BTC USD 82,585.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WTA - Cukai haram ke tak?

forexian

Super Active Member
Messages
6,063
Joined
Sep 28, 2008
Messages
6,063
Reaction score
79
Points
80
Salam. Aku nk tanya utk pihak salah seorang ahli keluarga aku yg bakal kerja di syarikat swasta dan pekerjaannya berkaitan cukai.

So dia ada kemusykilan mengenai status pekerjaan nya yg dikhuatiri haram/tak berkat.

Google punya google aku jumpa artikel kat bawah ni.

So diharapkan sesiapa yg ada ilmu boleh la bg pencerahan. Thanks in advance.


Monday, June 10, 2013

Sebenarnya, Cukai Itu Tidak Haram


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Adakah cukai haram di sisi Islam? Ini adalah kerana cukai itu sendiri tiada di dalam Islam. Namun tulisan ini merungkaikan masalah hukum orang yang bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Semoga ia menjadi pembelajaran kepada kita semua. :

"MENJELANG April setiap tahun, kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan sesak dengan para pembayar cukai yang menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, semua yang mempunyai pendapatan di Malaysia wajib mengisytiharkan pendapatan sama ada yang diperoleh melalui sektor awam atau swasta. Ia juga tanda penghargaan mereka kepada kemakmuran yang dinikmati. Tanpa kemakmuran Malaysia, mustahil mereka boleh mencapai pendapatan yang berguna untuk kehidupan mereka. Ringkasnya hubungan antara pembayar cukai dengan kemakmuran negara umpama simpulan rantai yang saling bertimbal balik dan tidak mungkin dipisahkan.

Namun begitu, ada pihak yang mempersoalkan tanggungjawab membayar cukai dengan alasan Islam tidak mewajibkan apa-apa bayaran selain zakat.

Mereka juga berhujah melalui hadis nabi SAW: “Pengutip cukai tidak akan masuk syurga (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad).”

Hadis tersebut seolah-olah menggambarkan tindakan LHDN mengutip cukai bagi pihak kerajaan sebagai haram dan zalim. Ia juga membayangkan semua kakitangan LHDN turut bersekongkol dengan pekerjaan haram yang bakal menghalang mereka ke syurga.

Sebenarnya hadis di atas perlu dianalisis secara lebih adil dan saksama bagi mengelakkan kekeliruan.

Pada asalnya Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Zakat berfungsi untuk mengimbangi jurang ekonomi antara orang miskin dan kaya. Namun begitu, agihan zakat adalah hak Allah yang hanya terbatas kepada lapan asnaf sahaja dan ia sama sekali tidak boleh disalurkan kepada golongan selain yang telah ditetapkan oleh al-Quran (al-Taubah: 60). Secara logiknya, pihak pemerintah perlu memiliki dana lain (selain zakat) bagi tujuan urus tadbir negara seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, keselamatan dan sebagainya.

Berbeza halnya dengan zaman awal Islam, dana untuk tadbir urus negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti jizyah – cukai kepala kepada golongan bukan Islam (al-Taubah: 29), ghanimah: harta rampasan perang (al-Anfal: 1), khumus: 1/5 daripada keseluruhan ghanimah yang diperuntukkan kepada Allah & Rasul (al-Anfal:41) dan Fi’: harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran (al-Hasyr: 6-7).

Rasulullah SAW pula bersikap zuhud dengan menyerahkan kembali bahagiannya daripada khumus kepada pengurusan negara Islam. Namun begitu, pergantungan kepada sumber-sumber di atas semakin mengecil dengan berkurangnya futuhat atau pembukaan wilayah baru Islam.

Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), lima peratus kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta’ Malik & Sunan al-Bayhaqi).

Pengurangan cukai diberi kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu.

Mekanisme cukai yang dibuat oleh Umar itu untuk menampung perbelanjaan negara Islam yang semakin mendesak.

Berpegang kepada zahir hadis yang menyatakan “pengutip cukai tidak akan masuk syurga” tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan Saidina Umar masih lagi jahil sunnah nabi dan tidak akan ke syurga.

Kenyataan ini ternyata bercanggah dengan sebuah hadis yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin syurga (Sunan Abu dawud, al-Tirmidzi, Musnad Ahmad).
Ia juga bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW yang menyuruh kita mengikut sunnah Khulafah al-Rashidin selepasnya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidzi, Ibn Majah & Musnad Ahmad)

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat, hadis yang mencela pengutipan cukai itu sebenarnya didatangkan dalam konotasi negatif (Sahib Muks).

Ringkasnya, perkataan muks merujuk kepada cukai yang dikutip dengan tujuan untuk menambah kekayaan pemerintah yang zalim dan konco-konconya serta menindas rakyat jelata. Hak rakyat pada cukai itu tidak dikembalikan sebagaimana sepatutnya.

Jurang ekonomi

Akibat daripada cukai sebegitu jurang ekonomi antara pemerintah dan rakyat jelata bertambah jauh. Sesetengah raja Arab pada zaman jahiliah biasa mengutip cukai tersebut.

Menurut majoriti ulama, pelaksanaan cukai oleh pemerintah sebenarnya berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai masalih al-mursalah, iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-sunnah.

Pendek kata, cukai menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga.

Islam menegaskan bahawa para pemerintah wajib ditaati selagi mana mereka tidak menyuruh kepada maksiat. Sabda nabi SAW: Menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim untuk mendengar dan mematuhi arahan pemimpin sama ada yang disukai atau dibenci (akan arahan itu) selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat, apabila mereka menyuruh melakukan maksiat, maka tiada boleh lagi mendengar dan taat. (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Kepatuhan kepada pemimpin dijelaskan lagi oleh al-Quran: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (al-Nisa’: 59).

Contoh terbaik bagi menimbulkan semangat patriotisme kepada negara dalam konteks membayar cukai, adalah kisah peperangan Tabuk yang berlaku pada musim panas tahun ke 9 Hijrah.

Demi menjaga kedaulatan Negara Islam Madinah, baginda Rasulullah SAW mengerahkan penduduk Islam Madinah ke sempadan Syam (Tabuk) bagi menyekat kemaraan tentera Rom yang berhasrat menakluk Madinah.

Misi perang Tabuk bukan hanya melibatkan pengorbanan jiwa raga, bahkan lebih utama lagi melibatkan pengorbanan harta.

Surah al-Taubah yang merekodkan peristiwa perang ini mengarahkan umat Islam Madinah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW dengan harta dan jiwa raga mereka.

Cara al-Quran yang mendahulukan sebutan jihad dengan harta sebelum jihad dengan jiwa jelas membuktikan keutamaan sumbangan harta kepada negara mengatasi perkara lain (al-Taubah: 44,81 & 88)

Teori ini disokong lagi oleh ayat-ayat lain dalam al-Quran yang juga mendahulukan jihad harta sebelum jihad jiwa (al-Nisa’: 95), (al-Anfal: 72), (al-Taubah: 20) dan (al-Hujurat: 15).

Allah mencela sikap kedekut sesetengah orang Islam yang enggan membelanjakan hartanya untuk mengisi dana perang. Firman Allah: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)…(al-Baqarah: 195).

Pembayaran cukai kepada negara sebenarnya mengandungi manifestasi jihad harta. Sebabnya, keselamatan negara adalah agenda utama pemerintah sesebuah negara dan pastinya segala bajet melibatkan aspek keselamatan berpunca daripada sumber cukai yang dibaktikan oleh setiap rakyat.
Setiap sen yang disumbangkan kepada negara dalam bentuk cukai seumpama sedekah jariah kepada negara yang telah berjasa sekian lama memayung kita.

Apabila membayar cukai, kita mesti menanamkan rasa bangga dengan kemajuan negara seperti bangganya seorang ayah atas kejayaan anaknya. Si ayah tanpa segan silu akan berkata: “Itulah anak saya. Kejayaannya itu adalah hasil titik peluh saya yang mendidiknya semenjak kecil.”

Dalam konteks negara, dialog itu dibayangkan berbunyi: “Inilah Malaysia yang makmur hasil daripada sedekah jariah saya dalam bentuk cukai kepadanya. Saya mempunyai saham dalam setiap inci kemajuan yang dimiliki oleh bumi Malaysia.” "

Wallhua'lam.

http://wankamarul701.blogspot.com/2013/06/sebenarnya-cukai-itu-tidak-haram.html
 
Last edited:
Benda haram.. nanti kwn cari hadis..
Al-Quran mmg ade ckp kena patuh dgn pemimpin.. tp dlm Al-Quran pun ada ckp kena lawan pemimpin yg zalim..
Ade hadis pasal cukai.. nanti kalau jumpe kwn post..
 
Benda haram.. nanti kwn cari hadis..
Al-Quran mmg ade ckp kena patuh dgn pemimpin.. tp dlm Al-Quran pun ada ckp kena lawan pemimpin yg zalim..
Ade hadis pasal cukai.. nanti kalau jumpe kwn post..

Kalau cukai sampai menindas rakyat mmg haram..
 
Benda haram.. nanti kwn cari hadis..
Al-Quran mmg ade ckp kena patuh dgn pemimpin.. tp dlm Al-Quran pun ada ckp kena lawan pemimpin yg zalim..
Ade hadis pasal cukai.. nanti kalau jumpe kwn post..

hadis yg bro mention tu hadis sama mcm dalam artikel tu ke?
ape pendapat bro mengenai artikel tu?
 
Cukai Haram dalam islam

Isu GST nampaknya terus hangat diperbincangkan. Berbagai-bagai talian hayat cuba digunakan oleh pemerintah sekular hari ini bagi menyakinkan rakyat agar bersedia untuk menerima sepenuhnya perlaksanaan cukai tersebut. GST cuba digambarkan sebagai sesuatu yang tidak akan membebankan rakyat. Hanya mereka yang tidak waras dan tidak rasional sahaja yang akan menerima kenyataan tersebut. Apa yang pastinya, rakyat juga yang akan menjadi mangsa dengan dipaksa untuk memikul beban dan musibah tersebut. Rakyat akan terus menerus disengsarakan lagi melalui perlaksanaan GST ini kelak. Keadaan ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan kerana dalam sistem ekonomi kapitalisme, sumber pendapatan utama bagi sesebuah negara adalah cukai . Cukai ini dipelbagaikan bentuk dan namanya seperti cukai langsung, cukai tak langsung, tol, duti eksport, duti import dan lain-lain lagi. Pendek kata, semua pendapatan bagi negara kapitalis termasuklah Malaysia, daripada A hingga Z adalah cukai semata-mata. Rakyat daripada yang sekecil-kecilnya sehinggalah ke dewasa akan pasti dijerat dan diikat dengan bebanan daripada pelbagai jenis dan bentuk cukai. Apakah pemerintah yang berkuasa pada saat ini termasuk juga para alim ulama yang berada di sekeliling pemerintah tidak pernah mendengar peringatan keras daripada Rasulullah SAW berkenaan ancaman terhadap pengutipan cukai?

Sabda Rasulullah SAW, “Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga.” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim]

Dalam riwayat yang lain,

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

“Sekiranya kamu menjumpai pemungut ’usyur (cukai yang dipungut di sempadan antara negara Islam dan negara kufur), maka bunuhlah dia” [Musnad Imam Ahmad bin Hambal].

Justeru, daripada hads-hadis di atas adalah jelas menunjukkan bahawa adalah haram bagi negara untuk memungut cukai daripada rakyat untuk pendapatan negara. Ini adalah sama sekali berbeza dengan sistem Islam. Sebagai sebuah ideologi yang lahir daripada aqidah Islam, Islam mempunyai sistem ekonominya yang tersendiri. Sumber pendapatan bagi Daulah Islam hanya datang daripada sumber-sumber yang diizinkan oleh syara’ sahaja.

Dalam kitab al-Amwaal fi Daulah al-Khilafah, Syeikh Abdul Qadim Zallum menyatakan bahawa pendapatan Daulah adalah terdiri daripada 12 sumber iaitu: (1) ghanimah/anfal, fai`, khumus (2) kharaj, (3) jizyah, (4) kepemilikan umum, (5) kepemilikan negara, (6) 'usyur, (7) harta yang disita hasil korupsi (maal al-ghulul), (8) khumus rikaz dan lombong, (9) harta orang yang tidak mempunyai waris, (10) harta orang yang murtad, (11) dharibah dan (12) zakat.
Keunggulan sistem pengutipan hasil pendapatan negara Islam ini sudah terbukti dan teruji kemampuan serta keberkesanannya di sepanjang lebih daripada 1300 tahun Islam memerintah dunia. Persoalannya, apakah umat Islam amnya dan para pemimpin umat Islam khususnya pada hari ini yakin dengan Islam atau masih terus bergantung harap dengan sistem ekonomi kapitalisme? Cukuplah wajah buruk kapitalisme yang ada pada hari ini telah membawa mimpi buruk dan ngeri bagi seluruh masyarakat dunia termasuklah umat Islam. Dunia kini perlu berubah menuju Khilafah yang mana jaminannya adalah rahmat bagi sekalian alam.
 
kau rujuk direct pada ustaz kan senang. kau ingat ada betul2 ustaz nak lepak sini ke
 
kau rujuk direct pada ustaz kan senang. kau ingat ada betul2 ustaz nak lepak sini ke

aku penah tanya 2 org ustaz. bolehkah kita beramal dgn mazhab lain (hanafi, maliki atau hambali) utk amalan tetentu sedangkan pegangan kita mazhab shafie? ustaz yg muda sikit kata harus, yg ustaz tua sikit kata xboleh nk campur aduk. camner tu?
 
Back
Top
Log in Register