BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wasiat Hibah - bagaimana cara?

Mata_Pena

Forum Troll, Multiple ID Cricket
gem
Messages
5,397
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,397
Reaction score
1,864
Points
141
Semenjak2 ni nampak ada banyak iklan ejen insuran yg menawarkan khdimat buat wasiat Hibah kepada waris.

Teringin jugak la nak tau,
kalau aku nak wariskan ape harta sedikit yg aku ada ni kepada org yg aku nak melalui konsep hibah nih,

mcm mana cara dia, dan berapa kos nak ambil servis hibah ni?
(malas nak tanya eje terus lagi pasal, kalau kos tinggi dan aku tak mampu nanti tiap2 minggu dia call ke kita follow up sales)

Ye lah, selalunya bila tuan empunya meninggal,
maka harta akan jatuh pada faraid, ataupun akan masuk ke amanah raya.
kalau masuk amanah raya ni waris nak tuntut depa pulak kene bayar kos kos

so soalan ni aku tanya bagaimana nak permudahkan urusan waris, utk terus dapat wasiat hibah terus kepada mereka dengan senang.

Atau ada apa cara lain, minta khidmat nasihat tuan2 yg pakar.
kita ni ilmu cetek. mohon tunjuk ajar

lebih2 lagi kalau Cek Mek Molek yg datang komen lagi saya suka :D
saya hibahkan ke dia pizza pepperoni extra cheese size besar
 
ape yg ejen insurans selalu sarankan amek tu ialah hibah bersyarat... maknenya wang pampasan takaful tu yg di hibahkan.. duit tu belum ade lg, bile meninggal baru duit pampasan tu di bayar.. itu syaratnya..

tapi klo harta yg sedia ade ni, kalau nk hibah, kena bagi siap2 masa hidup..
hibah ni maknanya hadiah.. so hadiahkan je lah pd sesape yg kite nak..
klo nk pemberian tu terlaksana selepas meninggal, kena buat wasiat.. wasiat ni boleh di cabar oleh waris yg layak menerima harta pusaka melalui faraid.. (cuma jarang berlaku ahli keluarga yg cabar wasiat)..

wasiat boleh di buat dengan peguam or mana2 badan pemegang amanah mcm as-salihin.. klo berlaku kematian, as-salihin akan uruskan semua urusan berkaitan pembahagian tu sume..
boleh jgak buat dgn amanah raya & majlis agama islam..

buat wasiat ni ade caj yg di kenakan (waris bayar atau pemegang amanah tolak siap2 dr harta yg di tinggalkan)
 
Last edited:
ape yg ejen insurans selalu sarankan amek tu ialah hibah bersyarat... maknenya wang pampasan takaful tu yg di hibahkan.. duit tu belum ade lg, bile meninggal baru duit pampasan tu di bayar.. itu syaratnya..

tapi klo harta yg sedia ade ni, kalau nk hibah, kena bagi siap2 masa hidup..
hibah ni maknanya hadiah.. so hadiahkan je lah pd sesape yg kite nak..
klo nk pemberian tu terlaksana selepas meninggal, kena buat wasiat.. wasiat ni boleh di cabar oleh waris yg layak menerima harta pusaka melalui faraid.. (cuma jarang berlaku ahli keluarga yg cabar wasiat)..

wasiat boleh di buat dengan peguam or mana2 badan pemegang amanah mcm as-salihin.. klo berlaku kematian, as-salihin akan uruskan semua urusan berkaitan pembahagian tu sume..
boleh jgak buat dgn amanah raya & majlis agama islam..

buat wasiat ni ade caj yg di kenakan (waris bayar atau pemegang amanah tolak siap2 dr harta yg di tinggalkan)


Baru saya tahu ada pilihan lain mcm ni

1. Lawyer
2. Majlis agama islam
3. Amanah raya
4. Majlis pemegang amanah

Dam soalan paling penting nak tahu, mcm mana kiraan cas servis mcm ni?
 
Ada panduan utk tahu anggaran kos nya? i.e. sekian % dari nilai harta yg nak di hibah
 
kalau sesiapa yang ada tanah or rumah, buat pemegang amanah saja. dalam tu nanti nyatakan setelah pemilik meninggal dunia, dah siap-siap bahagian penerima dinyatakan dalam surat amanah.

Kalau buat sendiri, kos paling rendah. Kalau lawyer or amanah raya buatkan boleh juga.

Wasiat pulak tak lebih dari 1/3 bahagian dan wasiat bukan pada waris, sebab waris adalah penerima pusaka.
 
Baru saya tahu ada pilihan lain mcm ni

1. Lawyer
2. Majlis agama islam
3. Amanah raya
4. Majlis pemegang amanah

Dam soalan paling penting nak tahu, mcm mana kiraan cas servis mcm ni?

ape yg sy di beritahu sblm ni,

kiraan berbeza mengikut pentadbir harta pusaka tu..
kalau lawyer or pihak cmpany trustee yg uruskan, harga akan tinggi sikit sbb diorang akan uruskan semua.. waris cuma tunggu je harta tu di bahagi2.. pihak cmpany yg akan dtg ke rumah waris sekiranya perlu..

klo amanahraya dgn majlis agama islam, murah sbb ade bahagian yg waris perlu buat sndiri.. kos guaman pn waris kena byr sndiri (sekiranya ada).. waris pn perlu pergi sndiri ke pejabat amanahraya @ majlis agama islam utk urusan pembahagian ni.. kalau waris tu sihat, ok lah.. klo waris tu orang tua, berkerusi roda, orang kampung yg duduk jauh dr bandar@pejabat amanahraya, ianya akan sedikit menyusahkan..


*** kalau info yg sy berikan ni x tepat dan salah, mohon sesiapa betulkan k..
 
Semenjak2 ni nampak ada banyak iklan ejen insuran yg menawarkan khdimat buat wasiat Hibah kepada waris.

Teringin jugak la nak tau,
kalau aku nak wariskan ape harta sedikit yg aku ada ni kepada org yg aku nak melalui konsep hibah nih,

mcm mana cara dia, dan berapa kos nak ambil servis hibah ni?
(malas nak tanya eje terus lagi pasal, kalau kos tinggi dan aku tak mampu nanti tiap2 minggu dia call ke kita follow up sales)

Ye lah, selalunya bila tuan empunya meninggal,
maka harta akan jatuh pada faraid, ataupun akan masuk ke amanah raya.
kalau masuk amanah raya ni waris nak tuntut depa pulak kene bayar kos kos

so soalan ni aku tanya bagaimana nak permudahkan urusan waris, utk terus dapat wasiat hibah terus kepada mereka dengan senang.

Atau ada apa cara lain, minta khidmat nasihat tuan2 yg pakar.
kita ni ilmu cetek. mohon tunjuk ajar

lebih2 lagi kalau Cek Mek Molek yg datang komen lagi saya suka :D
saya hibahkan ke dia pizza pepperoni extra cheese size besar

wahh tn Mata Pena sedapnyaa pizza pepperoni size besar, extra cheese lagi tu :D:D
takpa kita semua sama sama share info utk manfaat kita kita jugak :):)

tn Mata Pena, ni saya ada sikit info berkenaan hibah ye

Hibah ada dua jenis iaitu:
1.Hibah mutlak
2.Hibah bersyarat (umra dan ruqba)
Di bawah hibah mutlak, ia berkuat kuasa serta-merta. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak si penerima. Penerima berhak membuat apa saja dengan haknya termasuk menjualnya. Dari sudut faraid pula, sekiranya penerima meninggal dunia, ia menjadi harta pusaka penerima.
Hibah bersyarat pula penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama.
Boleh menggunakan hibah bersyarat. Sekali lagi, kita buatlah surat hitam putih sebagai bukti. Saksi adalah pilihan. Dalam surat hitam putih itu ditulis, hibah ini berkuatkuasa sebaik pemberinya meninggal dunia dan sekiranya penerima yang dipilih itu mati dahulu, ia kembali kepada pemberi supaya boleh diberikan kepada penerima baru. Jadi tidak wujud kerisauan sekiranya penerima mati dahulu daripada pemberi dengan menggunakan hibah bersyarat ini

Ok berkenaan Hibah bersyarat ni, rumah yg belum habis dibayar/masih dalam cagaran (dengan syarat ada MRTA/MRTT) boleh buat hibah bersyarat. Ownership masih di atas pemberi
Maksudnya takde pindah hak milik
Proses hibah bersyarat mcm ni kena lalui Mahkamah Syariah utk mendapatkan pengesahan perintah Hibah

Kos adalah RM1,600 utk menghibah 1-3 buah rumah atas tanah (landed property)

https://www.mingguanwanita.my/apabi...udahkan-isteri-dapat-haknya-no-1-paling-baik/




Kalau ikut pendapat peguam, hibah property/hartanah perlulah dibuat pindah hak milik. Tanpa pindah hak milik tu, hibah tu masih tak kukuh
Saya bawakan sini satu artikel oleh peguam Salkukhairi berkenaan hibah rumah dengan pindahmilik.

http://www.halalmoney.my/bolehkah-anda-hibahkan-rumah-anda-tanpa-buat-pindah-milik-kepada-penerima/

Bolehkah anda hibahkan rumah anda tanpa buat pindah milik kepada penerima?

By Salkukhairi Abd Sukor
*-
July 19, 2017

Beberapa hari lepas ada seorang makcik ni, pesara kerajaan, datang berjumpa saya.

Beliau kata nak hibahkan rumahnya kepada kedua-dua anak perempuannya. Rumah tersebut menurutnya dah habis bayar pinjaman dengan LPPSA (dahulunya dikenali sebagai BPP) dan telahpun dilepaskan gadaian.

Kata beliau, beliau nak menghibahkan rumah tersebut kepada kedua-dua anak perempuannya kerana bimbang sekiranya beliau meninggal dunia nanti, rumah tersebut akan dituntut sebagai harta pusaka oleh adik beradiknya kerana beliau tidak mempunyai anak lelaki.

Daripada cara beliau bercakap tu nampak gayanya beliau memang bersungguh-sungguh untuk menyerahkan rumah tersebut kepada anak-anak perempuannya.

Selepas saya meneliti dokumen-dokumen yang beliau bawa, saya menasihati beliau supaya terus buat pindah milik atas balasan kasih sayang kepada kedua-dua anaknya itu.

Jika beliau serius untuk menghibahkan rumah tersebut kepada kedua-dua anak perempuan nya, cara yang terbaik dan paling selamat adalah membuat pindah milik terus rumah tersebut atas balasan kasih sayang kepada anak anaknya.

Ini kerana, setelah dipindah milik rumah tersebut secara sahnya akan diserahkan kepada anak-anaknya dan tiada lagi pihak yang boleh mempertikaikan atau menuntut rumah tersebut sebagai harta pusaka beliau seandainya beliau meninggal dunia kelak.

Ini kerana dari segi undang-undang tanah di negara kita, hak dan kepentingan pemilik berdaftar dalam geran akan dilindungi oleh undang-undang.

Dan pendaftaran pindah milik adalah satu satu cara yang paling selamat untuk mengesahkan pemberian hartanah oleh seseorang pemilik berdaftar kepada pihak lain.

Jadi beliau pun bertanyakan kepada saya soalan yang memang saya dah agak akan ditanya oleh semua orang bila berjumpa peguam. ” Berapa kos nya tuan kalau makcik buat pindah milik atas balasan kasih sayang tu”?

Memandangkan saya tidak mengetahui berapa nilaian sebenar rumah tersebut dan belum meneliti secara keseluruhan dokumen-dokumen berkaitan, saya memberi anggaran kos keseluruhan lebih kurang dalam 2% – 2.5% daripada nilaian rumah tersebut.
Dan nilaian tersebut akan disahkan oleh pihak jabatan penilaian sebaik sahaja kita masuk permohonan taksiran duti setem di pejabat lembaga hasil kelak.

“Ohh..2% ya tuan? Ermm. Kalau nilain rumah tu RM400K, kiranya kos guaman lebih kurang RM8K lah ya?” beliau bertanya untuk pengesahan.
Daripada riak muka beliau nampak beliau macam agak terkejut bila saya bagi tahu tentang anggaran kos tersebut.

“Ya..Lebih kurang lah. Tapi itu anggaran sahaja. Jika pn jadi untuk buat dan selepas dapat tahu nilaian sebenar rumah tu nanti, saya akan dapatkan satu amaun kos yang tepat untuk pn” kata saya.

“Ermm. Kalau saya buat hibah sahaja tanpa pindah milik tak boleh ke tuan?”
“Tuan just buat sajelah satu surat yang mengesahkan saya hibahkan rumah tu pada anak-anak saya. At least ada bukti yang saya dah hibahkan nya. Macam tu tak boleh ke tuan? Sebab kos pindah milik tu tinggi sangat rasanya tuan. Rasa macam tak mampu saya” kata beliau.

Saya tak jawab soalan tersebut sebaliknya saya tanya beliau balik “Apa tujuan sebenar pn nak buat hibah tersebut? Nak menyerahkan rumah tu pada anak-anak kan?
“Jika nak serahkan rumah tu pada anak-anak, hibah hendaklah disusuli dengan pindah milik. Itu cara dan prosedur sebenar yang ditetapkan dalam undang-undang”
“Tidak mencukupi dengan sekadar buat satu surat yang mengesahkan pn bagi hibah, sedangkan dalam geran masih tidak dipindah milik kepada nama anak puan”.
“Surat cara hibah ni hanya sekadar kontrak atau pengesahan untuk merekodkan niat sesuatu pihak sahaja. Dan niat tersebut perlulah disusuli dengan perlaksanaan. Perlaksanaannya adalah melalui pindah milik. Itu cara yang ditetapkan oleh undang-undang”

“Jika tak buat pindah milik, hibah tersebut mungkin masih boleh dipertikaikan di kemudian hari terutamanya selepas pn tiada nanti”.

“Contohnya macam ni lah. A kata B adalah anaknya. Bila ditanya kepada A apa bukti yang B tu anaknya, dia pun keluarkan satu surat pengesahan yang ditulis olehnya menyatakan B tu adalah anaknya tanpa menunjukkan kad pengenalan anaknya.

“Agak-agak orang boleh pertikaikan tak surat tu? Dan orang boleh percaya tak yang B tu anak A?” tanya saya.

Jawab beliau ” Mestilah orang boleh pertikaikan. Sebab sepatutnya dia kena tunjuk kad pengenalan untuk mengesahkan B tu anaknya. Mana boleh takat bagi surat sekeping cam tu je” katanya.

“Jadi begitulah juga dengan hibah ni. Kalau setakat tunjuk surat hibah semata-mata untuk nak buktikan yang rumah tu telah di hibahkan kepada anak puan sedangkan rumah tu masih lagi atas nama puan, bila puan meninggal nanti macam mana kita nk kata rumah tu telah diberikan kepada anak-anak puan? Agak-agak kemudian hari orang boleh percaya ke dengan surat tu sahaja?” tanya saya balik.

Tak sempat beliau jawab saya tambah lagi “Lagipun untuk mengesahkan surat cara hibah tersebut puan perlu failkan pengesahan hibah di mahkamah syariah. Dengan pengesahan hibah tersebut barulah kata orang kuat sedikit kedudukan hibah tersebut. Tapi itu pun masih tetap tidak dapat mengatasi pendaftaran pindah milik sebagai bukti kukuh yang rumah tu telah diserahkan kepada anak-anak puan”
Dan untuk buat semua tu sudah pastilah memerlukan kos. Itu tidak dapat dielakkan.

Anggaplah kos tersebut macam perisa dalam masakan. Kita nak masak, nak tak nak kena isi garam, gula dan perasa. Walaupun mewah sekalipun masakan kita tapi kalau tanpa garam tetap tak jadi masakan kita. Betul tak?”

“Kalau macam tu saya fahamlah tuan. Nantilah saya usahakan macam mana dan saya akan maklumkan semula pada tuan ya”. jawab beliau ringkas.
Alhamdulillah. Lega saya sebab nampaknya beliau faham apa yang saya cuba sampaikan.

Sebenarnya masih ramai di luar sana yang menganggap hibah itu memadai hanya sekadar buat satu surat sahaja tanpa memerlukan pindah milik. Alasan mereka, kalau buat pindah milik ianya akan melibatkan kos yang mahal.

Masalah mungkin timbul selepas pemberi hibah meninggal dunia. Di mana surat cara hibah tersebut mungkin akan dipertikaikan oleh waris-waris.
Apabila ada pertikaian maka terpaksa lah ianya dibuktikan di mahkamah. Dan sudah pasti ianya akan mengambil masa dan juga melibatkan kos yang besar.

Disebabkan sayang nak keluarkan kos sekarang, waris anda terpaksa pula keluarkan kos yang lebih besar di kemudian hari.

Dan kalau mahkamah sahkan yang hibah tu tidak sah, maka tak sampailah hajat anda untuk menghibahkan harta anda tu kepada orang yang anda kasihi semasa hidup.

Dan lebih besar lagi kesannya, ianya boleh menimbulkan fitnah dan perbalahan pula sesama waris selepas kita meninggal dunia kelak.
Jadi pesan saya ” Nak buat hibah pastikan disusuli dengan pindah milik”


SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)



Berkenaan Hibah menerusi manfaat Takaful,
Waris akan terima manfaat jika peserta menerima musibah hingga mengalami kematian. Andai kata peserta meninggal dunia, jumlah perlindungan akan dihibah kepada waris beliau

Sebagai contoh, sekiranya suami ingin menghibah keseluruhan manfaat takaful kepada isterinya, maka isterinya akan mendapat keseluruhan jumlah perlindungan tersebut.

Hal ini kerana penamaan hibah atau pemberian tersebut telah ditentukan ketika peserta masih hidup. Bagi si isteri, dia menerima manfaat takaful berasaskan konsep hibah bersyarat dimana manfaat akan diberikan secara terus dan dipindahmilik kepadanya setelah suami meninggal dunia dan tak menjadi sebahagian harta pusaka

Yg ni kena jumpa ejen takaful dan dapatkan penjelasan diorang

Ni sedikit sebanyak yg saya dapat bagi info pada tn Mata Pena :)
 
adakah benar hibah tidak boleh di cabar secara undang2 tetapi bagaimana dgn pula dgn wasiat ?

(cek mek kalu ada masa tolong ye).
 
Semenjak2 ni nampak ada banyak iklan ejen insuran yg menawarkan khdimat buat wasiat Hibah kepada waris.

Teringin jugak la nak tau,
kalau aku nak wariskan ape harta sedikit yg aku ada ni kepada org yg aku nak melalui konsep hibah nih,

mcm mana cara dia, dan berapa kos nak ambil servis hibah ni?
(malas nak tanya eje terus lagi pasal, kalau kos tinggi dan aku tak mampu nanti tiap2 minggu dia call ke kita follow up sales)

Ye lah, selalunya bila tuan empunya meninggal,
maka harta akan jatuh pada faraid, ataupun akan masuk ke amanah raya.
kalau masuk amanah raya ni waris nak tuntut depa pulak kene bayar kos kos

so soalan ni aku tanya bagaimana nak permudahkan urusan waris, utk terus dapat wasiat hibah terus kepada mereka dengan senang.

Atau ada apa cara lain, minta khidmat nasihat tuan2 yg pakar.
kita ni ilmu cetek. mohon tunjuk ajar

lebih2 lagi kalau Cek Mek Molek yg datang komen lagi saya suka :D
saya hibahkan ke dia pizza pepperoni extra cheese size besar


saya perunding wasiat MyPusaka. saya cuba jawab setakat yg saya tau

1. hibah ni hadiah. hadiah ni kena bagi masa hidup. hibah boleh bagi pada sesiapa saja dgn syarat harta tersebut 100% milik kita. kalau harta yg masih sangkut dgn loan bank tak boleh hibah.

2. apa yg ejen takaful dok promote tu ialah life takaful. maksudnya ambil perlindungan hayat, bila berlaku kematian, duit takaful tu boleh hibah (hadiahkan) kepada waris atau sesiapa saja. ada org hibah ke charity, sekolah, rumah anak yatim, dsb. sapa2 pun boleh. hibah ni RM20 sebulan pun ada. survey sendiri la.

3. harta2 lain spt rumah, kete, tanah, savings, asb, saham, tabung haji, emas dll akan jadi pusaka apabila kita meninggal dunia. harta pusaka akan dibahagikan secara faraid kepada waris yg layak. pembahagian faraid ni takde kaitan dgn apa yg dipromote oleh ejen takaful seperti diterangkan dlm point no 2 di atas.

4. kenapa wasiat penting? sebab bila meninggal, semua asset akan dibekukan. proses nak cairkan dan pembahagian akan ambil masa yg lama dan biasanya makan tahun. kalau tinggal anak bini apa depa nak makan? pastu kena ingat, harta yg dah jadi pusaka secara automatik bertukar hak. tang sini la kena berhati2 takut termakan harta anak yatim sebab ia bukan lagi hak simati. dlm quran berkali2 disebut ttg larangan makan hak anak yatim. perkara ni berkait rapat dgn pusaka.


5.
Ye lah, selalunya bila tuan empunya meninggal,
maka harta akan jatuh pada faraid, ataupun akan masuk ke amanah raya.
kalau masuk amanah raya ni waris nak tuntut depa pulak kene bayar kos kos

harta akan jadi faraid, tapi ia tak jadi milik amanah raya. ini ramai yg salah faham. harta akan terbeku. amanah raya cuma tolong uruskan je kalau kita nak depa uruskan. depa akan caj % ikut nilai harta tersebut. tapi skop amanah raya cuma sehingga nilai harta RM600k sahaja. harta yg bernilai kurang RM2juta boleh diuruskan oleh Pejabat Pusaka Kecil, tak perlu ke amanah raya. kalau lebih RM2juta kena ke mahkamah tinggi.

6. bila simati tak tinggalkan wasiat, biasanya akan timbul beberapa masalah:
- pertikaian antara waris
- harta tak alih yg sukar nak dibahagikan. contoh: rumah yg diduduki oleh bini dan anak kini jadi hak ibu/bapa/anak/isteri/adik-beradik. mcm mana nak bahagi sebiji rumah kepada beberapa orang? kalau buat diam je tak pasal2 waris makan/guna harta haram.
- waris kena keluarkan kos utk uruskan pembahagian pusaka. biasanya kos tak kurang daripada RM5k. kebanyakan syarikat termasuk amanah raya caj ikut % dari nilai harta. tu tak kira kos dari segi masa dan tenaga, kena naik turun pejabat dsb.
- waris tak tahu bagaimana nak uruskan. biasanya bertahun2 pun masih tak settle. akhirnya asset terbeku camtu je. utk pengetahuan sekarang ni asset terbeku yg tak dituntut sebab masalah pusaka ni dok ada 70billion. lagi lama tunggu, ada antara waris yg meninggal, waris akan jadi berlapis2 so kes jadi makin complicated.

7. bila simati tinggalkan wasiat:
- wasiat ni adalah hasrat simati. ia tak menggantikan hukum faraid. ia masih boleh dicabar oleh waris faraid tetapi amatlah jarang berlaku
- konsep wasiat menggalakkan permuafakatan sesama waris supaya hasrat simati dapat ditunaikan
- waris menandatangani surat pelepasan hak, so harta boleh dibahagikan secara harmoni
- syarikat menguruskan pembahagian dari a to z, so waris tak perlu bersusah payah. urus pusaka adalah urusan yg sangat rumit. makan masa, tenaga dan duit kalau takde ilmu
- bayaran pengurusan diambil dari akaun cash milik simati - boleh guna KWSP, takaful, tabung haji, savings, asb, etc yg berbentuk tunai. so tak kacau waris. waris tak perlu keluarkan duit sendiri.
- mempercepatkan urusan pembahagian. biasanya kes yg ada wasiat cuma amik masa beberapa bulan utk settle.

sekian penerangan saya. boleh tanya kalau tak faham
 
roses are red violet is blue sugar is sweet so are you
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register