Setakat ni pakai lepas 4 bulan okay lagi. Speed tak laju mana, dalam 5-7 mbps jer.
Memang kadang-kadang ada juga drop speed. Tapi masa aku pakai streamyx yang pakai kabel pun kekadang drop speed juga, jadi bagi aku bukan masalah besar.
Masalah utamanya bila keluar dari kawasan biasa (selain tempat kerja+rumah). Ada tempat dapat E saja dan kadang-kadang tengah-tengah bandar boleh takde line.
Pasal tethering tu, aku rasa bagus letak limit tetapi tinggikan lagi kepada 3 atau 5 GB. Sebabnya kalau buat unlimited jugak, akan ada ramai orang akan jadikan handphone sebagai modem dan download macam-macam, akhirnya line jadi congested.