BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp WhatsApp Akan Perkenal Ciri 'Username' Tahun Depan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
WhatsApp mengesahkan salah satu kemas kini yang paling dinantikan, iaitu pengenalan nama pengguna (username), akan diperkenalkan tahun hadapan. Ciri ini membolehkan pengguna berhubung tanpa perlu mendedahkan nombor telefon, sekali gus meningkatkan tahap privasi dan keselamatan ketika berinteraksi di platform itu.

Menurut laporan WABetaInfo, dokumen yang dikongsi WhatsApp bersama rakan perniagaan mendedahkan bahawa sokongan untuk nama pengguna akan diperkenalkan sebagai ciri pilihan. Pelancaran ini juga akan disertakan dengan pengenalan Business-Scoped User ID (BSUID), iaitu pengecam unik yang diberikan kepada setiap pengguna WhatsApp. Melalui BSUID, perniagaan boleh menghubungi pengguna tanpa mengetahui nombor telefon mereka.

Walaupun pengumuman itu ditujukan kepada pengguna API perniagaan, difahamkan ciri berkenaan juga akan tersedia untuk pengguna biasa. Sebenarnya, WhatsApp sudah memberi petunjuk tentang ciri ini sejak Oktober 2024. Dalam kenyataannya ketika itu, syarikat berkata kemas kini yang bakal datang akan membolehkan pengguna mengurus dan menyimpan kenalan menggunakan nama pengguna, sekaligus menambah lapisan privasi tanpa perlu berkongsi nombor telefon. Tempoh persediaan yang panjang ini menunjukkan WhatsApp mungkin mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lancar untuk semua pengguna.
1762531955139.png
 
membolehkan pengguna berhubung tanpa perlu mendedahkan nombor telefon.
WOW!
 
Nama Pengguna WhatsApp Anda Tidak Boleh Dicari Secara Terbuka
 
Back
Top
Log in Register