TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
SUSAN Wojicki bercakap semasa pengenalan TV YouTube di YouTube Space LA di Los Angeles
SAN FRANCISCO: YouTube memperkenalkan perkhidmatan televisyen 'streaming' menawarkan pelbagai saluran langsung
Ia adalah cabaran langsung rangkaian milik Google itu kepada perkhidmatan TV kabel tradisional dan TV berbayar
YouTube TV direka khusus untuk generasi muda yang mahukan berita, filem dan pelbagai program lain tanpa perlu melanggan kepada perkhidmatan kabel atau satelit, demikian menurut Ketua Eksekutif YouTube, Susan Wojcicki
"Perkhidmatan terbaharu itu akan membolehkan pelanggan di pasaran Amerika Syarikat mendapat akses ke atas mana-mana peranti yang disambungkan kepada rangkaian seperti ABC, CBS, Fox dan NBC, bersama-sama rangkaian sukan dan pelbagai rangkaian kabel popular," kata YouTube
Bersedia untuk dilancarkan tidak lama lagi, YouTube TV akan membabitkan kos AS$35 sebulan, dengan enam akaun pengguna dibenarkan bagi setiap langganan, meletakkannya dalam keadaan bersedia bersaing dengan penyedia perkhidmatan lain seperti Sling TV dan DirecTV Now
"YouTube TV direka khusus bagi keperluan generasi baharu yang mahu menonton rancangan yang mereka suka, pada waktu pilihan tanpa komitmen," kata Wojcicki pada sidang media dari pejabat YouTube di California Selatan
YouTube TV juga akan menggabungkan kandungan dicipta pengguna daripada perkhidmatan perkongsian video dalam talian milik Google, yang boleh ditonton pada telefon pintar dan televisyen skrin besar
YouTube TV juga membenarkan rakaman siaran tanpa had mengguna pakai teknologi perkomputeran awan
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/254714