BTC USD 84,594.6 Gold USD 4,287.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waspada penipuan Badal Haji

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Badal haji jadi Bedal Haji


Waspada penipuan khidmat badal haji
KUALA LUMPUR: Tawaran perkhidmatan badal haji pada tahun ini oleh pihak tertentu bukan sahaja meragukan, bahkan disifatkan sebagai cubaan menipu.

Sehubungan itu, umat Islam di negara ini diingatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran sedemikian.

Penularan pandemik COVID-19 menyebabkan pihak berkuasa Arab Saudi begitu berhati-hati dan dilaporkan mungkin hanya akan membenarkan antara 1,000 hingga 10,000 jemaah, berbanding 2.5 juta jemaah pada tahun lalu.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata keputusan kerajaan tidak menghantar jemaah haji tahun ini akibat COVID-19 juga antara faktor khidmat badal haji ditawarkan pihak tertentu meragukan.

razali_sham_1593925494.jpg
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham. - NSTP/Mohd Asri Saifuddin Mamat
"Agensi pelancongan umrah dan haji berdaftar di negara ini juga tidak menganjur atau menawarkan khidmat badal haji tahun ini susulan keputusan kerajaan menangguhkan penghantaran jemaah.

"Malah, kami difahamkan Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan kira-kira 1,000 jemaah sedia ada di negara itu untuk menunaikan haji, itu pun hanya dalam kalangan mereka yang kali pertama menunaikan ibadat terbabit," katanya ketika dihubungi BH.

Mengikut Islam, badal haji atau upah haji diharuskan oleh syarak, iaitu seseorang Islam yang terhalang kerana penyakit, usia tua dan kematian atau waris mereka memberi upah kepada orang lain untuk melaksanakan ibadat berkenaan.

Antara syaratnya, badal haji dilakukan oleh seseorang yang telah mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

Razali berkata, syarat badal haji ialah ia mesti dilakukan oleh mereka yang sudah pernah menunaikan ibadat berkenaan, bukan oleh individu yang kali pertama mengerjakan haji.

"Buat masa ini, memang tiada perkhidmatan badal haji ditawarkan mana-mana agensi pelancongan umrah dan haji berdaftar. Jika ada, ia memang meragukan dan mereka yang menerima tawaran sedemikian, segera lapor kepada pihak berkuasa," katanya.

Agensi pengendali umrah dan haji berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) biasanya mengenakan upah sekitar 2,000 riyal atau kira-kira RM2,250 untuk untuk menguruskan ibadat itu hingga selesai.

Semakan BH mendapati ada syarikat mengiklankan khidmat berkenaan secara dalam talian bersama pakej tertentu pada harga antara RM1,900 hingga RM2,700, malah turut menawarkan diskaun sehingga RM200 setiap pakej.

iklanupahhaji_1593925491.jpg
Antara iklan upah haji yang dipasang penganjur pakej.
Tinjauan di sekitar Lembah Klang pula mendapati ada kain rentang mengiklankan tawaran sama dipasang di beberapa tempat.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia ke Jeddah, Alauddin Mohd Nor ketika dihubungi BH semalam, berkata Arab Saudi belum mengumumkan senarai mereka yang dibenar menunaikan haji dan bagaimana proses mengerjakan ibadat itu pada tahun ini dalam suasana pandemik COVID-19.

"Pengumuman awal sudah dibuat beberapa minggu lalu bahawa hanya sekitar 1,000 atau tidak lebih 10,000 orang akan dapat melaksanakan haji tahun ini. Namun, belum ada pengumuman lanjut atau terperinci.

"Bagaimana cara memohon atau siapa yang ditawar mengerjakan haji pun belum diumumkan. Sekiranya ada tawaran khidmat badal haji kepada rakyat kita (di Malaysia), saranan saya adalah supaya mereka berhati-hati dan jangan tertipu," katanya

Ditanya sama ada terdapat pihak di Arab Saudi menawarkan khidmat berkenaan kepada rakyat Malaysia, Alauddin berkata, pihaknya ada mendengar perkara demikian.

"Saya pun ada mendengar mengenai pihak di sini (Arab Saudi) yang menawarkan khidmat badal haji. Pihak terbabit didakwa menawarkan khidmat berkenaan kepada rakyat kita di Malaysia," katanya.

Katanya, pihak konsulat menasihatkan jika kerajaan Arab Saudi memberi kebenaran untuk melaksanakan ibadat haji sekali pun, pastikan khidmat badal haji yang ditawarkan adalah daripada mereka yang berdaftar dan mempunyai cawangan di Arab Saudi.

"Ini bagi memudahkan mereka merujuk sebarang keraguan dan persoalan terus kepada pihak berkenaan," katanya.

Dapatkan pengesahan pihak berkuasa, elak kerugian

"Jika ada pihak di negara ini tawarkan khidmat badal haji, itu tidak benar kerana Malaysia sudah membuat keputusan menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini".

Itu peringatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary yang menasihatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dan tidak berurusan dengan pihak tertentu di Malaysia yang menawarkan khidmat badal haji.

HQ090320KW801a_1593925500.jpg
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary. - NSTP/Syamsi Suhaimi
"Jika ada yang mendakwa menggunakan khidmat orang perseorangan yang sudah berada di Makkah dan diberi kebenaran untuk menunaikan haji oleh Kerajaan Arab Saudi, sila dapatkan pengesahan pihak berkuasa terlebih dahulu," katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dengan pihak tertentu yang mendakwa boleh menguruskan ibadah haji menggunakan visa diuruskan sendiri atau visa furada.

"Susulan penangguhan penghantaran jemaah Malaysia tahun ini, tiada sebarang penerbangan ke Makkah. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudah umum penangguhan itu membabitkan semua bakal jemaah haji.

"Ia termasuk mereka yang bercadang menggunakan visa diuruskan sendiri atau visa furada," katanya ketika dihubungi BH.

Sementara itu, Zulkifli ketika ditemui BH selepas merasmikan Projek Infaq Daging Kolaborasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Mitron Group Sdb Bhd semalam, turut memberi peringatan sama.

infaqdaging_1593925497.jpg
Zulkifli bersama penerima sumbangan daging pada majlis Projek Infaq Daging Kolaborasi PPZ-MAIWP dan Mitron Group Sdb Bhd di PPR Kerinchi, Kuala Lumpur semalam. - NSTP/Eizairi Shamsudin
"Bagi mengelak kekeliruan dan kerugian, orang ramai tidak seharusnya teruja menerima tawaran itu secara bulat-bulat. Periksa dahulu dengan TH (Lembaga Tabung Haji) sebagai institusi yang lebih arif bagaimana prosedur sepatutnya kerana ia perlu mengambil kira pelbagai aspek.

"Badal haji ini adalah upah haji. Boleh jadi individu berkenaan (yang menawar perkhidmatan badal haji) ada kenalan di Arab Saudi yang boleh melaksanakannya di mana kita sendiri tidak tahu bagaimana mereka menguruskannya.

"Bagaimanapun, tidak semestinya orang ramai boleh terus terima tawaran itu, kena teliti dan cermat (jika terima) sebarang tawaran bagi mengelakkan kerugian. Kepercayaan bagaimana badal haji dilaksanakan juga perlu diambil kira," katanya.

Projek dilancarkan beliau semalam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, adalah program agihan daging korban untuk 3,000 penerima dari kalangan golongan memerlukan di lapan lokasi.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff dan Pengarah Urusan Mitron Group Sdn Bhd, Dr Ahmad Rusydi Mohamad.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/707561/waspada-penipuan-khidmat-badal-haji
 
ISU BADAL HAJI 2021 LAGI DAN LAGI...

Assalamu’alaikum semua☺️.

Semenjak tahun lepas, Admin suami isteri berusaha memberi penjelasan melalui posting dan fb Live berkenaan dengan isu hot Badal Haji.

Kami yang duduk di Makkah ni benar-benar membanteras sindiket badal haji yang mengambil kesempatan atas situasi pandemik covid-19.

Salah sorang sahabat Admin di Makkah pun ada berkongsi tentang isu ni.

Sila baca dan kongsikan agar..

Anda tidak terCEDUK dengan tipu daya mereka, nanti anda yang terDUDUK duit entah ke mana..
________________________________________

SINDIKET BADAL HAJI.

Hampir setiap tahun akan keluar isu ini. Isu badal haji. Masalah bermusim. Tapi sebab nak educate orang dan TAK NAK ada lagi yang TERTIPU.. saya kongsi lagi. TOLONGLAH percaya apa yang saya nak kongsi ni.

Bila saya jelaskan ada sahaja yang akan cakap... “tapi.. agent yang buat tu kami percaya. Tapi... orang yang buat ni memang menetap lama di Mekah.. tiap2 tahun buat haji!”

Betul. Tapi ada banyak je penipuan yang di lakukan orang yang menetap dalam Makkah sendiri. Bukan tak ada. Banyakkk.. cuma tidak lah diuwarkan secara meluas.

Apakah Badal Haji?
🕋Upah haji yang kita buatkan untuk keluarga ataupun orang lain yang telah meninggal dunia ataupun pesakit kronik/terlantar yang tiada harapan untuk sembuh.

Bagaimanakah upah haji dilaksanakan?
👍🏻Biasanya wakil travel/agent akan mencari perlaksana haji yang layak untuk melaksanakan haji tersebut.

Apakah syarat kelayakkan?
1. Mestilah bukan haji wajib ataupun bukan haji pertama untuk perlaksana. Sekurang-kurang haji ke dua atau lebih.
2. Mesti berdaftar dengan kerajaan saudi dan mengambil pakej haji yang disediakan oleh kerajaan saudi. Kos haji untuk kami yang menetap hampir 10ribu riyal seorang!
3. Mesti melaksanakan 1 nama sahaja. Bukan sorang pelaksana boleh buat 2,3 orang penama haji badal.

🤔Apakah masalah atau isu nya sekarang ini? Wakil yang kami lantik menepati kesemua syarat.

Masalahnya adalah:

1. visa haji yang keluar pada tahun ini dan tahun sebelum ini adalah sangat terhad dan layak untuk mereka yang MELAKSANAKAN HAJI WAJIB sahaja.

2. Kalaupun ada yang dapat pada haji ke dua atau lebih. Jumlahnya sangat sedikit dan kosnya sangat tinggi. Jadi upah haji yang beharga seribu.. 2 ribu... adalah sangat tidak relevan.

3. Jika syarikat buat iklan berbulan2, bayangkan berapa banyak badal yang telah diambil. Jumlah visa jemaah untuk tahun ini hanyalah 60ribu. Hanya 45 ribu dari jemaah luar saudi. Pastinya mejority yang datang melakukan haji wajib. Berapa ramai sahaja yang layak untuk membuat ‘badal haji?’

❌Kami bagi pada orang tempatan Makkah yang boleh buat haji tanpa permit haji.
Sejak tahun lepas kerajaan saudi mengambil langkah yang sangat tegas dengan tidak membenarkan mana2 penduduk tempatan yang tidak mempunyai permit haji untuk melaksanakan ibadah haji.

Semua pintu masuk ke arafah di kawal ketat! Mustahil untuk lepas jika pergi tanpa permit.

❌Kami dah dapat sijil dari agent untuk badal haji tahun lepas. Dah dilaksanakan.
Nasihat saya, Tolong check semula! Siapa yang laksanakan haji tersebut? Kalau boleh minta maklumat lengkap. Orang mana.. bangsa apa.. syarikat apa.. tahun lepas yang dapat buat haji hanya lah 1ribu orang dari saudi sahaja. Jemaah luar tidak dibenarkan! Kalau dapat hubungi secara personal untuk pelaksana haji badal tersebut lebih baik.

❌Kami serahkan pada Allah swt untuk menghukum jika mereka menipu. Yang penting kami dah laksanakan haji untuk arwah ayah/ibu/atok/nenek kami.

😭Istifar panjang saya. Ini namanya sekadar melepaskan batok ditangga. Asal bayar je lepas tu selesai! Sampai atau tidak haji tersebut dah tak nak ambil tahu lagi. Sikap beginilah yang membuatkan sindiket2 begini masih bermaharajalela sehingga kini. Mengutip keuntungan dari sikap ‘lepas tangan’ dan ‘tidak ambil kisah’ kalian.

Taip BADAL HAJI di google. Masih aktif website, landing page yang mengutip keuntungan atas nama ini di dalam talian! Sehingga detik ini tidak pasti berapa ramai yang dah daftar.

Tolonglah buka mata hati....Benar, haji tersebut untuk orang yang sudah tidak ada lagi di dunia ini.. Namun, pastikan ia sampai... dilakukan secara sempurna oleh orang yang amanah dan jujur. CAKNA. AMBIL BERAT. Kalau mahu membantu ahli keluarga yang kita sayangi.. lakukan dengan sempurna.. tanda kasih sayang kita yang tidak akan hilang meskipun mereka tidak ada lagi didunia ini. ❤️
________________________________________

Dah baca ke belum?

Admin harap anda semakin jelas, faham dan celik mata berkaitan isu ini.

Nanti kita sembang dalam Live lah berkenaan topik BADAL HAJI ya.

...dari Makkah.

Kredit: Masnira Ramli
Selasa, 2 Jun 2021M / 21 Syawal 1442H.
#anaminmakkah
#kitakasicerita
#makkahkenanganterindah
#badalhaji

Badal Haji untuk tahun ni belum pasti lagi, tapi QURBAN & AQIQAH DI MAKKAH sudah pasti.
Hati2 dgn scammer atas nama agama
 
IBADAH HAJI | Kerajaan Pantau Tawaran Badal Haji Murah

Kerajaan sedang memantau penawaran pakej murah badal haji yang ditawarkan beberapa pihak terlibat.

Umat Islam juga dinasihatkan berhati-hati dengan taktik tawaran pakej yang tidak menyatakan secara jelas pelaksanaannya.

​
 
IMG_20220623_090714_170.jpg

MOTAC dalam kenyataan menyebut pihaknya amat memandang serius tawaran pakej berkenaan memandangkan harganya jauh lebih rendah daripada caj pakej dan permit haji yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

"MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) yakni Seksyen 8(d) Akta 482 menyebut syarikat pengusaha pelancongan tidak boleh menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara," menurut kenyataan itu.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
 
SCAMMER ISLAMIK

1. Syarikat Travel Umrah

Tulis dalam iklan, hotel kat Tanah Haram 50 meter dari masjid. Turun je lif, jalan sikit dah sampai lantai putih. Makcik pakcik yang tua-tua ni sakit lutut baca iklan ni, terus amek pakej. Bila sampai nahhh! Beratus meter. Mutawif @ ejen pun cakap

"Makcik pakcik ini ujian. Kat tanah haram ni jangan komplen. Nanti takut niat kita nak ibadah terhalang, habis semua jadi susah."

Makcik pulak dulu masa muda-muda langgan Mastika, terpaksa la diam je.

2. Pusat Tahfiz

Kutip derma. Resit tak dak. Surat tak dak. Audit tak dak. Bertahun-tahun kutip derma, tapi asrama student level reban ayam. Safety tak dak. Fire extinguisher tak dak. CF kantoi. Bila kita tanya nanti, dia balas

"Zaman Nabi dulu, dinding pakai pelepah tamar je. Boleh je melahirkan generasi bertaqwa. Yang sijil mijil CF tu semua ciptaan manusia. Tak wajib ikut."

Tapi mudir keluar Mercedes CLA 200. Baik punya.

3. Founder Produk

Blend kurma dengan kismis dari China tapi claim dari Mekah. Buh habbatussauda sikit. Gula 15 gantang, packaging tulis "Makanan Sunnah". Claim boleh ubat 100 jenis penyakit. Darah tinggi, kencing manis, gout, sakit lutut, sakit sendi. Target group produk pulak untuk orang-orang tua yang dah sah-sah ada penyakit-penyakit tu.

Bila kita kata, resepi macam ni Nabi tak pernah ajar pun. Lagipun tinggi gula. Bahaya. Kalau buh kat mesin check gula tu, konfem tak boleh baca terus.

Dia balas "Inilah melayu. Nak jatuhkan melayu. Macam mana ekonomi Islam nak naik?"

Senang kerja. Founder kaya raya.

4. Penceramah selebriti @ Kursus Kahwin

Jenis dengar dia berceramah memang syok layan. Contohnya guna ayat @ hadis palsu yang sangat popular "Akak-akak kalau mintak cerai daripada nanti bergegar arasy Allah. MashaAllahhh"

Arasy tu bukan kerusi urut yang bergegar-gegar ni. Kalau dah lebam biru muka kene tinju takkan tak boleh mintak cerai jugak? Bila kita tanya dalil atau sumber hadis, dia jawab

"Wahabi!"

Simple kan? Sepatah je.

5. Parti-parti Politik Bersadurkan Agama

Masa sebelum pilihanraya, janji tadbir urus Islamik. Janji nak tegakkan hukum islam. Masa ucapan siap petik ayat quran hadis, siap baca loghat badwi padang pasir. Bila dah dapat kuasa... sungai kotor, balak tebang, harga barang tak boleh kawal, zikir hu hu hu pun boleh lepas untuk amal, penceramah ajar tengok astrologi ala-ala islamik pun tak kena gam. Tak nampak wajah Islam tu di mana.

*************************************

Sebenarnya, P. Ramlee dulu hampir betul dah. Dalam filem Tiga Abdul, monolog Husein Lempoyang lakonan Nyong Ismail,

"Dunia.. dunia.. meniaga manusia lagi bagus daripada meniaga onta."

Hakikat yang sekarang ni..

"Dunia.. dunia.. meniaga agama lagi bagus daripada meniaga onta."

Artikel oleh Izzul Shahmi
 
BADAL HAJI MERAGUKAN | MOTAC Ambil Tindakan Terhadap Pengusaha Pelancongan

Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya akan mengambil tindakan terhadap pengusaha pelancongan yang menawarkan pakej Badal Haji yang meragukan menerusi media sosial sejak akhir-akhir ini.

​
 
Back
Top
Log in Register