BTC USD 97,113.1 Gold USD 2,934.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Windows Recall Akan Mula Di Berikan Bermula Oktober

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
Ciri Windows Recall sepatutnya boleh digunakan di Copilot+ PC pada Jun lalu tetapi ditangguhkan kerana isu melibatkan privasi pengguna. Hari ini Microsoft mengesahkan Recall akan diberikan kepada pengguna Windows Insider terlebih dahulu pada bulan Oktober depan.

Microsoft-Windows-Recal-C-950x535.jpg.webp


Ini akan menjadi satu lagi tempoh ujian sebelum Microsoft memberikannya kepada semua Copilot+ PC yang telahpun mula dijual. Mereka masih belum memberikan perincian apakah perubahan yang telah dilakukan sejak isu mengenai privasi menjadi bualan ramai pengguna yang mengakses ciri ini lebih awal. Bagi yang tidak mengikuti perkembangan Recall, isu utama ialah ia menggunakan tangkapan layar untuk mengumpul data penggunaan. Fail tangkapan skrin tidak disulitkan dan sebarang maklumat sulit seperti nombor kad kredit mungkin diambil dan disimpan tanpa kebenaran. Jika fail tangkapan layar ini diakses oleh penggodam, ia akan mendatangkan risiko yang tinggi kepada pengguna.

Sumber asal https://blogs.windows.com/windowsex...n-the-recall-preview-feature-for-copilot-pcs/
 
Sponsored Post

Ciri Recall Pada Windows Di Katakan Mempunyai Risiko Sekuriti Serius

Ketika cara pelancaran Surface tiga minggu lalu, Microsoft memperlihatkan ciri Recall membolehkan komputer Copilot+ PC mengingati kesemua aktiviti yang dilakukan pengguna. Ia dilihat sebagai alat yang akan dapat menyelesaikan masalah pengguna lupa di mana fail disimpan, carian yang pernah dilakukan dan laman yang dilawati.

Tetapi kini Kevin Beaumont, seorang pakar sekuriti siber yang pernah bertugas di Microsoft mengatakan beliau menemukan beberapa risiko sekuriti serius selepas mencuba Recall. Menurut beliau kesemua maklumat yang dikesan pada tangkapan layar oleh Recall disimpan padak komputer dalam bentuk pangkalan data SQLite yang tidak disulitkan oleh Windows 11.

Microsoft-Windows-Recal-C-950x535.jpg.webp


Lebih serius menurut beliau jika anda menghantar mesej yang sepatutnya dipadam, Recall tidak akan memadam tangkapan layar yang telah diambil ketika sesi menggunakan aplikasi pemesejan tersebut. Sekiranya data SQLite ini dapat diakses oleh pihak tertentu, ia dengan mudah mendedahkan pelbagai aktiviti pengguna dan sekaligus adalah risiko sekuriti yang serius.

Secara lalai Recall diaktifkan pada semua Copilot+ PC tetapi boleh dipadamkan oleh pengguna. Pengguna juga diberikan kuasa untuk menghadkan apakah yang boleh dirakam oleh Recall. Namun begitu menu untuk menyahaktifkannya tidak mudah dijumpai.

Berita baik di sini ialah pada ketika ini Recall masih belum ditawarkan kepada semua pengguna dan terhad kepada Copilot+ PC dengan cip Snapdragon X Elite dan X Plus sahaja. Ia hanya akan diberikan kepada PC dengan cip AMD Ryzen AI 300 yang belum dijual. Kepada pengguna Windows 11 lain, ciri ini tidak akan diberikan kerana komputer anda tidak mempunyai NPU dengan kemampuan Ai yang mencukupi.​
 
Windows Recall Mengingati Kesemua Aktiviti & Lokasi Fail Pada PC

Serentak dengan pengumuman Surface baharu serta kategori Copilot+ PC pagi ini, Microsoft turut memberikan beberapa ciri baharu yang akan tiba pada Windows 11. Paling menarik kami rasakan ialah Windows Recall yang mengingati kesemua aktiviti dan lokasi fail pada PC pengguna. Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi. Pengguna boleh bertanya di mana lokasi sesebuah fail yang dimuat turun secepat kilat. Ia turut boleh mengingati emel tertentu yang dihantar menggunakan Outlook. Laman web yang dilayari oleh pengguna juga boleh dicari semula dengan bertanya kepada Recall dan memberikan konteks yang diperlukan. Ia juga boleh disuruh mencari gambar ketika bercuti misalnya dengan insan tertentu. AI Recall akan memahami konteks dengan melihat lokasi GPS serta pengecaman wajah untuk memaparkan hasil carian yang diingini pengguna.​



Bagi yang paranoid, kesemua memori Recall disimpan di dalam PC dan tidak dihantar ke awanan. Di sinilah kemampuan cip NPU pada AI PC dan Copilot+ PC digunakan untuk melakukan tugasan AI secara terbina. Pengguna diberikan pilihan mematikan atau menjeda Recall. Mereka juga boleh menghadkan apakah aktiviti yang boleh direkodkan. Recall akan mengambil 25GB storan pada komputer yang bersamaan dengan simpanan memori selama 3 bulan. Jika storan ini habis digunakan, kesemua memori lama akan dibuang. Oleh itu pengguna harus menyedari Recall bukanlah AI yang boleh mengingati aktiviti pengguna selama-lamanya. Turut diperkenalkan oleh Microsoft pagi ini ialah Cocreator yang merupakan AI generatif yang menjana imej berdasarkan lakaran yang diberikan oleh pengguna. Isu dengan penjana imej AI ialah ianya terlalu rawak tanpa kawalan komposisi imej akhir. Pengguna CoCreator boleh melakukan lakaran kasar dan imej akhir akan dijana menggunakan lakaran manual oleh pengguna.​

1724415774761.png

Akhir sekali ialah Restyle Image di dalam aplikasi Photos. Pengguna boleh mengarahkan aplikasi untuk mengubah gaya gambar asal dengan pilihan seperti Anime, Fantasy, Surrealism dan banyak lagi. Sebuah imeh baharu boleh dijana tanpa pengguna menghabiskan masa beberapa jam melakukannya sendiri di dalam aplikasi Photoshop. Ciri Recall, dan CoCreator,akan diproses di dalam mesin oleh NPU dan oleh itu ia pada waktu ini eksklusif pada Copilot+ PC yang dijana cip Snapdragon X. AI PC yang menggunakan cip Intel tidak akan menerima ciri ini kerana ia memerlukan NPU sekurang-kurangnya 40 TOPS yang lebih berkuasa berbanding cip Intel Core Ultra.​

Sumber asal https://blogs.microsoft.com/blog/2024/05/20/introducing-copilot-pcs/
 
Windows Recall Tidak Boleh Di Buang Oleh Pengguna

Ciri WIndows Recall akan diberikan kepada pengguna Windows Insider untuk ujian fasa kedua pada Oktober depan. Perancangan asal menawarkannya kepada semua Copilot+ PC telah ditangguhkan selepas beberapa isu mengenai sekuriti dan privasi muncul. Pengguna yang sudahpun menerima akses awal Recall kini melaporkan terdapat pilihan untuk menyahpasang aplikasi kecerdasan buatan (AI) ini daripada PC mereka.

Microsoft-Windows-Recal-C-950x535.jpg.webp


Tetapi Microsoft telahpun mengesahkan ini adalah sekadar pepijat. Pada versi penuh Recall yang akan diberikan kepada semua pengguna kelak, ia tidak boleh dinyahpasang. Pengguna sekadar boleh menyahaktifkannya jika risau mengenai risiko aplikasi mengambil tangkapan layar maklumat yang ingin dirahsiakan.

Recall dilancarkan sebagai ciri yang boleh mengingati laman yang telah dilawati, maklumat dalam emel dan juga gambar yang disimpan di dalam komputer. Tetapi kerana tangkapan layar tidak disulitkan, ia boleh dicuri penggodam untuk melakukan pencurian identiti. Sehingga kini Microsoft belum mengumumkan bilakan Recall akan diberikan kepada semua.

Sumber asal https://www.theverge.com/2024/9/2/24233992/microsoft-recall-windows-11-uninstall-feature-bug
 
Pelancaran Windows Recall Di Tangguhkan Lagi Ke Bulan Disember

Microsoft menangguh lagi pelancaran ciri Windows Recall untuk Copilot+ PC. Menurut perancangan yang diumumkan pada Ogos lalu, Recall akan diberikan kepada pengguna Windows Insider pada bulan Oktober tetapi ini tidak berlalu. Menurut laporan The Verge, Recall hanya akan diberikan kepada Insider pada bulan Disember depan selepas ciri ini diperhalusi lagi bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Microsoft-Windows-Recal-C-950x535.jpg.webp


Ciri Windows Recall sepatutnya dilancarkan kepada semua Copilot+ PC pada Jun lalu tetapi ditangguh kerana menerima pelbagai kritikan mengenai privasi serta kerentanan sekuriti yang ditemukan oleh penganalisa sekuriti. Kecerdasan buatan (AI) Recall boleh mengingati setiap gambar, tangkapan layar dan juga aktiviti yang dilakukan pengguna.

Microsoft segera mengumumkan perubahan Recall akan menggunakan sistem Trusted Platform Module (TPM) dengan sokongan biometri Windows Hello untuk pengesahan identiti pengguna. Pemilik Copilot+ PC juga diberikan pilihan menyahpasang ciri ini pada komputer mereka sekiranya masih risau mengenai keselamatan.​
 
Sokongan Windows Recall Kini Dilanjutkan Ke PC CoPilot+ AMD & Intel

Beberapa minggu lalu dilaporkan bahawa Microsoft telah mula menguji kembali ciri Windows Recall mereka melalui program Windows Insider untuk komputer-komputer riba yang dikuasakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X. Terkini, Microsoft mengesahkan bahawa fasa ujian tersebut telah dilanjutkan kepada komputer-komputer riba CoPilot+ yang dikuasakan cip pemprosesan AMD Ryzen AI 300 dan Intel Core Ultra 200V terbaru. Microsoft nampaknya sedang bersiap-sedia untuk melancarkan ciri ini kepada komputer-komputer riba tersebut, yang pada pendapat mereka adalah salah satu ciri utama untuk sistem operasi Windows 11.

Microsoft-Windows-Recal-B-950x535.jpg.webp


Windows Recall merupakan sebuah ciri opt-in dimana pengguna perlu mengesahkan bahawa mereka mahu menggunakannya, dan faham bahawa tangkapan layar untuk setiap input yang dilakukan oleh mereka akan diambil untuk tujuan penyimpanan data dalam peranti. Data ini tidak akan dihantar ke mana-mana mesin pelayan, dan hanya boleh diakses secara fizikal. Kemaskini terbaru ujian Windows Recall ini juga memperlihatkan penambahan sokongan beberapa bahasa baru seperti Bahasa Cina (simplified), Perancis, Jerman, Jepun dan Sepanyol.

Jika anda dalam program Windows Insider, ciri ini akan diperkenalkan untuk komputer-komputer riba tersebut melalui kemaskini Windows 11 Insider Preview Build 26120.2510 (KB5048780).​
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register