BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

XAI Perkenal Penawaran Grok Untuk Perniagaan & Perusahaan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
xAI merupakan firma memfokuskan kecerdasan buatan yang diterajui oleh Elon Musk. Ia sedia menawarkan perkhidmatan chatbot tersendiri dinamakan Grok melalui X dan juga Telegram, selain aplikasi khusus untuknya. Selepas sekian lama menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada pengguna awam, kini xAI turut hadir dengan pelan Grok Business dan juga Grok Enterprise. Melalui penawaran ini, ia sekaligus memperlihatkan fokus xAI terhadap arena perusahaan dalam menjana pendapatan. Syarikat boleh lakukan langganan, dan seterusnya semua pekerja boleh menggunakan dalam meningkatkan produktiviti dan kolaborasi.
1767251486316.png

xAI menyatakan pelbagai data yang digunakan ketika mengakses perkhidmatan ini adalah milik syarikat sepenuhnya, dan tidak akan digunakan untuk tujuan latihan. Grok Business dioptimasikan untuk penggunaan perniagaan, sementara Grok Enterprise turut hadir dengan ciri seperti log masuk menggunakan akaun syarikat sedia ada, serta beberapa ciri tambahan. Grok Business ditawarkan pada harga $30 sebulan untuk seorang pengguna, sementara Grok Enterprise memerlukan syarikat menghubungi pihak xAI disebabkan keperluan kustomasi tambahan.​
 
Back
Top
Log in Register