Penggunaan leverage tanpa had dilanjutkan dalam siri ke-4 peningkatan dagangan
DEC. 20, 2016
Exness dengan gembiranya mengumumkan perkembangan terbaru yang akan meningkatkan dagangan klien dengan ketara serta memberikan lebih banyak kebebasan dan fleksibiliti kepada mereka untuk menggunakan strategi dagangan mereka dengan kurang halangan dan batasan.
Pada masa ini, Exness menawarkan leverage tanpa had kepada klien pada akaun Sen, Mini dan Klasik, dari hari Isnin 00:00 GMT hingga Khamis 23:59 GMT. Mulai 25 Disember, skala masa untuk klien dapat menggunakan leverage tanpa had akan dilanjutkan dengan ketara, membolehkan mereka memanfaatkan leverage tanpa had setiap masa, kecuali apabila mereka membuka kedudukan baru dalam tempoh tertentu yang mana keperluan margin lebih tinggi. Masa tambahan ini membolehkan klien memanfaatkan leverage tanpa had, bermakna mereka tidak perlu menyimpang daripada strategi dagangan semasa mereka setiap minggu serta dapat menikmati kebebasan dagangan tambahan daripada Exness.
Leverage tanpa had memberikan kuasa kepada pedagang dengan membolehkan mereka berdagang dengan margin yang kecil, membuka lebih banyak kedudukan dan lot yang lebih besar, serta mencuba lebih banyak strategi. Sehingga kini, kejayaan yang besar dapat dicapai selama lebih daripada enam bulan, oleh itu kami berhasrat untuk melanjutkan setiap peluang yang boleh untuk mereka gunakan. Tambahan lagi, kami sentiasa memikirkan semula dan menstruktur semula dagangan margin supaya kami boleh memberikan tahap kebebasan yang setinggi mungkin kepada klien kami.
Di Exness, kami memastikan klien kami dapat menikmati segala kebebasan yang dapat diberikan dalam menggunakan strategi dagangan mereka; perkembangan di atas membolehkan mereka melakukannya, tanpa perlu menyesuaikan rancangan dan tindakan dagangan mereka secara drastik.