BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Mengacah Aplikasi Untuk iPad Bakal Di Lancarkan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Berita aplikasi WhatsApp untuk iPad akan dilancarkan sejak 2017. Tetapi yang tunggu tak datang, yang di tangan dah terbang sehinggalah ke hari ini. Tetapi akaun X rasmi WhatsApp semalam memberikan petanda awal bahawa aplikasi untuk iPad mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat. Walaupun diacah, masih tiada sebarang maklumat bilakah penantian hampir 8 tahun ini akan berakhir. Kali terakhir kewujudannya disahkan ialah pada tahun 2023 apabila tangkapan layar aplikasi yang sedang diuji ditiriskan oleh WABetaInfo. Dengan penggunaan tablet kini semakin berkurangan berbanding zaman pandemik, masih wujudkah permintaan untuknya? Bagaimana pula dengan anda? Masihkan aplikasi WhatsApp untuk tablet dibangunkan?
 
WhatsApp Untuk iPad Di Lancarkan – Kini Boleh Di Muat-Turun

Setelah dinantikan sekian lama, hari ini secara rasminya Meta memperkenalkan aplikasi WhatsApp yang dioptimasikan khusus untuk paparan skrin iPad.

WhatsApp-iPad-950x535.jpg


WhatsApp untuk iPad menawarkan sejumlah ciri seperti yang ditawarkan untuk iPhone, selain dioptimasikan untuk papran iPadOS – seperti tetingkap yang dibahagikan dua bersama aplikasi lain. Menggunakan WhatsApp pada iPad, pengguna boleh melakukan tugasan produktiviti, sambil kekal mengakses aplikasi permesejan berkenaan. Ia juga turut boleh digunakan untuk panggilan video berkumpulan sehingga 32 orang pada sesuatu masa. Bagi anda yang berminat dan menggunakan iPad, boleh memuat-turun aplikasi WhatsApp untuk iPad ini hari ini di Apple App Store.​
 
Selepas WhatsApp, Aplikasi Instagram Di Laporkan Akan Di Lerkenal Untuk iPad Pada Tahun Ini

Meta telah pun memperkenalkan aplikasi WhatsApp untuk iPad baru-baru ini. Selain daripada WhatsApp, kini Meta dilaporkan sedang membangunkan aplikasi Instagram yang dioptimasikan untuk paparan skrin iPad. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi pengguna iPad untuk melayari Instagram pada skrin besar. Disamping itu, ia turut hadir dengan paparan yang disesuaikan untuk penggunaan tetingkap multi-tugasan pada iPad.

Ia tidak diketahui mengapakah pihak Meta memfokuskan kepada iPad akhirnya pada tahun ini. Berkemungkinan adalah kerana angka pengguna iPad yang tinggi, selain menyaingi penawaran pesaing lain seperti TikTok yang sedia menawarkan paparan yang lebih baik berbanding penawaran Meta.​
 
Back
Top
Log in Register