BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waspada individu menyamar ejen KWSP

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai dan pencarum KWSP supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa sebagai ejen institusi itu.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata individu berkenaan meminta maklumat sulit dan cap ibu jari ahli KWSP dengan alasan bagi membolehkan KWSP mengemas kini butiran pencarum dalam pangkalan datanya. "KWSP ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat bagi mewakilinya dalam urusan yang berkaitan.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, KWSP mendapati individu tersebut menyamar sebagai ejen mereka," katanya dalam kenyataan di sini.

Pencarum KWSP yang dihubungi individu berkenaan diminta membuat aduan menerusi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121 yang beroperasi dari 8.15 pagi hingga 5.15 petang setiap Isnin hingga Jumaat. - BERNAMA


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WaspadaindividumenyamarejenKWSP/Article
 
td aku de tgk 1group bukak gerai kecik kat masjid negara kat bazar kat jln..dia tulis kat banner dia cam mana nak menambahkan/menaikkan caruman anda dlm KWSP..agak2 sama x?
 
Back
Top
Log in Register