BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Youtube Australia Haramkan YouTube Di Akses Pengguna Bawah 16 Tahun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Australia mempunyai rang undang-undang paling ketat mengenai penggunaan platform media sosial di dunia. Individu bawah 16 tahun diharamkan daripada mengakses laman media sosial seperti TikTok dan Instagram atas sebab keselamatan di atas talian dengan pengendali platform akan didenda sehingga A$49.5 juta (~RM 209 juta) jika membenarkannya.

Hari ini, Australia telah mengklasifikasikan YouTube sebagai laman media sosial membuatkannya haram diakses pengguna bawah 16 tahun. Dalam sebuah kajian yang dilakukan badan pengawasan internet Australia, 37% kanak-kanak berumur 10-15 tahun melaporkan melihat kandungan berbahaya di YouTube dengan ia adalah peratusan tertinggi berbanding media sosial lain.

australia-flag-1-950x628.png


Sebelum ini YouTube dikecualikan daripada klasifikasi ini menyebabkan Facebook, Instagram, Snapchat dan TikTok mengatakan ia adalah tindakan yang tidak adil. Wakil YouTube mengatakan pihak mereka akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Australia. YouTube menegaskan ia adalah sebuah platform perkongsian video yang diakses menggunakan TV dan bukannya sebuah laman media sosial.

Di Malaysia YouTube juga mengatakan ia bukan sebuah platform media sosial dan tidak perlu memohon lesen yang diwajibkan kerajaan sejak Januari tahun ini. Yang pasti tahun ini melihat semakin banyak negara mula mengenakan halangan penggunaan internet ke atas individu bawah umur. Sejak beberapa minggu lalu United Kindgom, Denmark, Greece, Itali, Perancis dan Sepanyol menjadi enam negara pertama Eropah menguji ciri pengesahan umur sebelum sesebuah laman boleh diakses. Semalam Malaysia pula sedang meneliti untuk mengharamkan media sosial digunakan oleh kanak-kanak bawah 13 tahun.​
 
Back
Top
Log in Register