Salam, masalah skrin biru atau BSOD ni singkatan dari Blue Screen of Death yang biasa terjadi pada OS microsoft Windows,
Sebenarnya Bsod ni adalah bug diagnostic mode yang dicipta oleh engineer microsoft utk mencari masalah/bug pada programing mereka semasa developt Windows.Code ini adalah penting untuk troubleshoot masalah BSOD ni.
Setiap BSOD ada code (cth seperti di jadual dibawah ) yang boleh dirujuk pada website Microsoft atau pada Google.
Jadi, cuba ambil gambar BSOD tu dan tampal kat sini,cara dia senang je, prepare siap-siap digital camera atau camera handset masa jadi Bsod tu snape gambar dan post kat forum.
Biasanya ada 4 cara untuk baiki masalah BSOD ini:
- Repair installation Windows (guna recovery partition atau CD windows)jika BSOD berpunca dari Windows corrupt atau terjankit virus dan sila format baru sahaja jika dah takboleh baiki.
- Uninstall driver/software yang bermasalah di safe-mode windows ( Masuk ke safe mode saat masuk ke Windows dengan menekan F8 masa booting Windows, buang driver atau software2 yang menyebabkan Windows mengalami error atau corrupt, restart komputer ) untuk BSOD berpunca dari driver.Korang boleh guna software ni http://www.nirsoft.net/utils/bluescreenview.zip untuk cari software atau driver yang menjadi punca masalah BSOD.
- Cuci sistem HSF komputer jika BSOD berpunca dari hardware terlalu panas
- Cuci servis/tukar Ram jika BSOD berpunca dari Ram
Kat bawah ni ada contoh-contoh bsod yang biasa terjadi pada windows dan sedikit cara penyelesaiannya.