Salam semua,
Baru jumpa thread ni..dan jumpa byk persoalan dari kawan2 yg x jelas pasal zakat ni.. saya bukan la expert / bertauliah dlm bidang zakat ni, tp just nak share pemahaman saya ttg zakat ni slps saya buat sedikit study kat web2 zakat malaysia.
secara am nya. gaji minimum yang dikenakan zakat berapa?
secara amnya, kalau jumlah gaji tahunan anda lebih dari nisab tahunan (nilai 85g emas) maka anda wajib berzakat. Tapi masih boleh "nego" dgn mengira berapa jumlah tanggungan masing2 (diri, isteri, anak2, ibu bapa etc). boleh cek kalkulator zakat utk tgk jumlah penolakan yg dibenarkan.
betul 
rebet RM350 :">:">
rebet x terhad pada RM350. maksimum rebet tertakluk pada jumlah zakat yg anda bayar, atau jumlah income tax yg anda bayar, yg mana lebih rendah.
cth:
byr income tax (pcb) = 3000
byr zakat =
2000
maka boleh claim balik 2000
byr income tax (pcb) =
1000
byr zakat = 2500
maka boleh claim balik 1000
setahu aku, zakat dikira spls tolak semua perbelanjaan+hutang2 kita.. katakan bersih setelah tolak semua RM600, so, 2.5% dr RM600, dlm RM15 sebulan.. mcm aku, aku byr tiap2 bln thru m2u..
bukan semua perbelanjaan & hutang. hanya penolakan tertentu (perbelanjaan asas) sahaja yg dibenarkan. eg diri rm8000, isteri rm3000. kenapa? sbb kalau gaji anda 30,000 sebulan dan anda beli 2 biji bugatti veyron, mungkin anda xkena zakat kalau boleh tolak semua hutang. betul x?
cek kalkulator zakat utk tahu details penolakan yg dibenarkan.
Aku konfius antara zakat pendapatan dan zakat simpanan.
Kalo gaji katakan masuk dlm akaun al-wadiah Maybank. Pastu gaji yang kita simpan dlm akaun tu plak melebihi kadar nisab (RM 7.9K 2009) apabila cukup haul (1 tahun). So aku kena bayar 2 zakat iaitu zakat pendapatan dan simpanan la ye?
Mcm mana plak dengan ASB? Tu kira zakat simpanan ke zakat saham? Kalo ASB zakat simpanan aku kena gabungkan baki terendah utk akaun maybank dan ASB dlm setahun utk byr zakat. Betul tak? :-?
sefaham saya kena byr dua2. xkira sama akaun ke lain akaun ke, as long as syarat tu cukup, maka wajiblah kita bayar zakat.
setahu saya ASB dikira zakat saham, atas alasan ASB = amanah SAHAM bumiputera. yg mana nature wang ASB itu sendiri akan dilaburkan spt saham (sama spt unit trust etc), ada harga unit (walaupun tetap rm1)
Bayar zakat dapt kalendar n kompas kat selangor..
aku ada kemuskilan nie.. klu kita tengok dalam calculator zakat nie kan.. jumlah amaun yang ditolak telah ditetapkan. contoh macam bagi pada ibu bapa RM2800, klu bg lebih macam mana? macam tue jugak belanja diri dalam RM8000 tak silap. tp klu ikutkan setengh orang belanja banyak, hutang pelajaran, hutang kereta, sewa rumah, makan.
lagi satu kenapa dalam kalkulator tue tolak tabung haji, sendangkan tabung haji termasuk dalam zakat pendapatan kan. bukan simpanan..
mcm yg saya jelakan kat atas, perbelanjaan yg dibenarkan hanyalah perbelanjaan asas. hutang personal loan, rumah, ptptn xkira.
kalau utk ibubapa pula, saya xpernah nampak ada limit penolakan dia. tapi setiap negeri ada pengiraan dia sendiri. saya selalu refer WP, selangor n kelantan.
tolak tabung haji sbb tabung haji dah tlg bayar zakat utk pihak kita. sama juga kalau kita ada simpan duit dlm koperasi yg dah byr zakat (bank rakyat, bank persatuan).
kwsp pon tolak jgk. sbb ada 1 zakat khas utk kwsp.
untuk zakat pendapatan income tax rebet 100peratus .tak rugi apa2 pun.dari bayar income tax lebih baik bayar zakat.dapat juga pahala (kalau nak pahala la).Nak keredoaan Allah lain cerita la.
betul tu. tapi rebet 100% up to jumlah income tax yg kita byr la. kalau convert PCB terus ke zakat (means x masuk income tax langsung) mmg xleh claim.
salam...up thread ni
nak tanya la, pengiraan zakat pendapatan tu, gaji bersih selepas tolak semua perbelanjaan dan pinjaman peribadi ker?
sebab kalau tgk kat borang PZS, ruangan untuk pinjaman peribadi tidak pula disediakan?
harap dapat membantu
tidak. segala loan2 tak termasuk dlm penolakan zakat. mungkin boleh tanya kaunter zakat sama ada boleh ke x.
up thread ni.
esok hari terakhir untuk bayar zakat pada tahun ni, untuk claim 100% deduction untuk cukai.
mari kita semua gunakan peluang ni untuk elakkan bayar cukai sgn cara sah, dan gunakan untuk bayar zakat.
yup. betul tu, tapi kalau dah terlepas tarikh ni jgn main senyap pulak. masih boleh bayar dan claim utk tahun dpn pulak.
tips utk byr tax secara minimum.
1) setiap hujung tahun, cuba estimate jumlah PCB yg bakal dipotong dari gaji anda tahun hadapan. (cth rm300 sebulan x 12 = 3600)
2) cuba estimate pula berapa byk income tax anda kene byr slps tolak rebat2 atau pelepasa cukai (diri, isteri, broadband, sspn etc) (cth rm2800)
3) dari jumlah (2), bahagikan dgn 12.. rm2800/12 = rm233.
4) maka isi borang tolak zakat dan masukkan jumlah rm233 tu. jgn risau, penolakan gaji anda xkan jadi rm300 + rm233 = rm533, tapi akan ttp jadi rm300 (rm67 pcb + rm233 zakat)
5) anda akan dapat claim lebih kurang jumlah (1) - (2) bila isi eBE. rm3600 - rm2800 = rm800

paid