BTC USD 84,677.0 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

www.exnesmalaysia.com - IB of exness.com

Exness memenangi anugerah Best Educational Broker Award di FX Empire Awards 2015

best_educational_broker.jpg


MARCH 7, 2016

Exness berbangga setelah dinobatkan sebagai Best Educational Broker di FX Empire Broker Awards 2015, pertandingan berasaskan undian yang melibatkan penyertaan seramai lebih daripada 10,000 pedagang tahun ini.

”Memenangi anugerah ini bermakna lebih daripada pengiktirafan industri. Anugerah ini menunjukkan pengiktirafan pedagang terhadap inisiatif pendidikan kami dan sumber yang kami sediakan amat bermakna kepada mereka”, kata Igor Rudi, Pengarah Pemasaran.

Sejak tahun lalu, Exness telah bekerjasama dengan pakar dalam industri ini untuk menghasilkan pelbagai bahan pendidikan, menawarkan petua dan pandangan tentang perdagangan pertukaran asing serta pasaran kewangan untuk pedagang dari semua peringkat.

Sumber ini termasuk webinar, analisis, surat berita serta saluran YouTube tempat klien boleh menonton pelbagai video pendidikan.

FX Empire Awards ialah pertandingan industri pertukaran asing yang dianjurkan oleh portal kewangan terkemuka, FX Empire. Diadakan setiap tahun pada bulan Disember, FX Empire Awards ialah acara yang menawarkan para pedagang peluang untuk berkongsi pengetahuan dan pendapat mereka berkenaan industri dan broker.
 
EXNESS menerajui yang lain dengan pengeluaran dana yang telah diaudit dan volum dagangan.

EXNESS hari ini telah menggesa industri Forex runcit untuk menjadi lebih telus tentang dana broker dan volum dagangan, supaya peniaga boleh menilai kekuatan kewangan broker dan keupayaan mereka untuk menghadapi kejutan pasaran.

George Tsaparillas, Pengarah Strategi Global dan Pembangunan Perniagaan EXNESS, memberi komen: ìTahun ini adalah satu ujian bagi broker-broker runcit Forex, dengan ramai yang menghadapi kerugian besar berikutan ketidaktentuan dalam Swiss Franc pada Januari. Pada masa ini, industri ini terlalu legap, dengan para pedagang sering tidak dapat melihat prestasi kewangan broker mereka. Kami percaya para pedagang berhak mendapat lebih ketelusan dan itulah sebabnya kami hari ini mengeluarkan angka yang telah diaudit untuk dana dan volum dagangan kami.î

Pada hari ini EXNESS telah mengeluarkan volum dagangan, pengeluaran klien dan komisen agen bagi tempoh 1 Oktober ñ 31 Disember 2014, sebagai angka tambahan untuk dana EXNESS sendiri pada 20 Januari 2015. Kesemua angka itu telah diaudit oleh Deloitte, salah satu firma audit terkemuka di dunia.

Volum dagangan EXNESS bagi tempoh tersebut ialah AS$536 ribu juta, dengan purata volum dagangan bulanan sebanyak AS$178 ribu juta, 7% lebih tinggi daripada purata volum dagangan bulanan sebelumnya pada tahun 2014.

Jumlah pengeluaran klien dalam tempoh Oktober sehingga Disember 2015 ialah AS$42 juta, dengan purata AS$14 juta yang dikeluarkan oleh klien EXNESS setiap bulan. Komisen yang dibayar kepada klien kerana memperkenalkan pedagang baru kepada EXNESS berjumlah AS$6.8 juta dalam tempoh tiga bulan.

Pada 20 Januari 2015, EXNESS telah menghasilkan jumlah dana sebanyak AS$66 juta dengan AS$51 juta daripadanya ialah dana EXNESS sendiri. Angka-angka ini telah diaudit selepas pampasan dibayar kepada para klien untuk baki akaun klien negatif akibat daripada kejatuhan dalam Swiss Franc pada awal Januari.

George Tsaparillas memberi komen: ìDengan pengeluaran angka-angka yang telah diaudit, EXNESS ialah salah satu broker Forex runcit yang paling telus dalam industri. Volum dagangan kami kekal tinggi pada suku akhir tahun lepas dan, dengan tahap dana sendiri yang besar berbanding dengan volum dagangan kami, para pedagang boleh mengukur kekuatan kewangan syarikat.î


https://www.exness.com/etc/ExnessReport_OctDec2014.pdf

https://www.exness.com/etc/report_of...l_findings.pdf

y_Vc_ARy_K.png

t_Nhhos_R.png
 
Get instant commission free deposits and withdrawals with Neteller. Deposit with as little as $10 and withdraw at a maximum of $2100. Learn more about Neteller :
ztsv_EGl.png
 
We would like to inform you that there will be no change to the current margin requirements and leverage rules for all instruments, including GBP instruments, in the lead up to the EU referendum on June 23. For more information, please contact our live support https://www.exness.com/livechat

13435392_1429340540425206_6301218705843700032_n.jpg
 
Kumpulan Exness mengumumkan pertumbuhan dalam volum dagangan untuk Q1 2016
JUNE 16, 2016
Hari ini, Kumpulan Exness telah menyiarkan laporan jaminan bebas yang dilaksanakan oleh Deloitte dengan merekodkan jumlah volum dagangan sebanyak US$587.8 dalam Q1 2016 yang melihatkan 5% pertumbuhan prestasi suku tahunan ke suku tahunan.

Laporan jaminan ini turut mengesahkan pertumbuhan yang stabil dalam jumlah pengeluaran yang dilakukan oleh klien dan jumlah ganjaran rakan kongsi (dirujuk sebagai "Komisen ejen" dalam laporan ini) untuk suku tahunan yang berakhir pada 31 Mac 2016 dengan angka yang direkodkan, masing-masing sebanyak US$73.2 juta dan US$10.4 juta.

Selain itu, Kumpulan Exness turut menyiarkan laporan dana yang disahkan pada awal tahun ini, mengesahkan sebanyak US$83.78 juta dana sendiri sehingga 31 Disember 2015.

Sebagai peneraju pasaran, Kumpulan Exness berazam untuk mendorong dan mengekalkan standard ketelusan dalam sektor pertukaran asing dengan melakukan audit secara kerap dan menyiarkan semua penunjuk prestasi utama. Semua laporan jaminan Kumpulan akan terus disiarkan secara terbuka pada laman webnya.

Lihat Laporan Jaminan Bebas Deloitte untuk Kumpulan Exness bagi Q1 2016
​
 
Kumpulan EXNESS mengumumkan volum dagangan untuk Q4 2015

pr_q4_2015.jpg


FEB. 24, 2016
Hari ini, Kumpulan Exness mengumumkan jumlah volum dagangan sebanyak USD 559.4 bilion untuk Q4 2015, menunjukkan ketekalan dalam prestasi dan kestabilan sebagai pembekal pertukaran asing dalam talian yang terkemuka.

Dalam laporan jaminan yang dilakukan oleh Deloitte, pampasan rakan kongsi keseluruhan dan pengeluaran Klien keseluruhan untuk suku yang berakhir pada 31 Disember 2015 masing-masing telah meningkat sebanyak 3 peratus dan 19 peratus, merekodkan pampasan keseluruhan untuk rakan kongsi sebanyak USD 9.5 juta dan pengeluaran Klien keseluruhan mencapai rekod yang tinggi sebanyak USD 72.7 juta.

Dengan peningkatan dalam kadar pertumbuhan klien baru, Kumpulan ini menjangkakan prestasi Q1 2016 akan melebihi prestasi Q4 2015. Angka awal telah menunjukkan peningkatan bulan ke bulan dalam bilangan pendaftaran akaun baru, dengan prestasi bulan Januari 2016 berada pada 32,601 berbanding purata bulanan pada Q4 2015 sebanyak 27,817. Selain itu, volum dagangan bulanan turut menunjukkan prospek optimistik dengan volum bulan Januari berada pada USD 197.3 bilion dan purata volum dagangan bulanan Q4 pada USD 186 bilion. Dengan ketidakstabilan kadar silang yen yang tinggi pada suku ini, Q1 2016 turut menawarkan peluang kepada klien untuk mendapatkan keuntungan “melebihi pasaran”.

Berkenaan prestasi Kumpulan, George Tsaparillas, Pengarah Strategi Global dan Pembangunan Perniagaan Kumpulan Exness, berterima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka. “Kami bertekad untuk berusaha gigih dan berterusan dalam meningkatkan pengalaman perdagangan klien kami. Mereka adalah penyebab Exness dapat menikmati pertumbuhan yang stabil dan berterusan, seperti yang diperakui oleh Deloitte menerusi laporan pengesahan bebas mereka. Kami memperakui kepercayaan ini dan sebagai ganti, bertekad untuk memimpin dan menjaga ketelusan dalam sektor ini”, beliau berkata.

Sebagai usaha berterusan ke arah ketelusan dalam sektor ini, semua penunjuk prestasi utama dan laporan jaminan Kumpulan Exness akan disiarkan secara terbuka.

Volum Dagangan, Pengeluaran Klien serta Pengiraan dan Pengesahan Ganjaran Rakan Kongsi (01/10/2015 - 31/12/2015)
 
ISO 9001:2008 audit pensijilan semula telah lulus dengan berjayanya


Pada 22hb Disember 2014 EXNESS telah menerima persijilan yang memperakui bahawa sistem pengurusannya mematuhi ISO 9001:2008 untuk "Organizing Forex trading" ("Penganjuran dagangan Pertukaran Asing").

EXNESS telah lulus audit persijilan yang pertama pada 2011. Pakar dari syarikat Inggeris NQA kerap memantau proses perniagaan EXNESS untuk memperakui bahawa perkhidmatan yang ditawarkan mematuhi standard antarabangsa.

Bagi pedagang, ini bermakna, melebihi segala-galanya, secara konsisten perkhidmatan berkualiti tinggi dan operasi yang teratur bagi setiap sub-bahagian EXNESS. Persijilan ISO adalah pengesahan bebas terhadap perkhidmatan syarikat yang mematuhi standard dan mencerminkan keutamaan asas EXNESS, termasuk melakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pedagang dengan syarat-syarat yang terbaik untuk dagangan, sentiasa menambah baik dan meningkatkan kelayakan pekerjanya.

EXNESS mencapai keputusan yang besar pada tahun 2014: menurut audit bebas, jumlah volum dagangan bulanan adalah lebih kurang USD 170 bilion, menjadikan kumpulan sebagai peneraju industri. Keputusan ini juga bukti objektif akan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua klien dan rakan kongsi di atas kepercayaan yang mereka telah tunjukkan kepada kami.
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13779
USD / JPY
157.247
GBP / USD
1.32351
USD / CHF
0.82827
USD / CAD
1.41435
EUR / JPY
178.913
AUD / USD
0.70111
Back
Top
Log in Register