BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yamaha Lancar Laman Khas Jual Basikal Elektrik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Yamaha baru sahaja mendedahkan platform jualan dalam talian baharu yang membolehkan pelanggan membanding dan membeli rangkaian luas basikal elektrik yang ditawarkan mereka dari laman sesawang mereka di Amerika Syarikat. Dengan model e-basikal yang berharga antara USD2,000 (~RM9300) hingga USD6,000 (~RM28,000), e-basikal Yamaha bukanlah basikal biasa yang biasa didapati dijual dalam talian di AS. Biasanya, jualan e-basikal di AS yang dibuat secara dalam talian kebanyakannya terhad kepada e-basikal kos rendah, berharga sekitar USD1,000 hingga USD2,000 sahaja.

Screenshot-2023-08-18-at-11.17.59-PM.jpg


Manakala basikal elektrik yang lebih mahal harganya dibuat melalui saluran terus kepada pengguna tetapi lebih kerap dijual melalui rangkaian pengedar. Tetapi Yamaha mereka sistem dengan menawarkan beli-belah dalam talian dan penyepaduan peniaga. Pelanggan boleh menyemak imbas, membanding dan membeli e-basikal Yamaha melalui dalam talian. Berbeza dengan jualan dalam talian biasa, Yamaha Power Assist bertindak sebagai pengedar rekod untuk e-basikal, pelanggan juga boleh memilih pengedar tempatan yang mereka suka untuk menerima dan memasang e-basikal mereka.

Screenshot-2023-08-18-at-11.15.23-PM.jpg


Sesetengah peniaga menawarkan penghantaran, manakala yang lain memerlukan e-basikal diambil sendiri. Yamaha hanya mula memasuki pasaran e-basikal AS pada tahun 2017 dahaulu yang boleh dianggap masih baru. Tetapi syarikat itu berjaya membina dan menghantar lebih 5 juta e-basikal di seluruh dunia.

Sumber asal Electrek
 
sapo perlu & mampu belilah, den naik bskl lipat rm330 7-speed ajo....

bli cash kek kedai bskl klang, bolehlah layan anak2 ride kek tasik
 
Back
Top
Log in Register