BTC USD 84,419.2 Gold USD 4,295.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Windows 11 Related Discussions - Perbincangan Windows 11

Kemaskini Windows Update Di Buka Untuk Semua Aplikasi & Perisian Pemandu (Drivers)

Windows Update ialah lokasi setempat kemas kini versi sistem operas Windows, tampalan sekuriti dan ciri baharu oleh Microsoft. Hari ini Microsoft mengumumkan Windows Update kini turut dibuka kepada semua aplikasi, perisian pemandu untuk perkakasan dan pelbagai lagi kemas kini yang tidak lagi memerlukan ia dilakukan secara satu persatu.

windows-10-update-screen-2.webp


Dengan Windows Update dibuka, dengan hanya satu klik sahaja sistem operasi, aplikasi dan perkakasan Windows 11 dapat dikemaskini serentak. Kelebihan menggunakan Windows Update menurut Microsoft ialah notikasi versi baharu dapat diterima setempat dan pengguna perlu membuka pelancar berbeza untuk aplikasi berbeza. Kesemua log perubahan setiap versi turut dikumpulkan setempat. Memudahkan admin IT di tempat kerja menguruskan kemas kini dengan lebih teratur.

Pembangun aplikasi dan perkakasan kini boleh menyertai ujian awal Windows Update yang telah dibuka bermula hari ini.​
 
Microsoft Menguji Ciri-Ciri Format Baharu Pada Notepad Untuk Pengguna Windows Insider

Notepad merupakan aplikasi penulisan teks biasa yang terbina pada sistem operasi Windows, dan secara lazimnya digunakan untuk menulis dan menyunting teks tanpa keperluan untuk memformat teks tersebut. Terkini, melalui program Windows Insider, pengguna yang mahu menguji ciri-ciri terbaru pada sistem operasi Windows 11 boleh mula menguji ciri-ciri format asas melalui Notepad, sesuatu yang sebelum ini hanya diperlihatkan pada sebuah lagi perisian Microsoft, iaitu WordPad, yang kini telah ditamatkan sokongan dan penggunaannya.

image-950x528.png


Microsoft telah menambahkan fungsi format secara minima, dan anda boleh menggunakan bar yang membolehkan anda menambahkan format seperti menambah header, format untuk bold, italic dan underline, menambahkan mata penyenaraian dan juga pautan ke fail ataupun laman web.

Jika anda biasa menggunakan pintasan Markdown, anda juga boleh menggunakannya pada Notepad, memudahkan tugasan menyunting teks. Seperti yang dikatakan, versi Notepad ini (version 11.2504.50.0) ditawarkan melalui program Windows Insider sahaja, melalui Canary dan Dev Channel.

Sumber asal https://blogs.windows.com/windows-i...otepad-begin-rolling-out-to-windows-insiders/​
 
Microsoft Menguji Rekaan Start Menu Baru Melalui Program Windows Insider

Microsoft hari ini telah memperkenalkan versi terbaru sistem operasi Windows 11 untuk Insider program mereka, iaitu Windows 11 Insider Preview Build 26120.4250 (KB5060820). Untuk mereka yang memuat-turun versi ini, ia akan hadir dengan satu kemaskini yang besar dan cukup menarik. Ia adalah kemaskini kepada ciri Start Menu, yang kini hadir dengan rekaan serba baru, dan susunan ikon yang lebih kemas, dan kini, menu utama tersebut boleh ditatal, dan akan memberi pengguna pilihan tentang bagaimana mereka mahu menyusun ikon menu tersebut.

image-28-950x534.png.webp


Penguji Windows Insider kini boleh memilih untuk menyusun ikon mereka mengikut kategori, ataupun secara abjad. Susunan dalam mod kategori akan dilakukan secara automatik, dimana kategori baru hanya akan diwujudkan apabila terdapat sekurang-kurangnya tiga aplikasi atau perisian dalam kategori yang sama. Jika tidak, ia hanya akan diperlihatkan dalam folder Others. Susunan abjad pula, seperti biasa akan memperlihatkan susunan ikon perisian dalam urutan abjad, seperti yang dijangka.

image-29-950x534.png.webp


Microsoft juga mengatakan bahawa mereka akan memberi pengguna untuk memilih saiz Start Menu berdasarkan saiz paparan skrin pengguna. Penukaran saiz ini akan dilakukan secara automatik, dan lebih besar skrin anda, lebih banyak ikon perisian dapat diperlihatkan pada satu baris.

Sumber asal http://windows%2011%20insider%20preview%20build%2026120.4250%20(kb5060820)/​
 
Windows 11 Memintas Windows 10 Sebagai Sistem Operasi Windows Dengan Jumlah Pengguna Tertinggi

Microsoft telah memperkenalkan sistem operasi Windows 11 sekitar suku keempat 2021, dan penggunaannya dilihat tidak begitu tinggi kerana orang ramai sudah biasa dengan sistem operasi Windows 10, dan tidak melihat sebab mengapa mereka perlu menukar ke sistem operasi yang lebih baru, khususnya apabila pengguna perlu menaiktarafkan komputer mereka.

Statcounter baru-baru ini telah mengemaskini laman web graf pengguna sistem operasi Microsoft Windows mereka, dan memperlihatkan bahawa pada bulan ini, peratusan pengguna sistem operasi Windows 11 telah memintas jumlah pengguna Windows 10 secara global untuk kali pertama sejak Windows 11 diperkenalkan.

image-21-950x467.png.webp


Pada permulaan bulan Julai 2025, ia dilihat bahawa jumlah pengguna sistem operasi Windows 11 global adalah pada 51.77 peratus berbanding dengan Windows 10 pada 45.02 peratus. Perubahan kepada Windows 11 dilihat meningkat dengan mendadak kerana lebih banyak sokongan sekuriti dan ciri-ciri baru diperlihatkan pada Windows 11 dan tidak Windows 10. Satu lagi sebab ialah kerana Microsoft akan menamatkan sokongan rasmi sistem operasi ini pada 14 Oktober 2025.

Menurut angka yang diperlihatkan oleh Statcounter juga, ia dilaporkan bahawa peranti Windows 11 sudah melangkaui jumlah 700 juta peranti. Dengan penamatan sokongan sistem operasi Windows 10 dijangka tiba pada 14 Oktober ini, jangkaannya ialah peratusan pengguna yang akan menaiktaraf komputer mereka ke Windows 11 dijangka akan meningkat dengan mendadak menjelang bulan tersebut.

Sumber asal https://gs.statcounter.com/windows-version-market-share/desktop/worldwide/#monthly-202407-202507​
 
Skrin BSOD Windows 11 Tidak Lagi Berwarna Biru dan Berwajah Baharu

BSOD (Blue Screen Of Death) ialah skrin yang dipaparkan pada sistem operasi Windows apabila menghadapi masalah teknikal. Bermula Windows 8, rekaan antaramuka paparannya telah diberikan nafas baharu, selain Microsoft turut memberikan lebih maklumat, termasuk integrasi kod QR untuk menyemak masalah teknikal berkaitan dengannya.

Windows-11-BSOD-950x713.jpg.webp


Pada tahun 2021, warna BSOD diubah semula ke warna biru semula selepas ia ditukar ke warna hitam pada Window 8. Terbaru menerusi kemas kini terkini, skrin BSOD sekali lagi diubah dengan ia kini kembali menggunakan latar belakang hitam. Tiada lagi kod QR atau emoji muka sedih.

Hanya mesej apakah kerosakan yang berlaku dan kod kerosakan dipaparkan pada bahagian bawah skrin untuk memudahkan isu diselesaikan oleh pengguna atau pengendali IT syarikat. Skrin BSOD baharu lebih mirip skrin yang dipaparkan ketika sistem operasi sedang dikemaskini.

Sumber asal https://www.theverge.com/news/692648/microsoft-bsod-black-screen-of-death-color-change-official​
 
New Win 11 23H2 MVS ISOs (July 2025 Updated) 22631.5624 Available

SKU

[01] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Home | Core
[02] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Home N | CoreN
[03] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Home Single Language | CoreSingleLanguage
[04] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Education | Education
[05] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Education N | EducationN
[06] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Pro | Professional
[07] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Pro N | ProfessionalN
[08] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Pro Education | ProfessionalEducation
[09] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Pro Education N | ProfessionalEducationN
[10] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Pro for Workstations | ProfessionalWorkstation
[11] 04/06/2025 en-US x64 10.0.22631.5624 Windows 11 Pro N for Workstations | ProfessionalWorkstationN


Download ISO's

Consumer

Business
 
Tutorial - Add Windows Store To Windows LTSC

Download the store files either from the mega.nz link below or directly from the GitHub link. It's better to visit Github in case there is an updated version in the future. Mega download link https://mega.nz/folder/JgkxQDCL#ZMQlV9x9XChezzP1waEzpA or github.com/kkkgo/LTSC-Add-MicrosoftStore

After unzipping the file, run Add-Store.cmd as Administrator and after the installation finishes, you should see the Store Icon on your start menu. In case you want to download and install store apps from other sources (torrents for example) you need to go to Settings/Update and security/Use Developer features (or press windows key and type devel) and enable the option Sideload apps (similar to Android options) as you see on the screen below;
​
[IMG]

Things don't always go as we wish so in case you don't see the Microsoft store do a restart. If that doesn't solve the problem then run CMD as administrator and issue the following command (copy-paste).

Code:
PowerShell -ExecutionPolicy Unrestricted -Command "& {$manifest = (Get-AppxPackage Microsoft.WindowsStore).InstallLocation + '\AppxManifest.xml' ; Add-AppxPackage -DisableDevelopmentMode -Register $manifest}"

Copy all of the red text at once, because it's one command. If the above won't work, then there is no easy cure for it. Either some other packages/options are missing from windows and I can't know which ones or there is something wrong with your version of windows. Those who wish to just load an app and not have the App Store you can use the following site: store.rg-adguard.net (copy-paste) and get a direct link to download for any app from the store web site.
​
[IMG]
 
Windows 11 Di Kemaskini Dengan Ciri AI Baharu Copilot Vision, Click to Do & Banyak Lagi

Microsoft memberikan kemas kini beberapa ciri kecerdasan buatan (AI) baharu di komputer Windows 11 dan Copilot+ PC. Kita mulakan dengan Copilot Vision yang membolehkan Copilot membantu pengguna menyelesaikan beberapa tugasan yang terpapar pada skrin. Ia akan melihat skrin dan memberikan saranan berdasarkan soalan yang diberikan oleh pengguna. Copilot Vision boleh digunakan pemilik komputer Windows 11 di Amerika Syarikat sahaja ketika ini.

Seterusnya Click to Do pula memahami konteks apa yang sedang dipaparkan pada skrin sebelum memberikan cadangan yang relevan. Sebagai contoh jika mengenali emel tertentu, ia boleh menghantarnya terus ke Teams. Jika buku sedang dibaca pula, ia boleh mendengar bacaan pengguna sebelum memberikan saranan kelancaran dan sebutan yang betul. Ia turut boleh melakukan rumusan teks yang panjang. Ciri Click to Do hanya boleh digunakan di Copilot+ PC.

Photos-Relight-Copilot-PC-950x535.jpg.webp


Dalam Photos pula ciri Relight boleh digunakan untuk menyunting gambar secara automatik. Sumber cahaya baharu boleh ditambah dan gambar 2D yang diubah dengan sistem lampu AI Relight. Ciri ini hanya untuk Copilot+ PCs dengan cip siri Snapdragon X dan akan diberikan kepada Copilot+ PC dengan cip AMD dalam masa terdekat.

Pada Paint pula, terdapat ciri menghasilkan pelekat secara automatik. Pengguna boleh memilih sendiri objek yang ingin dijadikan pelekat atau menggunakan kecerdasan buatan yang memilihnya sendiri. Ciri tangkapan skrin Snipping Tool juga diperkasakan dengan AI menerusi ciri Perfect Screenshot dan Color Picker. Perfect Screenshot akan memproses tangkapan skrin dan memotong bahagian yang tidak diperlukan. Color Picker pula membolehkan warna dipilih dengan pantas dalam format HEX, RGB atau HSL.

Microsoft-Windows-11-Settings-Agen-AI-soalan-950x535.jpg.webp


Akhir sekali ejen bantuan dalam Settings juga diberikan. Pengguna boleh melakukan carian dalam Settings menggunakan bahasa biasa. Contohnya “bagaimana mengubah resolusi skrin ke 4K” dan ia akan segera memberikan menu dalam Settings yang berkenaan. Semua ciri-ciri di atas telah diumumkan sebelum ini dengan ia diberikan kepada pengguna Windows Insider sahaja sebelum ini. Microsoft berkata kemas kini ciri-ciri ini akan mula diterima Windows 11 dan Copilot+ PC secara berperingkat.​
 
Back
Top
Log in Register