BTC USD 81,885.3 Gold USD 4,154.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Webe : RM 79 unlimited data, sms dan call.

Webe Mula Menawarkan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM79 Sebulan
Diterbitkan pada June 30, 2016 oleh Aman.
36
Webe hari ini telah mula membolehkan para pengguna P1 dan TM terpilih untuk mendaftar dan menggunakan pelan Webe bersama-sama peranti mereka. Melalui apa yang ditawarkan, Webe menawarkan pakej mereka pada harga bermula RM79 (RM84 jikalau termasuk GST) untuk akses pelan data tanpa had, termasuk pakej panggilan dan SMS.

Pelan data tanpa had ini hanya terhad untuk digunakan pada satu telefon sahaja, dan sekiranya pengguna memilih untuk menggunakan ia bersama peranti lain melalui sokongan Hotspot, pengguna akan perlu membayar RM6.36 untuk dua jam. Menurut ***********, pengguna akan terhad kepada penggunaan panggilan dan SMS bernilai RM500 sebulan supaya pengguna tidak menyalah-guna rangkaian mereka.

Dari segi harga asal tanpa sebarang potongan, Webe menawarkannya pada harga RM199 sebulan untuk penggunaan data tanpa had, selain panggilan dan juga SMS. Walaubagaimanapun, selepas potongan diskaun untuk pengguna P1 dan TM bernilai RM60 – selain potongan tambahan RM60 untuk mereka yang mempunyai peranti yang menyokong talian Webe, pengguna hanya perlu membayar sekitar RM79 sebulan (tanpa termasuk GST).

Bagi anda yang merupakan pengguna pelan P1 atau TM, anda mungkin boleh semak di laman rasmi Webe hari ini sama ada anda boleh mendaftar untuk pelan baru ini ataupun sebaliknya.

Webe melalui laman Facebook turut mengatakan tiada sebarang kontrak untuk talian mereka. Bagi anda yang mendaftar, anda akan menerima pek SIM terus melalui penghantaran pos.

SUMBER RUJUKAN: WEBE

kekal Celcom je laa..
 
bapak aku dh pakai.. ni product P1.. dorg offer utk pekeje telekom... donlot mmg laju gile.. tpi coverage sgt2 tak memuaskn
 
yg rajin travel kekal je dengan telco anchor yg 3 tu
kalau statik di kawasan bandar terpilih , boleh je nk on dgn webe
 
kawan kerja tm dah jd tester....coverage teruk....
 
kawan kerja tm dah jd tester....coverage teruk....

aku pengguna sim webe ni, ok jer coverage. Betul2 guna line celcom. Kat mana ada celcom, webe ni ada line. Balik raya Kedah kt kwsn kampung pun ada line lg.. :D
 
aku pengguna sim webe ni, ok jer coverage. Betul2 guna line celcom. Kat mana ada celcom, webe ni ada line. Balik raya Kedah kt kwsn kampung pun ada line lg.. :D

yup betoi, den dah tanya kawan den yg dapat sim free, semua coverage celcom webe pulun, yg tak rooming tu metos ke saja² viral palsu eh ?
 
Yg x roaming tu lupa on fungsi roaming kot..
 
Back
Top
Log in Register