BTC USD 64,795.0 Gold USD 2,356.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haji: Fokus doa dan solat sunat ketika di Raudah, bukan sibuk mengambil gambar

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,198
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,198
Reaction score
6,251
Points
881
Awards
1
Jemaah haji yang berpeluang menziarahi Raudah di Masjid Nabawi, dinasihatkan tidak terlalu teruja dan sibuk mengambil gambar.

MADINAH: Jemaah haji yang berpeluang menziarahi Raudah di Masjid Nabawi, dinasihatkan tidak terlalu teruja dan sibuk mengambil gambar sehingga terlupa melakukan ibadah yang sekali gus merugikan mereka, kerana ia antara tempat paling mustajab untuk berdoa seperti yang dijanjikan Allah SWT.

Pengurus Ibadah Madinah Tabung Haji (TH) Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman berkata peluang memasuki Raudah, perlu digunakan sebaiknya dengan melakukan solat sunat dan berdoa sebanyak mungkin, berikutan masa yang dibenarkan oleh seseorang jemaah berada situ amat terhad.

"Keterujaan itu kita faham, jemaah khususnya yang pertama kali masuk dan ada telefon pintar, tentulah hendak mengambil gambar. Bukan kita tidak bagi, boleh...tetapi adabnya pertama sekali mestilah melaksanakan solat sunat, sebab di situ merupakan kawasan Masjid Nabi Muhammad SAW.

"Jadi, dirikan solat dahulu seperti solat sunat tahiyatul masjid, kemudian panjatkan doa sebanyak yang mungkin selama mana kita berada di dalam Raudah, sebab ia tempat mustajab berdoa, kemudian diakhir aktiviti di Raudah itu, baharulah kita mengambil gambar," katanya dalam satu temu bual bersama petugas media di sini baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut mengingatkan jemaah haji agar memperbanyakkan salawat kepada Nabi Muhammad SAW, supaya mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

Muhammad Fakhrur Ridzwan berkata Lembaga Tabung Haji (TH) akan berusaha memastikan 31,600 jemaah haji Malaysia, berpeluang memasuki taman syurga itu dengan membuat permohonan secara berkumpulan, kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengikut KT masing-masing.

Namun sebelum itu, setiap jemaah haji perlu terlebih dahulu memuat turun aplikasi elektronik Nusuk, di telefon pintar masing-masing.

Selain ziarah Raudah, TH turut mengadakan beberapa aktiviti lain bagi mengisi masa jemaah haji sepanjang enam hari di Madinah, termasuk ziarah makam Rasulullah SAW, melawat perkuburan Baqimanakala ziarah luar membabitkan lawatan ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Khandaq dan Bukit Uhud, serta ladang kurma.

Untuk membantu kelancaran sepanjang aktiviti ziarah tersebut, termasuk menjawab soal kemusykilan agama, Pembimbing Ibadah Haji terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan, akan membantu jemaah sepanjang berada di Madinah.
 
Sponsored Post

maso den poie umrah 2018, ado sorang pak haji umor 79, dok sebilik dgn den, tapi dio cargas btol buek umrah, ziarah, jln kaki naik bukit, poie jenjalan taif mcm org mudo2 40an, heran btol den.... aku semput nk ke masjidilharam walaupun hotel dkt dlm 300m ajo

dan 1 keping foto pun dio x amik walaupun dio ado kamerafon, bilo di tanyo dio kato nk jago hati tak nak riak & ujub....

penyudahnyo kami2 ni yg sebilik dgn dio amik foto dio pakai hp kami.... dio x mintak pun foto2 tu sampai blk malaysia
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register