Yang ini aku extract daripada :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/40-ulama-muda-sertai-umno-tanpa-asri/
“Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dalam pada itu Fadlan berkata idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik.
“
Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,” kata beliau.
Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.”
Allegation by TT yang mengatakan Ulama 40 ni menyertai UMNO disebabkan wadah perjuangan UMNO adalah tidak berasas dan dangkal sama sekali. Mereka ini masuk UMNO sebab nak propagate dakwah kepada pemipin dan ahli2 UMNO yang dah banyak terpesong dari landasan yang sebenarnya. Mereka sndiri mengakui di dalam PAS dah ada ramai ulama yang da menjaga parti Islam ini dengan baik dan berada di atas landasan yang betul. Misi mereka masuk UMNO adalah untuk mentarbiyahkan pemimpin2 dan ahli UMNO.