hafyz1984
Active+ Member
- Messages
- 4,790
- Joined
- May 26, 2011
- Messages
- 4,790
- Reaction score
- 696
- Points
- 76
sy ada masalah yg dah lama sy pendam sbb mula2 igt xde hal la kot bende nie..
masalah sy ialah sy ada masalah 'stage fright' yg mana sy xleh nk present everytime kalau ade presentation.
sy akan gugup, gigil, cakap x betul n gagap2..*present fail tp berani lak berkaraoke ramai2..padahal present dlm kelas je pon..
bende ni betul2 buat sy rase low self esteem..
mcm2 dah sy try buat tp bile time nak present bende nk ckp jd x jd sebut..sy pon x tau ape yg sy takut kan..mcm trauma..
ape patut sy buat..rase sgt loser seloser loser nye..lebih2 lagi pas ni byk case study yg sy akan kene present..(
(
((
TT present depan kelas tu sorang2 or berkumpulan? Kalau berkumpulan, tak ada masalah rasanya...
Berkaraoke ramai2 memangla... Berkaraoke dalam bilik kan? Ada berani berkaraoke ramai2 kat kedai makan?
Dulu masa aku form 6 tahun 2002 macam ni la, gugup tu satu hal, lagi satu sepanjang presentation, aku pandang lantai... Sekarang bila terkenang balik, aku senyum jer...
Pastu masuk UiTM 2004-2008, tak ada masalah TT... Sebab kawan2 aku supportive...
First of all, kau kena tanya diri kau sendiri apa yang kau takutkan... Kau takutkan kawan2, maksud, kau takutkan audiens or kau takutkan soalan2 yang akan disoal oleh lecturer kau, maybe lecturer kau suka bagi killing questions macam lecturer aku...
Kalau kau takutkan audiens, aku tenangkan diri aku dengan cara mengenali kawan2 aku, kalau dalam public speaking ia dikenali sebagai knowing your audiences...
Kawan2 aku bukan perfect! Sama jer macam aku pun, cakap pun tergagap2 jugak, pernah dimalukan macam aku jugak... Cakap pun tengok kertas jugak...
Bila time presentation, aku perhatikan macam mana kawan2 aku present, point diorang, cara penyampaian diorang, weakness diorang... Aku buat macam tu sebab kadang2 aku cenderung untuk over-estimated kebolehan kawan2 aku dan under-estimated kebolehan diri sendiri... Kat situ perasaan takut tu wujud sebenarnya...
Cara macam tu, sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan diri aku...
Lagi satu, make humor... Buat lawak... Itu pun kalau kau ni ada sense of humor la... Kalau kau perhatikan, banyak public speaker bikin lawak, lawak penting untuk reduce dan juga menghilangkan tension, stress dan juga gemuruh kau...
Lagi satu, bila dah biasa kau present depan orang, kau dengan sendirinya akan faham bahawa presentation ni tak lain hanyalah sharing... U share what u've got, what u know with others... Bila kau dah faham ni, kau tak akan present tapi kau bercerita...
Sifat semulajadi manusia, sukakan cerita dari berceramah... Dengan bercerita, kau tarik perhatian audiens dan dengan sendirinya, tanpa dipaksa-paksa diorang suka dengar cerita kau...
Last edited:
