Pada saya design website sangat penting, sebab orang tak dapat nak sentuh barang jualan kita, jadi mereka akan lebih mudah dipengaruhi oleh design. Mula-mula kenal pasti target customer tuan, samada lelaki/pompuan,pelajar/pekerja dan lain2. Bila dah ade target customer, baru kita buat research tentang warna, corak dan design2 untuk dicorakkan pada web kita untuk pikat target customer tadi.
Dan header web amat penting, apa yang kita design dan tulis pada header kadang2 akan jadi penentu kepada barangan dan web kita secara keseluruhan. Pernah dengar Dr IK cakap yang pengguna hanya ada beberapa saat untuk tengok header web kita,kalau kurang menarik minat,mereka akan terus tutup.
Tentang cara pembayaran boleh guna perbankan internet ataupun paypal. Untuk cara membeli dan membayar, jangan lupa buat satu page/tutorial ajar cara2 nak membeli kat web jualan kita.Tak semua orang yang masuk web kita tahu cara2 nak membeli melalui internet, lebih2 lagi kalau kita menjual barang2 dapur aau alat2 kelengkapan rumah. Target semestinya suri rumah,dan jangan aspect yg semua suri rumah sudah biasa membeli melalui internet. Cara ini dah boleh dikira sebagai mesra pelanggan. Karekter penjual plak,mesti sentiasa berkomunikasi dengan customer, dan jgn lupa perkataan 'terima kasih' setiap kali berhubung.
Untuk syarikat penghantaran, ramai otai2 IM yang suggest Pos Malaysia. Banyak kemudahan yang pos Malaysia sediakan, siap diorang boleh datang rumah kita ambil barang untuk dipos, tak perlu ke pjabat pos pon. Dan jangan biasakan hantar barang guna pos biasa, kerana kita tak boleh trace atau rujuk pada courier servis andai barang tak sampai kepada pengguna. Better guna Poslaju atau Pos Express, ada jaminan dan boleh tracking barang yang kita hantar, walaupun kosnya tinggi.
Dan kalau dah ade customer, biasakan follow up perkembangan mereka sepanjang guna khidmat kita. Return customer menandakan yang sales kita bagus,dan mereka jadi promoter kita secara tak langsung apabila mereka hebahkan servis kita pada kenalan mereka.
Itu la serba sedikit dari saya.
Dialu-alukan tegur andai ada yang saya tersilap dan tertinggal.
