kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Seorang pesara di sini kerugian RM750,000 selepas terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai polis menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata lelaki berusia 60 tahun itu pada mulanya dihubungi suspek pada Sept lepas yang mendakwa namanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Beliau berkata mangsa kemudian diarahkan untuk menyerahkan dua kad ATM miliknya, kononnya bertujuan untuk membersihkan nama daripada tuduhan kes itu.
“Warga emas itu turut dijanjikan wang berkenaan akan dipulangkan selepas siasatan selesai, namun mangsa kemudian menyedari dirinya telah ditipu apabila wang yang dikeluarkan daripada akaun miliknya tidak dipulangkan semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof berkata mangsa telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pesara Kerugian RM750,000 Ditipu Individu Menyamar Pegawai Polis
polis, tipu, Supt Yusof Othman, pesara, Kanun Kes