BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wasiat Hibah - bagaimana cara?

Terima kasih kpd sahabat cg kita atas penjelasan yg panjang lebar.
info2 tepat padu dan jelas.

Maka fahamlah hamba serba sedikit mcm mana proses ni berlangsung :)

so camner pizza extra cheese?
yon x yon?

sesama tn Mata Pena :)
thread tuan nipun sememangnya membincang isu yg bagus, relevan uptodate dengan kehendak zaman sekarang, thanks for highlighting this :)

pizza extra cheese tu, saya mesti la nakkk tn Mata Pena :D:D
mcmana tn Mata Pena nak bagi tu :):)
 
jom la lunch ke dinner sama2
kalau nak saya order delivery pun bole..
kasik alamat je
PM tepi

takat lanje makan kici punye hal lah :D
 
adakah benar hibah tidak boleh di cabar secara undang2 tetapi bagaimana dgn pula dgn wasiat ?

(cek mek kalu ada masa tolong ye).

tn Name, wasiat boleh dicabar di Mahkamah Syariah jika wasiat itu kepada waris dan melebihi dari 1/3 harta dan tidak dipersetujui oleh waris-waris.
Ataupun, wasiat juga boleh dicabar jika wasiat itu hanya secara lisan, tiada saksi atau kandungan wasiat diragui seperti direka-reka oleh benefisiari
 
adakah benar hibah tidak boleh di cabar secara undang2 tetapi bagaimana dgn pula dgn wasiat ?

(cek mek kalu ada masa tolong ye).

ok berkenaan dengan Hibah lak, kita tahu kan prosedur dia, mula mula kita kumpul semua dokumen dan juga suratcara utk buat permohonan pengesahan hibah dan failkan kat Mahkamah Syariah
Jadi Mahkamah ni akan tengok samada rukun rukun hibah sempurna dilaksanakan atau tidak. Jika melibatkan rukun biasanya Mahkamah tengok kat ijab qabul la..
Ijab qabul tu kena sempurna

Kalau tak, permohonan pengesahan hibah takleh dibenarkan oleh Mahkamah

Begitu juga berkenaan hibah hartanah bercagar, maksudnya kita hibahkan property yg tgh digadai kat bank misalnya
Ada permohonan pengesahan hibah hartanah bercagar ni dibenarkan oleh Mahkamah, ada juga yg tidak dibenarkan.

Jadi sebagai menjawab soalan tn Name, hibah sebenarnya boleh dicabar kat Mahkamah

Di bawah ini adalah huraian sikit mengenai penjelasan saya kat atas tu.
Dan saya ada juga sertakan kat sini 2 jenis lagi hibah; iaitu hibah hartanah bercagar dan hibah Amanah..

Ok seperti yg kita faham, antara rukun-rukun hibah ialah pemberi hibah, penerima hibah, harta yang dihibahkan dan sighah iaitu ijab dan qabul.
Dengan erti kata lain, sighah merupakan salah satu daripada empat rukun-rukun hibah. Ini adalah menurut pandangan daripada jumhur fuqaha iaitu mazhab Maliki, mazhab Shafic i dan mazhab Hanbali* ***

Permohonan kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah meliputi isu ijab dan qabul. Di Mahkamah Syariah, kebiasaannya Hakim-hakim Syarie membuat keputusan bagi kes-kes pengesahan hibah dengan berpandukan kepada kitab-kitab fiqh tertentu,

Bagi menentukan sesuatu hibah itu sah atau sebaliknya, Hakim-hakim Syarie akan melihat sama ada rukun hibah telah sempurna dilakukan atau tidak, maka ijab dan qabul akan menjadi perhatian oleh Hakim-hakim Syarie di Mahkamah Syariah dengan mengulas kewujudan elemen tersebut.

Antara permasalahan ditimbulkan dalam isu ijab dan qabul ialah akad hibah yang dibuat adalah tanpa qabul dan elemen qabul itu dilakukan dengan perbuatan tanpa lafaz sedangkan ijab yang merupakan salah satu elemen dalam sighah hendaklah dilakukan melalui lafaz.*

*Hibah yang dilaksanakan akan sah sekiranya syarat-syarat bagi rukun-rukun hibah dipatuhi.**
Isu ijab dan qabul merupakan isu yang penting kerana keesahan (validity) sesuatu hibah adalah bergantung kesempurnaan pengaplikasian ijab dan qabul itu.**

HIBAH HARTANAH BERCAGAR

Hibah hartanah bercagar berlaku apabila pemilik hartanah yang masih belum melunaskan keseluruhan pinjaman dengan pihak institusi kewangan dan/atau orang perseorangan yang dicagarkan hartanah tersebut kepadanya, telah menghibahkan hartanah tersebut kepada penerima hibah dengan maksud pemindahan pemilikanhartanah tersebut berkuatkuasa selepas pemberi hibah meninggal dunia

Dalam menentukan keesahan (validity) sesuatu hibah, elemen pindahmilik pada dokumen hakmilik bukanlah satu kemestian. Asalkan semua rukun dan syarat hibah dipenuhi, maka hibah itu adalah sah. Walaupun hal ini nampak secara zahir semacam bertentangan dengan seksyen 215 Kanun Tanah Negara yang mengamalkan sistem torren iaitu pendaftaran adalah segala-galanya, namun hibah tertakluk dengan undang undang syariah

Namun ada Hakim menolak pengesahan terhadap permohonan hibah hartanah bercagar. yg ni, kita kena perluaskan kajian terhadap pelbagai jenis kes

HIBAH AMANAH

Hibah amanah adalah pemberian hibah dari pemberi hibah kepada penerimahibah, juga selepas pemberi hibah meninggal dunia. Harta hibah adalah wangsimpanan pemberi hibah.Pemberi hibah menghibahkan harta hibah semasa hidup, cuma mengamanahkan syarikat tempat dia menyimpan wang simpanan tadi sebagai pemegang amanah gantian, dan akan hanya diberikan wang simpanan tersebut kepada penerima hibah selepas pemberi hibah meninggal.
sebab ijab hibah berlaku semasa hidup, wang simpanan tadi boleh dikeluarkan dari takrifan harta pusaka, dan tidak tertakluk kepada hukum faraid.
 
ok berkenaan dengan Hibah lak, kita tahu kan prosedur dia, mula mula kita kumpul semua dokumen dan juga suratcara utk buat permohonan pengesahan hibah dan failkan kat Mahkamah Syariah
Jadi Mahkamah ni akan tengok samada rukun rukun hibah sempurna dilaksanakan atau tidak. Jika melibatkan rukun biasanya Mahkamah tengok kat ijab qabul la..
Ijab qabul tu kena sempurna

Kalau tak, permohonan pengesahan hibah takleh dibenarkan oleh Mahkamah

Begitu juga berkenaan hibah hartanah bercagar, maksudnya kita hibahkan property yg tgh digadai kat bank misalnya
Ada permohonan pengesahan hibah hartanah bercagar ni dibenarkan oleh Mahkamah, ada juga yg tidak dibenarkan.

Jadi sebagai menjawab soalan tn Name, hibah sebenarnya boleh dicabar kat Mahkamah

Di bawah ini adalah huraian sikit mengenai penjelasan saya kat atas tu.
Dan saya ada juga sertakan kat sini 2 jenis lagi hibah; iaitu hibah hartanah bercagar dan hibah Amanah..

tq cek mek jelas,terang dan lengkap.

sy amat hargai sumbangan cek mek.
 
Back
Top
Log in Register