balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KECOH, heboh dan ada rasa tertipu apabila produk yang ada tanda sah halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiba-tiba haram apabila dikesan ada DNA **** di dalamnya. Inilah yang dikatakan “yang halal menjadi haram”.
Di manakah silapnya? Sebagai pengguna kita semua rasa tertipu dan terpaksa berhati-hati dengan produk yang disahkan halal kemudian didapati haram. Dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd dikatakan ada terdapat DNA **** (porcine) yang haram di sisi Islam dan haram orang Islam memakannya.
Difahamkan untuk mengesahkan sesuatu produk itu mengandungi sesuatu yang tidak halal mengambil masa lama 7 hari bekerja dan terpaksa melalui sembilan proses atau ujian yang teliti. Kecuaian boleh sahaja berlaku atau kesilapan juga mungkin berlaku sebelum sesuatu produk itu disahkan halal atau haram.
Dalam hal ini pengguna terutama ibu bapa yang selalu membelikan coklat kepada anak-anak rasa terkilan dan tertipu atas kepercayaan yang diberikan kepada produk yang terdapat sijil halal Jakim. Konsep bersih lagi halal mestilah dilakukan dengan teliti dalam proses mencampurkan bahan pembuatan, penyediaan bahan, pembungkusan dan pengilangan.
Jika semua ini ditepati dan dipatuhi serta mereka yang terbabit dengan proses tersebut memahami dan mengerti bahawa apa juga bahan daripada unsur yang haram seperti **** tentulah haram. Semua ini ada berkaitan dengan agama dan kehormatan.
Berkaitan dengan makanan dan minuman umat Islam sangat prihatin terhadap unsur yang haram. Semua bahan makanan dan minuman akan menjadi darah dan daging yang menjurus kepada hati dan boleh menjejaskan tumpuan kepada ibadah, apabila ada unsur yang haram.
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang meragukan dan tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barang siapa menjauhi perkara-perkara yang diragukan (hukumnya) maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barang siapa terperosok ke dalam hal yang syubhah (perkara-perkara yang diragukan hukumnya) maka dia terperosok dalam yang haram. Seumpama seorang penggembala, apabila mendekati suatu lubang maka ada kemungkinan dia terperosok ke dalamnya. Tiap raja memiliki pembela (yang membentengi) dan benteng ALLAH ialah segala apa yang diharamkan-Nya. Sesungguhnya, dalam tubuh manusia terdapat gumpalan darah. Apabila gumpalan darah itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila buruk maka buruk pulalah seluruh tubuhnya. Ketahuilah itu adalah hati.” (Riwayat Al Bukhari).
Demikianlah, penjelasan panjang lebar yang diingatkan oleh Nabi SAW kepada umatnya supaya sentiasa berhati-hati terhadap makanan dan minuman yang haram dan diragukan status halalnya.
Justeru, dalam isu yang dihadapi sekarang pihak Jakim mestilah lebih tegas menggunakan peruntukan undang-undang yang kepada pihak yang ingkar melaksanakan arahan berkaitan makanan halal. Begitu juga mesti telus serta terus memantau dan menjalankan kajian terhadap pelbagai makanan dan minuman yang terdapat di pasaran. Proses dan penguatkuasaan bukanlah dijalankan secara bermusim tetapi sentiasa bergerak memantau restoran, kafe, kilang yang menyajikan dan terlibat dengan proses penyediaan dan pembungkusan makanan dan minuman.
Di Malaysia, persatuan pengguna tidaklah sekuat dan sehebat persatuan pengguna di luar negara. Dalam hal ini, ada lebih baik persatuan pengguna juga bergerak aktif dan bekerjasama dengan Jakim dalam pemantauan restoran dan kilang yang menyediakan makanan halal.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dipetik berkata sebagai pihak bertanggungjawab, kementerian perlu memastikan keputusan analisis dikeluarkan nanti adalah tepat.
Menurutnya, ketika keputusan siasatan (analisis) awal (dua produk coklat Cadbury didapati mengandungi DNA **** bertarikh 27 Februari) itu tersiar di media sosial, siasatan (analisis) lengkap ke atas tiga sampel produk keluaran syarikat itu (baharu) saja selesai.
Dalam hal ini, orang ramai dan juga semua pihak mestilah prihatin terhadap sumber haram dan mempunyai lemak ****. Sesungguhnya, yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas. Jangan sampai yang halal menjadi haram. Juga jangan sampai nama Malaysia tercemar sebagai negara tangga pertama dalam senarai 10 destinasi terbaik dunia dari segi pelancongan halal.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/yang-halal-menjadi-haram-1.285872