BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Windows 11 Related Discussions - Perbincangan Windows 11

Notepad Pada Windows 11 Bakal Menerima Ciri Bantuan Menulis Dengan AI

Era kecerdasan buatan generatif sekarang cukup dahsyat. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan yang kini memudahkan orang ramai. Terbaru, Microsoft mengembangkan lagi penawaran teknologi kecerdasan buatan generatif mereka ke aplikasi Notepad. Notepad sebelum ini telah diintegrasikan dengan ciri carian teks menggunakan Copilot. Ciri semakan ejaan turut telah diperkenalkan. Ciri baharu ini lebih menarik kerana ia boleh membantu pengguna menulis. Rewrite adalah nama yang diberi boleh menulis semula teks dalam Notepad menjadi lebih pendek, panjang, tona bahasa ditukar dari santai ke formal dan turut boleh ubah format penulisan.

Rewrite-Notepad-Windows-11.webp


Berdasarkan imej yang dikongsi oleh Microsoft, pengguna akan menerima beberapa teks yang dijana semula atau turut boleh menjana semula kesemuanya. Rewrite boleh diakses dari menu klik-kanan, bar menu, atau juga menekan kekunci Ctrl + I. Rewrite pada Notepad terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat, Perancis, UK, Kanada, Itali, dan Jerman yang menggunakan Windows 11 Insider. Bagi pelanggan Microsoft 365 (60 kredit sebulan) dan Copilot Plus (kredit tanpa had) yang menggunakan Windows 11 Insider di Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura, Taiwan dan Thailand boleh menggunakan Rewrite dengan kredit yang terhad.

Sumber asal https://blogs.windows.com/windows-i...otepad-begin-rolling-out-to-windows-insiders/​
 
Windows 11 Kini Memaparkan Tera Air & Amaran Pada Peranti Yang Tidak Menepati Spesifikasi

Anda biasa melihat peranti Windows dengan tera air ā€œActivate Windows, Go to Settings to activate Windows.ā€œ. Ini tanda peranti tersebut belum didaftarkan lagi dengan lesen yang sah atau adalah salinan cetak rompak. Terbaru, Microsoft turut akan memaparkan tera air ini pada peranti yang tidak menepati piawaian spesifikasi yang dikehendaki.

Windows 11


Tera air ini lebih kepada mengingati pengguna yang mereka sedang menggunakan Windows 11 pada peranti yang tidak sepatutnya. Bukan itu sahaja, Microsoft turut akan memberi mesej peringatan yang berbunyi;

ā€œPC ini tidak memenuhi keperluan sistem minimum untuk menjalankan Windows 11. Keperluan ini membantu memastikan pengalaman yang lebih membantu dan berkualiti tinggi. Memasang Windows 11 pada PC ini tidak digalakkan dan boleh menyebabkan masalah keserasian. Jika anda meneruskan pemasangan Windows 11, PC anda tidak lagi akan disokong dan tidak akan berhak menerima kemas kini. Kerosakan pada PC anda akibat kekurangan keserasian tidak dilindungi di bawah jaminan pengeluar. Dengan memilih Terima, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami pernyataan ini.ā€œ

Activate-Windows01.png.webp


Ya, menggunakan Windows 11 pada peranti yang tidak menepati spesifikasi minima yang diperlukan tidak lagi melayakkan pengguna menerima kemas kini. Bukan itu sahaja, Microsoft turut memerlukan pengguna bersetuju menerima perkara ini dan jika sebarang kerosakan berlaku anda turut tidak boleh menuntut jaminan peranti dengan pengeluar. Jika anda tertanya, jika ada banyak halangan dan amaran kenapa Microsoft membenarkan pemasangan Windows 11 pada peranti sebegini? Ini kerana beberapa tahun lepas, jumlah pengguna Windows 11 adalah sangat rendah dan pemasangan sistem operasi ini dibenarkan dengan syarat pengguna menandatangani perjanjian khas dengan Microsoft.

Adakah anda akan berkeras dan kekal menggunakan peranti sedia ada atau akan menaiktaraf ke peranti Windows dengan spesifikasi terkini?​
 
XM Registry & Other Tweaks v1

List Of Useful Windows Registry Tweaking Tools (Restart Required After Installation Registry)
Add Compact OS Context Menu.reg
Add Component Store Clean Context Menu.reg
Add Co-Pilot Button Taskbar.reg
Add Copy - Move To Folder To Context Menu.reg
Add E Drive Bottom of Navigation Pane of File Explorer.reg
Add E Drive Top of Navigation Pane of File Explorer.reg
Add Reset Permissions Context Menu.reg
Add Run As Administrator Context.reg
Add Spotlight Icon To Desktop.reg
Add User Folder Explorer.reg
Administrators UAC Elevate Without Prompting.reg
Always Enable Local Security Authority Protection With UEFI Lock.reg
Always Enable Local Security Authority Protection Without UEFI Lock.reg
Change Insider Settings to Beta Channel.reg
Change Insider Settings to Canary Channel.reg
Change Insider Settings to Dev Channel.reg
Change Insider Settings to Release Preview Channel.reg
Classic Windows Explorer Style.reg
Default Moden File Explorer With Command Bar.reg
Default User Choice Local Security Authority Protection.reg
Disable All Advertisement & Tailored Experiences.reg
Disable Apply Default Account Picture.reg
Disable Auto Discard Sleeping Tabs - Microsoft Edge.reg
Disable Local Security Authority Protection.reg
Disable Lock Screen Changing.reg
Disable OPEN FILE SECURITY WARNING.reg
Disable Peek For Current User.reg
Disable Quick Access Menu.reg
Disable Show More Option.reg
Enable Apply Default Account Picture.reg
Enable Auto Discard Sleeping Tabs - Microsoft Edge.reg
Enable Co-Pilot Button Taskbar.reg
Enable Lock Screen Changing.reg
Faster Explorer.reg
Folder Fixer - Rename.reg
Force Allow Applications Access Generative AI for ALL Users.reg
Permanently Delete - Context Menu.reg
Remove All User Folders.reg
Remove Compact OS Context Menu.reg
Remove E Drive Botton of Navigation Pane of File Explorer.reg
Remove Managed By Your Organization - EDGE.reg
Remove Spotlight Icon To Desktop.reg
Restore Default System Font.reg
Show Firewall Network Protection.reg
Show Ransomware System Security.reg
Show Virus Threat Protection.reg
Take Ownership.reg
Turn OFF Local Security Authority Protection.reg
Turn OFF Microsoft Defender SmartScreen - Edge.reg
Turn On END TASK.reg
Turn ON Generative AI Access for All Users.reg
Turn ON Generative AI Access for Current User.reg
Turn ON Local Security Authority Protection.reg
Turn ON Microsoft Defender SmartScreen - Edge.reg
Turn ON Seconds Taskbar Clock.reg

Some Useful Command Prompt Tweaking Tool (Batch Files)
Rebuild Icon Cache.bat
Offline Insider Enrollment.cmd
Remove Managed By Organisation - Registry.bat

Replace Below Files In C:\Windows\System32\Drivers\etc
protocol
networks
services
hosts
lmhosts.sam

DNS.txt - Custom DNS Listing

Windows Defender Remover.exe - Windows Defender Disabler / Remover (USE WITH CARE!)
Microsoft Program Install - Uninstall.diagcab - Microsoft Application Install & Uninstall Tool
WU Show & Hide Updates.diagcab - Microsoft Windows Update Hider

Download -
 
Anda Kelak Boleh Akses iPhone Atau Peranti Android Terus Di Menu Start Windows 11

Hari demi hari, Microsoft terus membangunkan Phone Link untuk menjadikan penggunaan lebih mudah dan ringkas. Kini tidak kira peranti Android kini boleh menikmati penggunaan seakan iPhone dengan macOS bersama Windows 11. Terbaru, kaedah baharu yang pada hemat saya lebih menarik sedang diuji.

Windows-11-Menu-Start-iphone-03.webp


Khusus untuk pengguna Windows Insider, peranti Android atau iPhone yang telah ditambat dan disambungkan pada peranti Windows 11 melalui Phone Link boleh mengakses peranti terus pada menu Start. Padanya, pengguna boleh mengakses SMS, melakukan panggilan telefon, menghantar fail dengan pantas seakan AirDrop dan banyak lagi. Ciri ini dikatakan sedang diuji pada Windows 11 Insider Preview Build 4805 dalam Beta Channel dan 26120.3000 dalam Dev Channel ke atas bersama-sama dengan Phone Link versi 1.24121.30.0.
Sumber asal https://blogs.windows.com/windows-i...t-menu-gets-even-better-for-windows-insiders/
​
 
Microsoft Akan Menyokong DeepSeek R1 Di Jalankan Terus Pada Copilot+ PC

Model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek R1 menjadi bualan ramai minggu lalu kerana ia didakwa beroperasi dengan lebih baik berbanding model yang dilancarkan oleh OpenAI dan Meta tetapi dengan pelaburan yang ratusan kali lebih rendah. Dengan aplikasi DeepSeek kini menjadi yang paling banyak di muat turun di App Store, Microsoft mengumumkan pula sokongan untuk menjalankan DeepSeek R1 secara terus pada Copilot+ PC.

Versi yang disokong ini telah dioptimumkan untuk Copilot+ PC yang dilengkapi cip siri Snapdragon X dan Intel Lunar Lake yang terkini. Di peringkat awal sokongan akan diberikan untuk model DeepSeek-R1-Distill-Qwen-1.5B terlebih dahulu sebelum dikembangkan pula untuk model 7B dan 15B menerusi AI Tookit.​
 
Microsoft Menambah Menu CoPilot Pada Microsoft Paint

Microsoft Paint merupakan salah satu aplikasi yang hadir terbina pada komputer Windows, menawarkan kemudahan untuk membuat lakaran dan penyuntingan gambar asas melaluinya. Sebelum ini, Microsoft pernah memperkenalkan beberapa ciri dikuasakan kecerdasan buatan pada Microsoft Paint, dan melalui kemaskini terbaharu yang sedang diuji pada versi pembangunan, Microsoft mengintegrasikan butang CoPilot terus pada Microsoft Paint.

Paint-CoPilot-950x535.jpg.webp


Dengan langkah ini, pengguna boleh mengakses sejumlah ciri-ciri berasaskan kecerdasan buatan dengan mudah, dan pada masa yang sama mengadaptasi jenama CoPilot. Dibawah butang tersebut, apabila klik padanya, pengguna akan diberikan akses kepada ciri seperti CoCreator, Image Creator, Generateive Erase dan juga Remove Background.

Untuk makluman, butang CoPilot ini dipaparkan apabila pengguna menggunakan peranti yang disahkan dengan persijilan CoPilot+ PC sahaja. Ciri ini sedang diuji pada peringkat pembangunan Windows 11, dan mungkin diperluaskan kepada semua secara berperingkat dalam beberapa bulan lagi.​
 
Masih Boleh Menggunakan Notepad Pada Windows Tanpa Log Masuk Akaun Microsoft

Pengguna Windows 11 kecoh baru-baru ini apabila sedang menggunakan aplikasi Notepad untuk mencatat nota, secara tiba-tiba keluar tetingkap untuk log masuk akaun Microsoft. Aplikasi yang selama ini boleh digunakan begitu sahaja, kini memerlukan pengesahan identiti pengguna. Namun, sebenarnya ia hanya salah faham dan anda masih boleh menggunakan Notepad tanpa log masuk ke akaun Microsoft.

Notepad-Windows-11-Log-Masuk-Akaun.png.webp


Pernah diaporkan sebelum ini yang Notepad akan menerima integrasi ciri bantuan menulis yang dikuasakan teknologi kecerdasan buatan generatif. Memandang Notepad adalah produk Microsoft, ciri AI yang akan disertakan adalah alat bantuan menulis yang dikuasakan Copilot. Permintaan log masuk pada Notepad ini hanyalah jika pengguna ingin menggunakan ciri AI sahaja. Jika tidak, ia masih boleh digunakan seperti biasa.

Walau bagaimanapun, tetingkap mengarahkan pengguna untuk log masuk ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Microsoft kerap menyelitkan ā€œiklanā€ untuk mempromosikan produk digital mereka yang lain. Seperti dalam aplikasi Phone Link ada pautan untuk memuat turun pelbagai aplikasi lain yang sepatutnya tidak perlu disertakan pun.
​
 
Back
Top
Log in Register