BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waspada ancaman jenayah siber

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
PEKAN - Jenayah siber atau turut dikenali sebagai jenayah multimedia atau internet menjadi semakin popular di mana penjenayah sudah semakin bijak menggunakan pelbagai taktik melalui kemudahan teknologi.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, jenayah jenis ini berkembang melalui penipuan yang menggunakan laman blog di internet, sindiket gores dan menang serta jenayah lain yang melibatkan penipuan kewangan.

Menurutnya, kes berkaitan jenayah siber ini semakin popular dan orang ramai seharusnya menyedari penipuan di sebalik tawaran lumayan yang sebenarnya hanya 'omong kosong'.

"Antara jenayah berkaitan ialah 'black money', wang palsu, penipuan dengan menggunakan konsep kad kredit palsu serta beberapa lagi taktik jenayah terkini yang digunakan bagi tujuan sindiket penipuan.

"Orang ramai turut tidak ketinggalan diburu penjenayah berkaitan melalui penghantaran mesej yang mendakwa mereka memenangi hadiah atau wang tunai yang lumayan berkaitan kad sim telefon dan sebagainya," katanya.

Yahaya berkata, pameran yang disediakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan dalam aktiviti di sekitar daerah turut memberi pendedahan kepada orang ramai yang hadir mengenai jenayah siber serta cara mengesan ketulenan wang.

"Orang ramai berpeluang memahami maksud jenayah siber selain dapat melihat cara mengesan wang palsu melalui demonstrasi menggunakan cahaya ultra bagi mengelak daripada tertipu.

"Pendedahan sebegini merupakan satu langkah terbaik dalam menyebarkan informasi mengenai kepentingan menyedari penularan jenayah siber seterusnya mengelak daripada tertipu dengan penjenayah yang sentiasa mengambil peluang terutamanya terhadap mereka yang 'gelap mata' apabila ditawarkan wang dan hadiah lumayan," katanya.

Beliau berkata, jenayah siber di daerah ini masih terkawal namun ia menuntut kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai kegiatan penipuan yang giat dijalankan terutamanya di kawasan bandar.

"Saya berharap pendedahan yang diberikan melalui informasi secara lisan serta praktikal mampu menanam sikap berjaga-jaga dalam kalangan anggota masyarakat selain mengelak daripada terpedaya dengan tawaran lumayan yang dijanjikan.

"Sikap prihatin orang ramai melalui kerjasama dengan pihak berkuasa mengenai perlakuan jenayah yang berlaku di sekeliling kita membantu mengurangkan sekali gus menghapuskan pelakuan jenayah di dalam masyarakat," katanya.
 
Back
Top
Log in Register