BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Xiaomi Perkukuh Ekosistem Rumah Pintar Seiring Peningkatan Pengguna Di Malaysia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
267bd177270d13b3e4940be71a53deb469d5d396a8d56

8759dc159386a53475a75e7b1463a61569d5d3875d563


Teknologi rumah pintar semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia apabila lebih banyak isi rumah menggunakan peranti berhubung bagi memudahkan kehidupan serta meningkatkan kecekapan dan kawalan mereka.

Daripada vakum robotik hingga kepada sistem penyaman udara dan aplikasi kawalan pencahayaan rumah yang dahulu dianggap sebagai kelengkapan mewah, kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.

Perubahan ini mencerminkan peralihan lebih memberangsangkan dalam tingkah laku pengguna, dengan teknologi rumah pintar berkembang daripada kelompok pengguna awal kepada arus perdana, termasuk dalam kalangan komuniti pinggir bandar.

Seiring dengan peningkatan itu, Xiaomi giat memacu pengembangan ekosistem rumah pintar di Malaysia dengan tumpuan kepada aspek mampu milik dan kelancaran integrasi bagi menarik lebih ramai pengguna.

“Berdasarkan pemerhatian kami dan penglibatan dengan pengguna tempatan, rakyat Malaysia semakin banyak menggunakan peranti pintar dan yang berkaitan dengan Kecerdasan Buatan Internet Pelbagai Benda (AIoT) dalam kehidupan harian mereka, terutama sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Eddie Huang, Pengurus Negara Xiaomi Malaysia kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut data Bridge Market Research, pasaran rumah pintar di Malaysia bernilai USD1.24 bilion pada 2024 dan dijangka mencapai USD4.08 bilion menjelang 2032, berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) sebanyak 26.18 peratus.

Dalam ekosistem pertumbuhan ini, keselamatan dan kawalan akses dijangka menjadi segmen paling pesat berkembang, manakala bidang lain seperti kawalan hiburan, sistem pencahayaan, penyelesaian dapur pintar, perkakas rumah, serta sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) juga terus berkembang.

Bagi Xiaomi, perkembangan ini telah diterjemahkan kepada permintaan tempatan yang lebih kukuh, dengan barisan produk Mijia, termasuk penyaman udara, peti sejuk, dan mesin basuh-pengering semakin mendapat sambutan di Malaysia, disokong oleh harga yang kompetitif dan integrasi yang mudah.

Syarikat itu juga melihat Malaysia sebagai sebahagian daripada peluang serantau yang lebih luas,   memandangkan Asia Tenggara terus muncul sebagai satu daripada rantau ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia dan sebagai tindak balas, Xiaomi memperluaskan portfolio produknya merangkumi produk rumah pintar, peranti boleh pakai, dan telefon pintar.

 
Back
Top
Log in Register