarang...:o
 
dr apa yg aku tau... jarak nabi adam dengan kita sekitar 15 000 - 20 000 tahun sahaja...

wallahualam...
 
maybe ader zaman batu
tp org tu mungkin bukan "MANUSIA"
sbb manusia pertama ialah nabi adam a.s


aku pun setuju jugak tu. X boleh pulak kita kata bukti2 tu semua pembohongan semata2 kerana membuat kiraan umur2 nabi sahaja. Terima kasih kepada saura amayzz:) dalam al-Quran dah cerita pun pasal tu, dek kerana kesempitan fikiran kita mengambil jalan mudah kata tu x logik, kata itu ini menyebabkan kita lupa balik apa yg dah disampaikan dlm islam. Mgkn betul pendapat anda2 semua, Adam adalah manusia pertama generasi kita. Malah makhluk yg paling hebat sekali. Kalau betul genarasi 'manusia' sblm Adam a.s adalah hebat2 spt kisah atlantis, manusia generasi kita adalah lebih sempurna lagi. Sila ingat kembali kisah nabi Sulaiman a.s, aku pun dah lupa.. bagamana seorg manusia boleh memindahkah Istana Balqis dgn hanya niat, walhal jin afrit perlu terbang & memikul istana tersebut kalau nak pindahkannya(sila betulkan kalau fakta tersilap:)) Sekian terima kasih:D
 
bagi aku :

Zaman Batu: <---- (wujud) Realiti
Manusia Zaman Batu adalah anak cucu nabi Adam A.S yang terpisah / merantau lalu hilang ilmu pengetahuan dan berlaku perubah diri kerana pemakanan atau dijangkiti.

manusia berasal dari haiwan? :-?:-? mungkin tidak.....

gambar_aneh105.jpg


105412.jpg


Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

surah 3 ayat 27

Imam Bukhari RH meriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A katanya: ”Lima berhala tersebut, wadd, suwa’, yaghuts, ya’uq dan Nasra) ialah nama orang-orang yang soleh di kalangan kaum nabi Nuh A.S. Apabila mereka meninggal dunia, syaitan mengajar (memujuk) kaumnya agar mereka membuat patung-patung yang menyerupai orang soleh tadi, kemudian diletakkan dimajlis tempat yang mereka biasa duduk semasa hayatnya dan meletakkan nama patung itu seperti nama tuan asalnya. Maka pengikut orang soleh itu melaksanakan ajaran syaitan tersebut. Apabila golongan yang membuat patung tadi telah meninggal dunia dan datang pula generasi lain yang tidak mengetahui asal-usul kejadian patung tersebut, lalu mereka pun turut ikut menyembahnya.Imam Ibnu Kathir juga menyebut kisah ini sedemikian. Riwayat lain ada menceritakan tujuan para pengikut itu mengukir patung pada awalnya kerana mereka takut pegangan agama mereka menjadi lemah, lalu mereka mengukir patung-patung syeikh tersebut untuk mengingati kembali ajaran dan amalannya. Apabila mereka melihat patung syeikh mereka, akan bertambah kuat semangat untuk beribadat. Pada peringkat awalnya mereka tidak menyembahnya, tetapi setelah berlalunya masa yang lama, mereka mula membesarkan dan menghormatinya dengan sepenuh hati mereka.Waktu yang panjang berlalu, orang-orang alim dikalangan mereka telah meninggal dunia, maka syaitan mengajar lagi: ”Sesungguhnya orang-orang soleh sebelum kamu tidak mengukir patung-patung syeikh mereka kecuali untuk meminta syafaat (pertolongan) melaluinya kepada Allah.” Maka bermulalah sejarah penyembahan berhala, tuhan yang lain selain daripada Allah SWT.Lalu selepas itu Allah SWT mengutus nabi Nuh A.S untuk mengembalikan mereka kepada agama datuk mereka nabi Adam A.S. Semasa berlakunya taufan pada zaman nabi Nuh A.S, kesemua patung-patung yang disembah tersebut telah ditenggelamkan ke dalam perut bumi. Mereka yang diselamatkan Allah SWT dari taufan tersebut, meneruskan hidup di atas muka bumi dengan agama yang benar selama beberapa waktu.Manakala orang yang mula-mula mengubah perjalanan agama yang diajar oleh nabi Ibrahim A.S ialah Amru bin Luhai, iaitu ketua golongan suku Khuza’ah. Beliau adalah seorang tukang nujum yang bersahabat dengan jin. Melalui petunjuk dari jin itu, beliau telah mengeluarkan berhala-berhala yang tersembunyi di dalam tanah di Jeddah. Kemudian beliau menyeru bangsa Arab pada musim haji supaya menyembah berhala dan meninggalkan ajaran nabi Ibrahim A.S
 
dunia wujud sebelum nabi adam..hidupan dah ada kat dunia seelum nabi adam.ada yang kata dinasour wujud awal lg
 
Back
Top
Log in Register