BTC USD 84,141.7 Gold USD 4,132.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Webe : RM 79 unlimited data, sms dan call.

dari sumber2..harga yang dia iklan tu hanya untuk sampai 31 july 2016 je...lepas tu kena bayar harga biasa...
 
sembang lebih je ni. habuk pun tarak. Mimpi la kalau boleh masuk bolehland
 
Berita camni memang x leh nk telan bulat, yelah rm80 unlimited data,
call & text, bak kata org putih too good to be true.
Pe2 hal pn kene tunggu official announcements minggu depan
 
12933080_1318260841523796_1681840872219655163_n.jpg


12924562_1318260874857126_753960872282123067_n.jpg




Daripada apa yang dipertontonkan melalui laman ujian Webe, ia dilihat mereka akan menawarkan pelan telekomunikasi yang sangat kompetetif untuk menarik pengguna untuk beralih untuk menggunakan penawaran mereka.

Daripada apa yang dilihat, Webe akan menawarkan akses kepada data sehingga 20GB data, 1000 minit panggilan dan 1000 SMS pada harga serendah RM8 sebulan. Ia ditawarkan kepada pelanggan sedia ada P1 yang membeli telefon, sementara bagi mereka yang bukan pelanggan P1, mereka dikehendaki membayar RM10 sebulan.

Disamping itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan pelan sahaja, ia dilihat sebuah pakej berharga RM80 sebulan akan ditawarkan dengan akses data tanpa had melaluinya. Ia dipanggil sebagai Webe Unlimited Plan yang turut menawarkan panggilan dan SMS tanpa had melaluinya.

Namun, ia hanya terhad kepada penggunaan pada telefon pintar, dan pengguna akan dikehendaki membayar tambahan RM10 untuk membolehkan anda berkongsi talian melalui tethering. Ia tidak diketahui sama ada bayaran ini adalah untuk sehari atau untuk sebulan.

Info awal ini hadir daripada laman ujian untuk Webe, dan ada kemungkinan pihak Webe membuat perubahan untuknya sebelum ia dilancarkan secara rasminya.

Tetapi, sekiranya ini adalah penawaran terakhir mereka, mungkin ini akan serba-sebanyak akan memberikan persaingan kepada yang lain.


P1 via TM signed a network agreement with Celcom in January 2016. The agreement allows “webe” to ride on Celcom’s 3G network nationwide.
 
tunggu je 13 april nnt. sekarang byk rumor je.
banyak rumor nnt kecewa bila not as expected.

tak dapat test 4g. henfon takde 4g.:))
photo_2016-04-07_11-30-08.jpg
 
alah ...geng kaki penyamun semua ..man fikir pasai kebajikan ..yg depa tau nak hisap darah je ...........ngarut
 
from P1? jenuh kena ctos satgi

betul tu. ada sorang member masih blacklist sampai sekarang sebab tak bayar bil p1. bukan sesaja taknak bayar pun, servis mengecewakan, nak terminate kontrak awal pulak denda mahal... lani beli keta pun kena tumpang nama adik :)):)):))
 
tunggu je 13 april nnt. sekarang byk rumor je.
banyak rumor nnt kecewa bila not as expected.

tak dapat test 4g. henfon takde 4g.:))
photo_2016-04-07_11-30-08.jpg

camne leh dpt sim ni??
 
kalau pripit boleh torai.. kalau postpaid, tak mo le
 
Back
Top
Log in Register