BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Instagram Untuk iPad Kini Di Lancarkan Selepas Hampir 15 Tahun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Selepas bertahun-tahun dinantikan, Instagram akhirnya melancarkan aplikasi khusus untuk iPad. Instagram untuk iPad memberi tumpuan utama kepada Reels, dimana sebaik sahaja aplikasi dibuka, pengguna akan terus dibawa ke halaman Reels. Dari segi pengalaman penggunaan, ia hampir sama dengan versi iPhone. Stories masih dipaparkan di bahagian atas, manakala di sebelah kiri terdapat panel sisi yang menempatkan pelbagai pilihan seperti suapan (feed), mesej (DM), carian, Explore dan notifikasi.
1757340148796.png

Tab "Following" di iPad hadir dengan tiga pilihan utama. "All" memaparkan siaran(post) dan Reels yang disyorkan daripada akaun yang diikuti, manakala "Friends" memfokuskan kepada akaun yang saling mengikuti. Sementara itu, "Latest" membolehkan pengguna melihat siaran dan Reels mengikut susunan kronologi, dengan yang terbaru dipaparkan terlebih dahulu. Instagram untuk iPad kini dilancarkan secara global pada model iPad yang menyokong iPadOS 15.1 dan ke atas. Ia boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store.
1757340135672.png

Menurut Instagram, reka bentuk baharu untuk tablet juga akan diperkenalkan pada peranti Android tidak lama lagi. Pelancaran ini akhirnya menjawab permintaan pengguna sejak sekian lama. Sama seperti WhatsApp yang baru-baru ini memperluaskan sokongan untuk iPad, Instagram juga mengambil masa hampir 15 tahun sebelum hadir dengan aplikasi khusus. Dengan adanya aplikasi ini, pengguna tidak lagi perlu bergantung pada versi iPhone yang tidak dioptimumkan untuk skrin besar, atau membuka Instagram melalui pelayar web di iPad.​
 
Back
Top
Log in Register