BTC USD 61,182.7 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Cara Mengurus Kewangan Efektif

easicircle

Fun Poster
Joined
May 27, 2014
Messages
402
Reaction score
83
Points
20
Bagi yang baru mula bekerja mungkin masih tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk mula mengurus kewangan dengan baik. Namun bagi mereka yang sudah lama bekerja kadang-kala berdepan dengan isu tidak mempunyai simpanan stabil. Acap kali terbeban dengan segala komitmen bulanan hingga menjadi sukar untuk mengasingkan sejumlah amaun sebagai simpanan tetap. Terutama sekali bagi mereka yang terjejas akibat pandemik. Namun, buat mereka yang masih tidak terjejas dan ingin mulakan pengurusan kewangan efektif berikut 5 tips yang boleh diamalkan.

Senaraikan Bil Bulanan

Dahulukan keperluan berbanding keinginan, hal pertama yang perlu dilakukan setelah mendapat gaji. Senaraikan semua bil yang perlu di bayar sebagai contoh rumah, kenderaan, utiliti, internet, insurans dan sebagainya. Langsaikan semua komitmen bulanan terlebih dahulu demi mengelakkan isu tunggakan. Cara ini membantu untuk anda buat anggaran bajet tetap yang perlu diasingkan setiap bulan supaya mengelakkan tercampur dengan perbelanjaan. Sekaligus mengingatkan anda bahawa ini adalah keutamaan untuk anda lunaskan setiap bulan.

Mulakan Simpanan

Seberapa banyak atau kecil sekalipun pendapatan yang diperolehi, anda tetap perlu asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah gaji. Jika masih terasa berat dengan 10% mulakan dengan jumlah paling minimum yang anda mampu. Jangan jadikan alasan tidak cukup duit untuk menyimpan. Sekurang-kurangnya simpanan ini dapat membantu anda ketika berlaku kecemasan. Elak gunakan simpanan ini jika tiada keperluan mendesak.

Elak Hutang Jahat

Dipanggil sebagai hutang jahat kerana kadar faedah yang tinggi dikenakan oleh pihak bank. Elak daripada memohon pinjaman peribadi jika tiada kepentingan. Begitu juga penggunaan kad kredit, tetapkan penggunaan kad kredit hanya untuk mengisi petrol atau keperluan tertentu sahaja. Supaya anda dapat terhadkan dan kawal jumlah penggunaanya. Cuba elak sebarang tunggakan atau kelewatan jika anda tidak ingin terbeban dengan caj faedah yang dikenakan pihak bank.

Lindung Diri

Hal yang sering dianggap tidak perlu dan bukan menjadi keutamaan sesetengah individu. Secara logik jika anda membeli kenderaan sudah pasti anda akan memastikan kenderaan tersebut dilindungi insurans kerana anda takut untuk menanggung risiko akibat sebarang musibah. Begitu juga dengan diri sendiri bagaimana jika berlaku risiko yang sama? Adakah anda sudah dilindungi? Di sini penting untuk anda memikirkan melengkapkan diri dengan perlindungan kesihatan, perubatan, hayat atau peribadi mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

Pelaburan Jangka Panjang

Terdapat pelbagai jenis pelaburan dipasaran yang boleh menjadi plihan untuk anda mula berjinak-jinak memulakan pelaburan, antaranya pelaburan emas, amanah saham, deposit tetap, unit amanah yang ditawarkan oleh bank tempatan. Sebelum membuat pilihan pastikan anda mendapatkan maklumat berkaitan pelaburan dan benar-benar faham tentang manfaat dan risiko. Pelaburan jangka panjang ini juga turut membantu memperkukuhkan dana persaraan atau kecemasan anda di masa akan datang.
 
Last edited:

CG Sponsors




Top
Log in Register