BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Windows 11 Related Discussions - Perbincangan Windows 11

Windows 11 Menguji Tetapan Kuasa Lebih Menyeluruh, Sokongan Sistem Storan FAT32 Di Tingkatkan Ke 2TB

Salah satu isu yang membelenggu pengguna komputer riba yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 11 ialah ia hadir dengan pilihan tetapan kuasa yang agak terhad. Tidak kira anda menggunakan bongkah pengecasan ataupun bateri, anda perlu menukar tetapan kuasa secara manual untuk mendapatkan prestasi dan jangka-hayat bateri terbaik. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Microsoft baru sahaja memperlihatkan penawaran pilihan tetapan kuasa yang dikembangkan melalui program Windows Insider mereka yang membolehkan pengguna kini memilih tetapan kuasa berbeza apabila menggunakan pengecas ataupun bateri.

image-31-950x669.png.webp
Screenshot-2024-08-19-124543-950x561.png.webp


Dengan mod ini, pengguna tidak lagi perlu menukar mod kuasa secara manual apabila beralih daripada dua mode penguasaan ini dan boleh memanfaatkan kuasa komputer riba sebaik mungkin tanpa perlu membazirkan masa menukar tetapan. Dalam pada itu, anda yang sudah lama menggunakan sistem operasi Windows juga pasti tahu mengenai fail sistem lama mereka, iaitu FAT32. Kekurangan terbesar yang diperlihatkan pada FAT32 ialah ia hanya menyokong storan dengan kapasiti maksima 32GB, dan untuk menggunakan storan yang lebih besar, anda perlu menggunakan sistem fail NTFS ataupun exFAT.

Terkini, sejak ia diperkenalkan pada tahun 1996, Microsoft akhirnya telah mengemaskini sistem fail tersebut, dan kini meningkatkan sokongan storan ke 2TB. Buat masa ini, tiada sebab untuk anda menggunakan sistem fail FAT32, melainkan anda menyimpan banyak aksesori elektronik lama dan usang yang hanya menyokong FAT32. Sama seperti kemaskini tetapan kuasa, kemaskini sistem fail FAT32 ini hanya diperlihatkan melalui program Windows Insider yang menggunakan Canary Build terbaru. Setakat ini ia tidak diketahui bilakah, atau jika ciri-ciri ini akan diperlihatkan pada kemaskini Windows 11 akan datang.

Sumber asal https://www.tomshardware.com/softwa...ferent-settings-for-charging-or-battery-modes​
 
Selamat Tinggal Control Panel, Semua Tetapan Sistem Windows Akan Ke “Settings”

Sejak kali pertama saya menggunakan komputer Windows, seingat saya adalah Windows XP – semua tetapan sistem perlu dilakukan melalui Control Panel atau panel kawalan. Sehingga hari ini, walaupun sejak Windows 8 sudah ada aplikasi Settings – Control Panel masih digunakan. Akhirnya selepas bertahun lamanya, Microsoft telah memutuskan untuk menamatkan sokongan untuk Control Panel.

Control-Panel-Mati-Settings-Windows-2.webp


Dalam laman khidmat bantuan pelanggan Microsoft, artikel System configuration tools in Windows telah dikemaskini dengan nasib baharu Control Panel. Microsoft kini sedang melakukan pemindahan semua tetapan sistem ke dalam aplikasi Settings untuk penggunaan yang lebih moden serta Settings akan menjadi hab setempat untuk semua kawalan sistem Windows. Buat masa ini, Control Panel masih disertakan kerana ada banyak lagi ciri dan fungsi masih belum dipindahkan ke Settings. Pada masa yang sama, Microsoft menggalakkan pengguna untuk cuba menggunakan Settings sepenuhnya agar nanti lebih mudah membiasakan diri menggunakan komputer Windows tanpa Control Panel.

Selamat tinggal Control Panel.

Sumber asal https://support.microsoft.com/en-us...-windows-f8a49657-b038-43b8-82d3-28bea0c5666b​
 
Memindahkan Fail Di Antara Peranti Android & Windows Kelak Lebih Senang

Quick Share atau dahulunya Nearby Share adalah jawapan terbaik Google kepada AirDrop oleh Apple. Ia bukan sahaja menyokong pemindahan dan perkongsian fail yang besar, tetapi turut menyokong penghantaran ke banyak peranti serentak, mempunyai sekuriti dan privasi serta paling penting – ia pantas. Terbaru, Nearby Share akan dikemaskini dengan sokongan drag and drop dari Android ke Windows.

Nearby-Share-Drag-and-Drop-Quick-Share-Android-Windows.webp


Ciri perkongsian fail dengan drag and drop sudah lama ada pada peranti Samsung, Oppo, Huawei dan banyak lagi sama ada dengan Phone Link atau dengan aplikasi tersendiri. Dengan memanfaatkan Nearby Share yang kini bersifat universal untuk semua peranti Android, pengguna boleh drag and drop fail dari Android ke Windows dengan lebih mudah dan pantas menggunakan Nearby Share.

Ciri ini sudah tersedia untuk dari peranti Windows ke Android, tetapi akan datang ia akan membenarkan pengguna peranti Android dengan skrin besar seperti tablet atau peranti dengan skrin boleh-lipat untuk melakukan aksi drag and drop dari satu tetingkap aplikasi ke tetingkap Nearby Share. Pada Chrome, Google turut ada menguji ciri drag and drop dari pelayar web ke aplikasi lain – mungkin ia akan menggunakan konsep yang sama? Sama-sama kita nantikan.

Sumber asal https://www.androidauthority.com/drag-drop-quick-share-tablets-3474976/​
 
Windows 11 Kini Boleh Menghidupkan Hotspot Pada Lebih Banyak Peranti Android

Dua tahun lepas, Microsoft memberi akses eksklusif Phone Link kepada pengguna peranti Samsung untuk ia berfungsi seakan ekosistem antara Mac dan iPhone pada komputer Windows. Antara ciri ini adalah Instant Hotspot yang boleh mengaktifkan ciri perkongsian Internet pada peranti Samsung secara automatik untuk digunakan pada komputer Windows. Kini, tidak lagi terhad kepada Samsung kerana beberapa peranti Android lain mula menyokongnya.

Windows-Phone-Link-OnePlus-Instant-Hotspot-01.webp


Ciri ini baru-baru ini ditemui boleh digunakan pada peranti OnePlus Open dan OnePlus 12. Ciri ini dikatakan tidak boleh digunakan pada semua peranti Android kerana ia bukan sahaja memerlukan aplikasi Link to Windows yang boleh dimuat turun di Play Store, sebaliknya ia memerlukan Link to Windows yang terbina dalam sistem Android peranti. Setakat ini hanya Samsung, Oppo, OnePlus, realme dan Honor sahaja mempunyai ciri ini tetapi Instant Hotspot masih terhad pada dua peranti OnePlus ini sahaja.
​
​
 
Microsoft Mengemaskini Pengalaman Penggunaan Sistem Log Masuk Windows Hello

Windows Hello
merupakan teknologi log masuk buatan Microsoft yang membolehkan pengguna untuk melog masuk kedalam komputer mereka tanpa perlu memasukkan kata laluan, dan menggunakan imbasan wajah ataupun cap jari.

image-8.png.webp


Pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan ciri Passkey yang membolehkan pengguna untuk melog masuk kedalam laman web dan perkhidmatan digital pada komputer menggunakan teknologi log masuk Windows Hello. Terkini, dengan kemaskini terbaru kepada Windows Insider Program, Microsoft telah memperkenalkan kemaskini baru kepada Windows Hello dan juga ciri Passkey.

image-9-950x534.png.webp


Melalui kemaskini Windows 11 Insider Preview Build 22635.4440 (KB5045889) terbaru, menu log masuk menggunakan Windows Hello kini akan tampil dengan ikon-ikon berbeza yang menunjukkan secara terus pilihan log masuk yang boleh anda pilih, samada ia adalah melalui imbasan wajah, imbasan cap jari, angka pin, menggunakan aksesori fizikal dan sebagainya.

image-10-950x435.png.webp


Untuk ciri Passkey pula, Microsoft nampaknya telah mula memperkenalkan kebolehan untuk menukar akaun Passkey yang lebih mudah dan selamat, dan akan diimplimentasi pada bukan sahaja laman web, tetapi juga Microsoft Store. Untuk pentadbir IT yang mengawal dengan ketat ciri-ciri ini, kemaskini ini juga akan merangkumi kebenaran yang ditetapkan oleh mereka, dan boleh dinyahaktifkan melalui polisi syarikat.

Sumber asal https://blogs.windows.com/windows-i...nsider-preview-build-22635-4440-beta-channel/​
 
Back
Top
Log in Register