BTC USD 61,751.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WhatsApp terdedah kepada intipan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,504
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,504
Reaction score
38,198
Points
2,836
13wasap.transformed.jpg


Facebook, WhatsApp terdedah kepada intipan

LONDON: Perkhidmatan mesej mudah alih milik Facebook, WhatsApp terdedah kepada intipan, lapor akhbar Guardian hari ini, mencetuskan kebimbangan aplikasi yang diiklan meletakkan privasi dalam bahaya

Laporan berkata, mesej WhatsApp mungkin dibaca tanpa pengetahuan berbilion penggunanya berikutan kawalan keselamatan 'pintu belakang' (akses kepada program komputer yang melangkaui mekanisme keselamatan) dilaksanakan syarikat bagi isyarat kod protokol penyulitan data

Sistem itu bergantung kepada kunci keselamatan unik "yang ditukar dan disahkan antara pengguna bagi menjamin komunikasi selamat dan tidak boleh dipintas orang tengah," kata laporan

Namun WhatsApp boleh memaksa janaan kunci penyulitan data baharu untuk pengguna luar talian "tanpa diketahui penghantar dan penerima mesej."

Tobias Boelter, seorang penyelidik kriptografi Universiti California memberitahu Guardian: "Jika WhatsApp diminta agensi kerajaan untuk mendedahkan rekod mesejnya, ia boleh secara berkesan memberi akses berikutan perubahan dalam kunci penyulitan data."

Boelter berkata, beliau melaporkan pendedahan terhadap 'pintu belakang' kepada Facebook pada April 2016 dan dimaklumkan, laman sosial itu menyedari isu terbabit namun ia tidak secara aktif mengusahakannya

Syarikat berkata dalam satu kenyataan, ia menyediakan satu perkhidmatan "mudah, cepat, boleh dipercayai dan selamat." Ia berkata ada cara memaklumkan pengguna apabila kod keselamatan seseorang sudah berubah

"Kita tahu alasan paling biasa ia berlaku adalah disebabkan seseorang menukar telefon atau mendaftar semula WhatsApp...Dalam situasi ini, kami mahu memastikan mesej seseorang dihantar bukan hilang ketika transit," katanya dalam satu kenyataan

Facebook membeli WhatsApp pada 2014 namun ia terus beroperasi sebagai aplikasi berasingan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234248
 
takat cerita hal2 cinta romen2 takda sapa nak amik port kot..
kalo ko penjenayah ke, risk kepada negara ka, spy ke, baru perlu risau..
 
Back
Top
Log in Register