BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yamaha R25

lebuhraya express malaysia direka hanya untuk max 110kmj saja. jalan persekutuan pula direka untuk 90kmj saja. kereta ada empat tayar. motor kelas superbike cuma ada dua tayar. membazir buang duit dan mengadai nyawa beli motor terlebih power sebab jalan tak sesuai. jalan negeri limit 50kmj pun tak reti bawa pelahan. tu pasal ramai pemilik superbike ni jadi arwah on the spot.
 
angkat rxz je...

aku zaman rempit dulu guna rxz & panter...
pecut 180kmj senang2 je...
moto pikap...
problem tadak...
 
tu aku kata dr dulu R25 ni amatlah bermasalah.. tp ramai marah bile kata gitu.. dok kene recall.. kali ni yamaha japan yg suruh HLY recall.. kalau harap HLY jgn arapla..

Tentula HLY tuggu HQ yg recall...xkan dia nak mandai2 plak...:D
 
lebuhraya express malaysia direka hanya untuk max 110kmj saja. jalan persekutuan pula direka untuk 90kmj saja. kereta ada empat tayar. motor kelas superbike cuma ada dua tayar. membazir buang duit dan mengadai nyawa beli motor terlebih power sebab jalan tak sesuai. jalan negeri limit 50kmj pun tak reti bawa pelahan. tu pasal ramai pemilik superbike ni jadi arwah on the spot.

awak amik dari mana fakta ni...
 
awak amik dari mana fakta ni...

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan had laju kebangsaan di lebuh raya kerana reka bentuk geometri jalan raya di Malaysia hanya sesuai untuk kelajuan kenderaan 120 kilometer sejam (km/j).

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kriteria penetapan had kelajuan kenderaan di negara ini ditentukan berdasarkan beberapa faktor setelah mengambil kira reka bentuk jaringan jalan raya dan lebuh raya memenuhi piawaian ditetapkan.

"Kadar had laju yang diwartakan di jalan raya dan lebuh raya di negara ini bertujuan memastikan tahap keselamatan pengguna secara keseluruhan.

"Ini kerana aspek keselamatan merupakan antara faktor utama dalam menentukan had kelajuan di sesuatu lokasi seperti di kawasan berkepadatan tinggi, kawasan menghampiri plaza tol, susur keluar dan kawasan angin lintang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) mengenai had laju kebangsaan kenderaan di lebuh raya perlu ditingkatkan memandangkan kenderaan semakin berkualiti dan berkelajuan tinggi pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Rosnah berkata cadangan itu juga dilihat tidak perlu kerana hanya 10 peratus kenderaan di negara ini berada dalam kategori berkelajuan tinggi.

Kementerian, katanya sentiasa berbincang bersama Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pengangkutan dari semasa ke semasa bagi mengkaji had kelajuan yang diwartakan namun ia tertakluk kepada nasihat daripada agensi berkaitan termasuk kelulusan kerajaan.

Had laju kebangsaan yang ditetapkan adalah 110km/j bagi lebuh raya antara bandar, 90km/j (lebuh raya dalam bandar) dan 90km/j (jalan persekutuan), katanya.

Rosnah berkata kerajaan memandang serius soal keselamatan jalan raya berdasarkan kepada statistik kemalangan yang masih di tahap serius, termasuk yang membabitkan kemalangan maut.

Berdasar statistik, pada 2012 sejumlah 4,753 kemalangan maut direkodkan, kemalangan parah (8,430) dan kemalangan ringan (6,702) manakala pada 2013 pula, kemalangan maut (4,484), kemalangan parah (2,870) dan kemalangan ringan (4,931).

petikan dari sini
 
kapcai..kapcai...lai..lai...lai :D
 
color baru 2017

Racing Blue, Matte Black

Spesifikasi teknikal masih tidak berubah dan nasib baik, harganya juga tidak berubah, sama seperti tahun lepas pada harga RM20,630.78 (asas).

2017-YZF-R25-Malaysia01.jpg

2017-YZF-R25-Malaysia02.jpg
 
harga baru 2019 rm19,988 otr xde insurans
 
Back
Top
Log in Register